Cara Berkesan untuk Orang MALAS Merekod Aliran Tunai

DISIPLIN MEREKOD ALIRAN TUNAI

Disiplin mencatat atau merekod aliran tunai kita adalah suatu yang sukar, terutama bagi mereka yang tidak biasa merekod aliran tunai duit masuk dan keluar. Tambah-tambah kalau seseorang itu belum pernah menghadapi kesukaran kewangan, asal ada duit sahaja belanja. Bersyukurlah kalau seseorang itu rajin dalam merekod.

Merekod aliran tunai ini amat penting dan penting malah penting dalam pengurusan kewangan individu atau keluarga. Kalau syarikat lagilah penting, kalau tidak rugi sahaja yang menimpa dek kelemahan pengurusan syarikat. Fokus penulisan ini kepada anda sebagai seorang individu bujang atau yang telah berumahtangga.

Kepentingannya boleh diibaratkan macam rukun dalam pengurusan kewangan. Semua ini dibuat supaya anda tahu dari mana wang anda datang dan ke mana ia pergi. Kenapa duit masuk “slow” tapi bila keluar laju daripada kelajuan kereta “formula one”.

Saya ada beberapa klien apabila saya menjalankan analisis kepada kewangan mereka, mudah untuk saya menganalisis kerana mereka mencatat setiap transaksi keluar masuk duit mereka. Itu sangat memudahkan kerja saya. Tanpa menafikan juga terdapat ramai yang saya jumpa apabila saya membuat analisis kewangan mereka, mereka sendiri tidak tahu kemana pergi wang mereka, mereka hanya tahu, duit mereka habis sebelum gaji seterusnya masuk.

Rekod aliran tunai ini penting kerana semua perbelanjaan diketahui melalui laporan aliran tunai, tapi kalau tidak direkod susah untuk kita diagnos masalah kewangan yang kita hadapi, tahu-tahu duit ada, tahu-tahu duit habis. Kita juga akan tahu duit kita habis dibelanja untuk perkara keperluan atau kehendak.

Jadi nak merekod aliran tunai perlu disiplin yang tinggi, hanya Allah sahaja yang tahu betapa “struggle”nya seseorang itu untuk berusaha merekod aliran tunainya. Walaupun ada pelbagai apps yang percuma di play store atau app store, tapi masih banyak alasan untuk nak rekod.

Bagaimana orang malas nak disipilin mencatat ?

Saya nak kongsi kepada rakan-rakan yang sukar mendisiplinkan diri dalam merekod, bagaimana saya berjaya rekod tanpa tertinggal walau satu pengeluaran sekalipun iaitu dengan menggunakan applikasi whatsapp. Saya yakin, semua kalau pegang handphone mesti tak pernah lari dari buka whatsapp, jadi dah alang-alang buka, terus catat perbelanjaan sebelum ia hilang dari memori anda. Ia amat mudah, sekiranya ini masih gagal, mungkin ada masalah pada sikap anda yang perlu anda koreksi.

Saya buat group khas hanya untuk catat duit perbelanjaan yang dikeluarkan, hanya saya dan isteri, setiap apa yang saya dan isteri beli kami akan tulis dalam group ini. Cukup sebulan baru pindahkan maklumat perbelanjaan ke dalam aplikasi yang fokus berkaitan kewangan dan aplikasi tersebut akan menganalisis cashflow anda secara terperinci. Nak tahu aplikasi apa yang bagus untuk menganalisis kewangan anda, boleh baca penulisan di bawah ini.

Ini cadangan dari pengalaman saya dan beberapa rakan saya sebagai seorang yang malas, dan berjaya melaksanakannya dengan jayanya. Mungkin  cadangan ini juga amat sesuai bagi mereka yang sukar untuk disiplin dalam merekod aliran tunai.

Sekiranya anda juga seorang yang malas dan tidak berdisiplin dalam merekod, cadangan ini juga boleh anda cuba untuk anda praktiskan. Semoga anda semua berjaya melaksanakan rukun dalam pengurusan kewangan ini, kalau tidak mampu disiplin jangan kerap berzikir kenapa wang selalu tidak mencukupi, tetapi diri kita yang belum bersedia untuk menguruskan duit yang banyak.

Anda mempunyai masalah duit tidak mencukupi? Artikel ini mungkin membantu anda: https://kunanta.net/2019/07/12/suami-selalu-pening-kenapa-duit-selalu-tak-cukup/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: