Mukjizat tentang nyamuk

Al-quran adalah mukjizat yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad S.A.W sebagai bukti bahawa apa yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendak-Nya.
Di dalam al-quran, Allah berfirman ;

إن الله لا يستحيي أن يضرب مثلا ما بعوضة فما فوقها
Maksudnya ;

‘’Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang berada di atasnya’’

Cuba anda perhatikan perkataan فما فوقها pada ayat di atas dan perhatikan maksudnya yang telah digariskan bersamanya. Sebenarnya, dalam kaedah bahasa arab, ia membawa kepada dua maksud yang berbeza.

Pertama : Suatu yang berada di atasnya (nyamuk)

Kedua : Suatu yang lebih besar daripadanya

Ramai ulama yang mentafsir perkataan فما فوقها dengan maksud ‘’suatu yang lebih besar daripadanya’’ dan itulah kebolehan mereka kerana ilmu itu milik Allah, ada ilmu yang Allah dedahkan dan ada yang Allah sembunyikan dan ada pula yang Allah dedahkan selepas beberapa kurun lamanya lalu ditemui oleh generasi sesudah itu.

Bagi ayat tersebut, terdapat di kalangan para ulama tafsir yang tidak pasti dengan tafsiran mereka lalu mereka menafsirkan dengan cara selamat iaitu mereka menyebutkan kedua-dua maknanya sekali seperti yang telah diterangkan di atas.

wallahua’lam, kemungkinan bukan itu yang Allah Kehendaki, tetapi apa yang dikehendaki Allah sebenarnya adalah ‘’suatu yang berada di atasnya’’ atapun ‘’suatu yang lebih kecil darinya’’

Semua keajaiban ini adalah berdasarkan penemuan-penemuan yang telah didedahkan oleh para saintis setelah mereka meneroka menggunakan peralatan yang canggih ke atas seekor nyamuk.

Mereka telah mendapati bahawa di atas setiap ekor nyamuk terdapat seekor binatang kecil yang dipanggil sebagai Mites (Hama). Ia adalah seekor binatang yang lebih kecil daripada nyamuk dan berwarna merah. Tugas binatang tersebut adalah untuk memberi tenaga kepada myamuk untuk terus hidup.

Kita tidak dapat melihat binatang tersebut melainkan dengan menggunakan peralatan yang canggih dan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja.

Bagaimanakah kebenaran ini boleh berlaku sedangkan Allah telah berfirman semenjak 1400 tahun lagi?

Inilah mukjizat yang menyaksikan bahawa al-quran itu adalah kebenaran yang tidak sesekali boleh ditolak bahkan sesiapa pun mesti menerimanya!

Subhanallah Yang telah menciptakan segala-galanya.

Leave a Reply