Surat Terbuka Buat Marina Mahathir dan LGBT yang Perit untuk Ditelan

marina

Baru-baru ini Marina Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan yang beliau menyokong LGBT di Malaysia. Jelas beliau, golongan ini hanya menuntut hak yang asasi seperti hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Mereka tidak menuntut hak tambahan yang jelas melanggar undang-undang. Jelas beliau lagi mereka menuntut hak sebagai rakyat malaysia yang lain dapat, kerana hak tersebut dinafikan untuk mereka.

Seorang Doktor perubatan, Nur Ilyani telah memberi respon berkaitan kenyataan Marina. Respon tersebut tidak digemari oleh penyokong-penyokong LGBT sehingga mereka membuat report kepada Facebook untuk memadam posting tersebut. Posting tersebut telah berjaya dipadam oleh Facebook.

Admin terpanggil untuk berkongsi semula surat terbuka beliau untuk Marina Mahathir, semoga Marina sedar akan kesilapannya atau beliau mendapat maklumat yang salah serta ralat berkaitan perjuangan LGBT. Apabila surat terbuka tersebut dipadam, admin rungsing lebih ramai yang terpengaruh dengan hujah cetek Marina Mahathir.

Tulis Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi:

Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir,

  1. Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.
  2. Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?
  3. Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?
  4. Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluraga CIk? (Buat masa sekarang penganut LGBT tidak dibernakan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?
  5. Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup sonsang.
  6. Akan tetapi, jika kalian mula mempromosikan gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.
  7. Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na’uzubillah.
  8. Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!

Nur Ilyani Mohamed Nawawi

Pasir Mas

6/8/2018

#NormalisasiDosa #NoLGBTQ

38600119_2200045190028743_6055115236875173888_n

Sebarkan surat terbuka ini kepada golongan LGBT dan penyokong-penyokongnya, ada beberapa soalan yang dikemukan oleh Dr. Ilyani yang mereka perlu jujur dalam menjawab.

Manusia ini adalah sebaik-baik penciptaan, tetapi apabila ia telah tertipu dengan nafsu serakah maka ia boleh menjadi sehina-hina makhluk malah lebih hina daripada makhluk yang selama ini dipandang hina.

Al-Quran jelas mengkhabarkan akan hal ini dalam surah At-Tin:4-5.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”

Kun Anta serius dalam membawa agenda keharmonian masyarakat, segala bentuk yang mengancam keamanan serta keharmonian masyarakat yang majmuk adalah menjadi perjuangan kami. Jelas sekali pergerakan LGBT merupakan virus yang akan meranapkan rumah masyarakat yang telah sedia dibina.

Sekiranya anda mepunyai sebarang penulis atau ingin menyatakan sesuatu pandangan bagi memastikan keberlangsungan harmoni dalam masyarakat, boleh kongsi kepada kami di email kunantabro@gmail.com untuk kami siarkan dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply