Hati-hati sebelum terlewat. Jangan Biar Dadah ini Ganggu Rumahtangga Kita.

Penulisan ini diambil daripada fb puan Sharifah Zahidah setelah pihak admin mendapat kebenaran daripada beliau untuk berkongsi di laman web ini, anda boleh mengikuti penulisan-penulisan menarik beliau berkaitan pendidikan anak-anak.

“Pornography is a new drug.”

Ini adalah apa yang SETIAP IBUBAPA perlu ingat dan AWARE dalam membesarkan anak-anak.

Bezanya, zaman dulu, anak-anak yang akan terkena najis ‘drug’ ini adalah anak-anak yang tersalah pilih kawan, berpeleseran, memonteng sekolah, geng budak-budak nakal atau anak-anak yang memang sudah terpalit dengan masalah sosial dari awal lagi. Yang akhirnya, setelah beberapa tahun bergelumang dalam kancah yang salah, mereka pun terpalit dengan ketagihan dadah.

Ini dulu.

Tapi sekarang, persekitaran kita JAUH LEBIH MERISAUKAN. Kerana kita diancam dengan ‘sejenis dadah baru.’

‘Dadah’ pornografi tersebar bukan lagi dengan cara lama dan memakan masa macam zaman sebelum ni; yang ada banyak peringkat, yang perlu develop over a few years, yang perlu ada banyak faktor barulah ia terjadi. Tidak.

Dadah pornografi ini, sekarang, TERSEBAR dalam tempoh SEKELIP MATA saja, bahkan ianya banyak bermula dari dalam RUMAH KITA SENDIRI! Di hujung jari! Dan lebih parah lagi, dalam apa jua keadaan pun, IANYA adalah suatu wabak yang amat mudah menemui mangsanya.

Untuk terjebak dengan dadah era baru ini, anak kita tak perlukan circle yang negatif, tak perlu ponteng sekolah, tak perlu jadi budak nakal, tak perlu tunggu masuk sekolah menengah, tak perlu datang dari keluarga porak peranda, tak perlu jadi anak yang diabaikan, tak perlu kawan dengan gangster, tak perlu mencuri dan hisap gam dulu, tak perlu jadi budak jahat pun. TAK PERLU. Semua tu tak perlu pun untuk jadi individu yang terpalit dengan najis pornografi ini.

Cuma yang perlu adalah handphone dengan akses internet SAHAJA, sudah mencukupi untuk menjadikan anak kita sebagai mangsa ketagihan ‘dadah’ pornografi di zaman ini.

Anak kita ada handphone kan? Ada internet access kan? Kalau belum ada, mereka BAKAL ada. Jadi, saya mohon baca sampai habis. Jangan abaikan pos ini. Pos ini SANGAT BERKAIT dengan kita dan anak-anak kita.

Kalau orang bertanya antara physical drug (heroin, nicotine, alcohol, etc) dan mental drug (pornography); antara keduanya yang mana lebih DIGERUNI DAN BERLELUASA?

Jawapan tanpa ragu-ragu saya akan jawab; pornography; the invisible drug.

Sebab?

Sebab ia memburu mangsa TANPA sebarang syarat. Kita boleh anggap anak kita sukar terlibat dengan dadah dan alkohol, tetapi tidak sedikit pun kita boleh fikir bahawa anak kita sukar terlibat dengan dadah pornografi. Jangan berani pun kita fikir anak kita akan terselamat, TANPA kita ambil ikhtiar PALING CERMAT.

SESIAPA juga boleh menjadi mangsa dan setiap satu saat, 28,000 manusia terpalit dengan isu tontonan pornografi. Majoriti berumur antara 7 ke 18 tahun! Paling ramai mula terjebak, pada usia 10 tahun.

Kita kira sendiri, dalam 24 jam, berapa billion manusia terjebak dengan pornografi ini?

Dan YAKINLAH, langsung TIADA jaminan bahawa anak-anak kita tidak termasuk dalam kiraan ini.

Kerana apa? Kerana pornografi mencari mangsa tanpa perlu sebarang pra-syarat, macam saya sebut di atas. Any random kids could be trapped into this. YA. Sesiapa saja boleh terjebak dalam SEKELIP MATA. Asalkan dia ada handphone, ada internet access.

Dan.

MAJORITI anak-anak generasi kita, bukan saja memiliki, bahkan MEMBESAR di samping dua benda ini. Setuju?

PROSES DAN KEADAAN MENTAL/OTAK yang dilalui oleh orang yang ketagihan dadah adalah SAMA dengan proses/keadaan mental orang yang menonton pornografi.

Seperti mana dadah dan alkohol membawa ketagihan, begitu juga pornografi membawa ketagihan.

Sesuatu imej porno masuk ke dalam minda anak kita melalui matanya; akan released sesetengah chemical antaranya DOPAMINE, oxytocin, serotonin, etc dalam amaun yang BANYAK/overload.

Dopamine ni akan dirembeskan dengan kadar yang lebih banyak dari biasa apabila seseorang tengok pornografi. Abnormaliti pada kadar rembesen/dos dopamine yang tinggi dalam otak ini adalah satu simtom PENCEROBOHAN SISTEM DOPAMINE, di mana sistem ini tidak akan work in a normal way lagi kerana ia dah kena hijack.

Bila ia dah kena hijack/terganggu, ia perlukan dos yang SENTIASA tinggi dan semakin tinggi dari semasa ke semasa. Macam mana nak dapat dos yang lebih tinggi dan sentiasa tinggi ini?

First, dia kena CONSTANTLY MELAYANI PORNGRAFI. Ya, BERTERUSAN melayan. Sebab itu kita sebut ‘ketagihan.’
Kemudian, lepas beberapa ketika, dia kena ubah pula PATTERN dia layan pornografi.

Kalau sebelum ni, gambar A dah cukup untuk arousal. Lama kelamaan, the same image dah takkan beri sebarang effect lagi.

Jadi dia kena cari imej baru, cara baru, keseronokan baru atau apa-apa yang menggambarkan selera baru, untuk dia kekalkan tahap dopamine yang tinggi ini. Basically, ini adalah cycle di mana ketagihan itu berlaku dan ini menjelaskan kenapa ketagihan itu sifatnya akan menjadi semakin buruk dan bertambah buruk dalam kadar berterusan.

Bila dah ketagih/sistem dopamine dah kena hijack/kacau bilau, otak seseorang itu mengalami beberapa perubahan yang seterusnya menyebabkan aktiviti harian dia dah taknak function macam normal. Dia nak kena dapatkan juga sumber yang boleh release dopamine dalam dos yang banyak untuk dia rasa happy and ‘normal’ again.

Kalau tak dapat apa yang diketagihkan, akan menyebabkan withdrawal syndrome di mana orang ni akan rasa moody, marah, resah, low motivation, tak keruan, malas buat semua benda, panas baran, hilang fokus, tiada perasaan dan sebagainya yang MENGANGGU FUNGSI DAN KUALITINYA SEBAGAI INSAN HEBAT YANG ALLAH CIPTA DENGAN SEBAIK KEJADIAN.

Jadi, cara otak orang yang ketagihan ini bekerja in order to survive ialah; get porn again, get porn again, get more porn again and again. Sehingga sampai pada satu tahap dia akan berada di fasa di mana the same image of porn TIDAK lagi membantu release extra dose of dopamine. Desensitization. Dia tengok gambar tak elok, gambar lucah pun sudah tidak merasa apa-apa/tidak enjoy.

Bila sampai tahap ni, adakah ini bermakna ketagihan habis? Iyalah, kalau tengok sudah tidak rasa apa-apa.

Tidak!

Dia tidak merasa enjoy melihat gambar/video yang sama bukan kerana keinginannya telah mati, tetapi keinginannya kini telah menjadi luar kawalan, semakin buas TETAPI TIDAK LAGI DAPAT DITENANGKAN/dipuaskan. Dia mahukan lebih lagi dan lagi! Gambar dan imej sebelum ini tidak cukup, dia mahukan yang jauh lebih extravaganza!

Ini bermakna, ketagihannya menjadi semakin serious.
Kalau dulu, tengok gambar seksi saja dah cukup, tapi sekarang, perlu gambar yang jauh lebih seksi. Kalau dulu, tengok gambar tak bergerak pun dah ‘high’, sekarang perlukan video yang bergerak pula!

Dulu, video tanpa suara dah cukup, sekarang perlukan yang ada macam-macam bunyi. Dan sampai kepada satu tahap, bila tengok gambar lucah BERLAINAN jantina SUDAH MENJADI BIASA dan tidak merasa tertarik lagi, kaki pornografi ini perlukan gambar seksi atau video dari SESAMA JANTINANYA pula untuk menenangkan ketagihannya.

Kaki pornografi ini memerlukan sesuatu yang sentiasa ‘baru’, segar dan berlainan untuk dia menenangkan mental craving-nya/porn addiction-nya. Sampai satu tahap sudah bosan dengan video seks berlainan jantina, dia akan hilang perasaan terhadap lawan jantina dan mula cenderung ke arah SEKS SEJENIS dengan begitu mudahnya dan berubah menjadi biseksual, transgender, lesbian ataupun gay.

KLIK!

Di sini kita sudah semakin faham tentang fakta berkaitan peningkatan kadar penggunaan media sosial adalah sejajar dengan peningkatan kes-kes seksual dan bertambah biak golongan LGBT.

Seks sejenis inilah yang akan membantu dia untuk dapatkan high dosage of dopamine yang diperlukan yang tidak lagi dia dapati dari pornografi yang dia dah terbiasa sebelum ini.
Yang lebih buruk lagi ialah, CYCLE INI TIDAK AKAN PERNAH TAMAT.

Bermakna, akan sampai pula satu tahap, di mana tahap seks sejenis tidak lagi promise the same pleasure untuknya, dia akan go for another type of sexual attraction yang tahap binatang pula, iaitu kecenderungan/tarikan ke arah seks beramai-ramai atau seks dengan bayi dan kanak-kanak, seks luar tabie dengan haiwan dan sebagainya.

Boleh relate kan, dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini?

Kita semua sudah boleh faham, dari mana titik tolak puncanya kegilaan seksual dan masalah sosial yang bermaharajalela dalam negara kita. Dari mana?

DARI RUMAH KITA SENDIRI. DI HUJUNG JARI KITA SENDIRI.

PENINGKATAN masalah seksual, kecelaruan identiti, pedofilia, homoseksual ini SEMUANYA ADA KAITAN YANG RAPAT dengan pornografi, seperti penerangan yang saya jelaskan di atas. Saya Cuma dapat menerangkan secara ringkas saja di sini. Topik ini memang antara subjek yang disentuh dalam kursus peradaban manusia yang saya pelajari sewaktu di zaman university dahulu. Kalau nak cerita detail, tak habis. Tapi cukup kita faham yang asas ini dulu. Supaya kita AWARE dan jaga sungguh-sungguh keluarga dan anak-anak kita.

Tak suruh nak repair jauh-jauh, pantau jauh-jauh, risau jauh-jauh. Cukup LIHAT DAN JAGA RUMAH SENDIRI DAHULU. Itu saja. MULA DARI RUMAH. Nak sekat golongan maknyah, pengkid, pondan, gay dan sebagainya, BERMULA DARI RUMAH. BERMULA DARI DIRI KITA SENDIRI. BERMULA DARI MEMERHATI DENGAN DEKAT APA BAHAN YANG MENJADI TONTONAN ANAK KITA di biliknya sendiri.

Boikot adalah solusi jangka pendek. Mendidik anak-anak dengan didikan sebenarnya, adalah solusi jangka panjang yang akan mengelakkan masalah ini terus menjulang dan berulang.

Bila ada orang awam yang mengadu pasangan mereka terjebak dengan pornografi, antara perkara saya cukup risaukan ialah masa depan anak mereka. Dengan isteri, sudah pasti. Sudah pasti hilang nafsu. Sebab itu kena cari pelacur, wanita simpanan, anak ikan atau sebagainya. Bukan salah isteri melahirkan, salah isteri tak jaga badan, salah isteri tak pandai melayan. Ianya adalah salah diri sendiri yang bermula dari TIDAK MENUNDUKKAN PANDANGAN.

Sehingga terjadi kes dari berdozen perempuan simpanan, sehinggalah kes dengan anak kandung sendiri pun dia boleh melayan. Bahaya untuk anak-anak sendiri yang nanti bakal dijadikan mangsa.

FITRAH YANG DICEROBOH

Kegilaan ini semua bermula dari FITRAH yang diceroboh, keinginan yang tidak dapat disalurkan secara normal, nafsu yang tidak dapat ditenangkan lagi. Fungsi fizikal, mental dan spiritual yang terganggu akibat dari amalan-amalan yang merosakkan diri sendiri iaitu pornografi.

Kenapa isu ini SANGAT SERIUS untuk kita ibubapa? Kerana;
MAJORITI cerita yang diluahkan kepada saya tentang KETAGIHAN PORNOGRAFI ANAK KECIL ADALAH BERMULA DARI;

1. PENGARUH SI BAPA SENDIRI YANG TERLIBAT DENGAN PORNOGRAFI. Bapa yang sepatutnya menjadi ketua dan pelindung keluarga, kini membawa malang dan mendung dalam masa depan anak kandungnya. Anak BELAJAR tonton pornografi dari si bapa sendiri. Tak terkecuali, ada juga dari si ibu! Kenapa majoriti ibu atau bapa ini boleh MEMBIARKAN dan tidak rasa bersalah anak mereka terjebak dengan pornografi? Tak sayang anak ke? Jawapannya; Kerana masalah hypo-frontality. Saya akan jelaskan di bawah nanti.

2. Pengaruh penggunaan internet BERSENDIRIAN, TANPA PANTAUAN. Ingat, pornography is just A CLICK AWAY from our kids. Sekolah tahfiz, sekolah agama, sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah apa pun anak kita; Kalau dah boleh guna handphone + internet dalam bilik sendirian – please, beware.

3. Television, komik, game, novel dan persekitaran. Kupasan di pos sebelum ini tentang sexual grooming. (Rujuk pos terdahulu)

Tontonan pornografi, bermula dari MATA YANG DIBIARKAN MELIAR ketika di jalanan, menonton tv atau acara-acara kehidupan biasa. Kerana itu, suruhan menjaga mata adalah suatu yang amat relevan dan bersesuaian dengan fitrah manusia. Dan ya, memang ada penerangan saintifiknya bagaimana menundukkan pandangan adalah sesuatu yang akan menyelamatkan komuniti dari bahana keruntuhan akhlak.
Anak kita tak terjebak? Mungkin kita boleh berfikir begini untuk sedapkan hati.

TAPI AWAS, kebarangkalian anak kita MEMANG CONFIRM BERKAWAN dengan orang yang terjebak dengan porno – yang ini, kita tak boleh nafi, sebab kajian menyedarkan kita bahawa dalam setiap 10 orang, 9 daripada 10 orang tersebut adalah orang yang terjebak dengan pornografi.

Celah mana kita nak lari rasa isu ini takkan ada kaitan dengan diri kita dan anak-anak kita?

Bagaimana pornografi MEROSAKKAN OTAK anak-anak kita? Dan KESAN BURUK pada otak anak-anak ini akan diterjemahkan menjadi PERLAKUAN yang buruk dalam kehidupan seharian anak-anak kita?

“Tak semestinya tengok pornografi merosakkan akhlak dan diri, Ustazah. Ramai saja orang layan porno, tapi dia baik pada keluarga. Dia baik di tempat kerja. Jadi, why bother? Macam kita tak biasa jadi muda,”

Pornografi tidak merosakkan akhlak itu mustahil. Kita saja yang tidak sedar. Hakikatnya, kerosakan sedang berlaku dalam pace-nya yang tertentu, bergantung kepada tahap ketagihan, tahap lama mana sudah terjebak, tahap sejauh mana otak sudah dirosakkan/terganggu. Kita tidak sedar ia berlaku, TIDAK BERMAKNA ianya benar-benar tidak berlaku.

Tontonan pornografi akan menimbulkan masalah HYPO-FRONTALITY.

Hypo-Frontality ini adalah masalah di mana bahagian prefrontal cortex kita ini menjadi semakin lemah dan tidak aktif. Tahu bahagian ini kerjanya apa?

Bahagian prefrontal cortex ini adalah bahagian yang BERTANGGUNGJAWAB mengawal tingkah laku diri kita/self control, kebolehan berfikir dengan rasional dan matang, dan kebolehan membuat keputusan yang betul.

Anak-anak yang dah terjebak dengan pornografi, akan mula BERTUKAR SIKAPNYA, dari kanak-kanak yang ceria menjadi kanak yang murung dan pembengis. Dari anak-anak yang baik mendengar kata akan menjadi anak-anak yang melawan kata dan panas baran. Dari anak-anak yang bijak dan fokus dalam pelajaran akan menjadi anak-anak yang sukar belajar/tidak suka belajar. Dari anak-anak yang mempunyai semangat enthusiasm yang tinggi akan menjadi anak-anak yang hilang keyakinan diri dan membenci diri sendiri.

Ramai ibubapa beranggapan, anaknya ‘berubah’ selepas akil baligh.

“Itu cuma kecelaruan hormone yang normal, yang tidak perlu dirisaukan sangat. Anak saya okay saja,”

Yang ramai ibubapa tidak tahu ialah, anaknya berubah bukan kerana akil baligh semata, tapi kerana pornografi sudah menyelinap di balik otaknya yang baik dan sihat sebelum ini.

Ianya adalah satu hakikat, satu rahsia yang DIKABURKAN di sebalik gejala ‘akil baligh’ seorang anak. Selidik, dan tambah ilmu bagaimana berdepan dengal hal ini dengan penuh hikmah.

Berapa lama diperlukan untuk anak-anak yang menonton pornografi berubah karakter menjadi sebegini?

IN LESS THAN A WEEK saja sebenarnya!

Dan berapa lama yang diperlukan untuk rawat semula ketagihan/kerosakan ini?

Depends. Yang penting, ianya tidak mudah untuk undo the damage because whatever is seen, can never be unseen. Jadi, the best approach is ialah BENAR-BENAR MEMASTIKAN DIDIKAN DAN PANTAUAN TERBAIK perlu diberikan kepada anak-anak supaya mereka tidak terjebak dari awal lagi.

BAGAIMANA KALAU SUDAH TERJEBAK? Next few days saya akan kongsikan, inshaALLAH. Ada banyak praktikal yang boleh diambil oleh ibubapa untuk atasi.

Pos ini bertujuan untuk membuat ibubapa BERSETUJU BAHAWA MEREKA PERLU LAKUKAN SESUATU SECARA BERSEPADU ANTARA SUAMI DAN ISTERI DEMI MENYELAMATKAN ANAK-ANAK MEREKA DARI TERJEBAK DENGAN PORNOGRAFI YANG BERMULA DARI RUMAH SENDIRI.

Secara ringkas dari pos ini, pornografi akan mengubah IDENTITI ANAK KITA daripada anak yang normal kepada anak yang:

1. Cenderung seks luar tabie, homoseksual/lesbian, pedofilia etc (over few years – kesan jangka panjang. Usually bila dah habis sekolah menengah, dah dewasa dan berumahtangga baru terlihat kesan ini. Hakikatnya, ianya sudah lama bermula sejak pertama kali dia menonton pornografi).

2. Pemarah, panas baran.

3. Mudah hilang kawalan diri. Terlalu beremosi dan tidak boleh handle situasi yang tidak menyebelahi dirinya; termasuklah berdendam dan mudah membenci orang lain.

4. Hilang fokus dalam aktiviti seharian

5. Tidak suka belajar, susah untuk mengingat, memahami dan membuat urusan untuk belajar

6. Tidak sensitif dengan perasaan orang lain, hati kering. Bergaduh, sepak terajang kawan, mencaci maki guru pun tidak merasa apa-apa.

7. Tidak boleh berfikir dan buat keputusan dengan baik.

Banyak lagi kesan buruk apabila bahagian prefrontal cortex ini terjejas, yang disebut di atas cuma sebahagian kecil sahaja. Ingatlah, otak ALLAH bagi pada kita ini, cuma SATU SAHAJA. Kita kena jaga sebaiknya.

Saya mohon, kongsikan pos ini kepada seramai mungkin kenalan kita agar kita sama-sama dapat tingkatkan kesedaran untuk mengatasi masalah pornografi dan kebejatan sosial ini SECARA BERSEPADU/SEMUA PIHAK MEMAINKAN PERANAN.

Salah satu ikhtiar untuk menlindungi anak kita sendiri dari terjebak dengan kemungkaran pornografi, adalah dengan sama-sama kita mengambil langkah mencegah ia dari terus berleluasa. Bagaimana caranya?

Dengan semudah-mudah cara ialah;
Saya menulis, anda kongsikan. Ini ikhtiar kecil kita. Tapi besar maknanya di sisi ALLAH sebagai usaha kita melindungi anak kita dari najis ini.

InshaALLAH, berjumpa di perkongsian seterusnya tentang praktikal menangani isu ini. Saya anggarkan, pos yang berkaitan dengan isu pornografi di kalangan anak-anak ini saja boleh ditulis dalam lebih 10 topik berasingan. Sekadar yang sudah saya tulis, ada 3 atau 4 pos. InshaALLAH selagi terdaya, saya akan cuba kongsikan sedikit dari apa ilmu yang dipinjamkan kepada saya. Boleh follow dan see first jika anda rasakan pos ini mendatangkan manfaat. Boleh abaikan jika ianya tiada sebarang manfaat.

Sharifah Zahidah
17 Julai 2018
#sebelumsenja

Leave a Reply