“Wanita seorang yang celaka!” Inilah nilai wanita terdahulu yang kita tidak pernah tahu

Wanita, keindahannya mengatasi segalanya. Tanpanya, suramlah segalanya.

Wanita adalah pelengkap hidup seorang lelaki. Di kala badan lelaki yang penat lelah mencari nafkah, wanitalah yang menyegarkannya kembali.

Di kala lelaki buntu, merekalah yang menyelesaikan kebuntuan tersebut.

Itu adalah secebis nilai seorang wanita di dalam islam.

Tetapi selain islam, bagaimana pula wanita diperlakukan?!

Perhatikan apakah yang diperlakukan oleh ketuju-tujuh agama dan tamadun berikut sebelum datangnya cahaya islam!

#Pertama, Ketika zaman Yunani

Pada zaman Yunani, keadaan wanita sangat hina!

Mereka dikurung di dalam rumah dan tidak diberi sebarang pendidikan atau apa-apa hak. Perkakas rumah dianggap lebih baik berbanding mereka!

#Kedua, Zaman Rom lama

Pada zaman Rom lama, undang-undang Rom menganggap wanita adalah seorang makhluk yang tiada akal!

#Ketiga, Dalam syariat Kristian

Di dalam syariat Kristian yang diselewengkan, wanita dianggap sebagai punca Nabi Adam terjatuh dalam godaan sehingga baginda dikeluarkan dari syurga.

Mereka berkata :

“Mereka sepatutnya rasa malu kerana mereka adalah wanita dan mereka patut hidup dalam penyesalan yang berterusan akibat laknat yang telah mereka bawa di muka bumi ini”

#Keempat, Dalam Mazhab Al-Manawiyyah

Manu yang merupakan pengasas kepada Mazhab Al-Manawiyyah yang diasaskan pada kurun ke – 3 Masihi dahulu pernah berkata :

“Wanita adalah seorang yang celaka”

Lebih teruk lagi, mereka menganggap wanita adalah jelmaan syaitan dan mereka sepatutnya dilaknat kerana mereka adalah punca segala godaan.

Selain itu, ada yang berpandangan bahawa wanita ini adalah najis.

Di india, mengikut pandangan Manu, isteri mestilah berkhidmat untuk suaminya seperti tuhan dan tidak boleh menyalahkan apa-apa kepada suaminya supaya suaminya kekal mulia!

#Kelima, Dalam dakwah Mazdakiyyah

Kemudian, di dalam dakwah Mazdakiyyah yang sealiran dengan Mazhab Manu, mereka berpendapat bahawa wanita boleh dikongsi seperti manusia berkongsi air, api dan rumput.

Kerana itulah pelacuran, keruntuhan akhlak dan nafsu terlalu berleluasa di Farsi suatu ketika dahulu sehingga dibolehkan berkahwin dengan mahram seperti ibu sendiri, kakak, adik dan ibu saudara.

#Keenam, Dalam agama Yahudi

Dalam agama Yahudi Laknatullah, mereka menganggap wanita adalah najis sepanjang tempoh haid. Jadi, mereka tidak boleh makan dan tidur bersama. Anak yang dilahirkan mestilah dinisbahkan pada ibunya bukan pada bapanya dan apabila anak itu melakukan kecelakaan, ia akan dikaitkan dengan ibunya bukannya bapa!

#Ketujuh, Dalam agama Nasrani

Dalam agama Nasrani pula, wanita dianggap sebagai punca segala maksiat. Mereka dipaksa untuk malu terhadap kecantikan dan keanggunan mereka kerana ia adalah senjata iblis. Wanita dalam agama ini juga diwajibkan untuk membayar kifarah tanpa henti kerana merekalah yang mendatangkan musibah dan kesengsaraan pada muka bumi dan seluruh penduduknya!

Begitulah hinanya keadaan wanita dalam masyarakat lama sebelum datangnya islam. Di dalam agama-agama selain islam, mereka dianggap terlalu hina.

Kemanusiaan mereka tidak terpelihara seperti lelaki. Mereka tidak diberi kelayakan untuk menguruskan ekonomi dan memiliki sesuatu harta bahkan lebih teruk dari itu, mereka tidak diberi kelayakan untuk menganut mana-mana agama sehingga mereka ragu-ragu dengan diri mereka sendiri sebagai manusia!

Rujuk :

Nazorot fi risalatil maratil muslimah, As-Syahid, Hassan Albanna.

Leave a Reply