Sia-sialah bagi mereka yang telah memasuki bulan ramadan, tetapi masih melakukan 4 perkara ini

Bulan Ramadan adalah bulan yang termulia berbanding bulan-bulan yang lain. Kita harus mensyukuri kerana Allah telah memuliakan diri kita dengan memberi peluang untuk merasai lagi berada di bulan ini.

Namun, apabila kita berada di bulan ini, jika kita masih lagi melakukan perkara-perkara ini, maka sia-sialah amalan kita.

#KEEMPAT, Tidak menundukkan pandangan

Walaupun bulan puasa telah menjelma, masih lagi wanita-wanita yang mengenakan pakaian yang menjolok mata lelaki yang memandang mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila wanita-wanita tersebut merasa bangga jika digoda oleh mana-mana kaum lelaki kerana berpegang bahawa ia adalah tanda-tanda dia seorang yang cantik.

Ingatlah, jika kita menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan untuk menjauhkan dosa, maka kita akan melakukan ibadah sebaik yang mungkin.

#KETIGA, Tidak menjaga tutur kata

Paling ketara adalah perkara yang melibatkan isu-isu politik tambahan pula baru-baru ini Malaysia telah menyambut pilihan raya.

Apabila dikaitkan dengan pilihan raya, ia tidaklah bermakna perkara-perkara lain tidak berdosa, ia tetap berdosa juga. Jangan rasa terselamat ya! Anda mengumpat, anda mencaci, anda menghina, walaupun tiada kaitan dengan politik, anda juga boleh terjatuh dalam gaung dosa!

#KEDUA, Tidak berusaha membaca al-quran

Bulan Ramadan adalah bulan turunnya al-quran. Bulan Ramadan dimuliakan adalah kerana al-quran. Jadi, jika bulan tersebut dimuliakan hanya kerana turunnya al-quran, tetapi kita mengabaikan al-quran, maka teruklah kita!

Tidak mengapa jika kita tidak lancar membaca kerana anda dijanjikan dua pahala. Tidak mengapa jika anda tidak tahu membaca, anda boleh belajar melalui kemudahan-kemudahan yang telah dicipta pada hari ini.

#PERTAMA, Tidak berusaha untuk pertingkatkan diri

Bulan Ramadaan digelar oleh para motivator sebagai ‘Madrasah’ bererti sekolah. Apabila kita memasuki sekolah, kita akan belajar daripada tidak tahu kepada tahu. Di sekolahlah kita gagal, di sekolahlah kita jatuh naik, di sekolahlah kita belajar berbagai-bagai. Maka bulan ramadan pun mempunyai madrasahnya yang tersendiri untuk melahirkan graduan-graduan yang bertakqwa sepanjang tahun.

Semoga Ramadan kali ini kita dimuliakan oleh Allah dengan amal yang soleh. Amin.

Kredit gambar : ceotecnoblog.com

Leave a Reply