10 Aktiviti Bermanfaat Ketika Musim Cuti Sekolah. Yang last sekali tu menarikk!!!

Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM

1. Bersukan

Pada usia muda, anak-anak perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang kesukanan. Selain itu, bersukan juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka dalam masa yang sama dapat mempelajari nilai-nilai yang tersembunyi dalam setiap permainan sukan. Contohnya, sukan memanah dapat melatih emosi dan fizikal anak-anak untuk menetapkan sasaran. Memanah juga mengajar mereka agar mampu mengawal emosi, bersabar, tenang dalam apa jua keadaan serta meningkatkan kesihatan dan ketajaman mental.

Sukan lain yang boleh diceburi oleh anak-anak seperti berkuda, berenang, bermain bola, tenis, badminton, futsal, bola baling dan sebagainya.Sukan berbentuk seni mempertahankan diri juga penting dalam menyediakan sistem pertahanan yang kukuh dalam diri anak-anak agar berani dan kuat menghadapi sebarang kemungkinan.

2. Menghadiri kelas bahasa

Mempersiapkan diri anak-anak dengan pelbagai kemahiran berbahasa akan memudahkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Contohnya, anak-anak diberi penekanan untuk menguasai bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun pertuturan kerana persaingan kerja yang mendesak untuk berhubung dengan orang luar.

Di samping itu, kemahiran menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Mandarin, dan sebagainya akan dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak dan memudahkan urusan berkomunikasi serta mereka mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, hantarlah anak-anak ke kelas bahasa yang berdekatan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

3. Melawat datuk dan nenek di kampung

Tidak dapat dinafikan suasana kehidupan di kampung amat berbeza dengan kehidupan di bandar. Di kampung, anak-anak boleh belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan pertolongan ibu bapa untuk melakukan sesuatu. Contohnya, nak minum air kelapa perlu menggunakan usaha sendiri dan pemantauan orang dewasa untuk mendapatkannya dari pokok kelapa.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang menyeronokan boleh dilakukan bersama keluarga  tersayang. Ketika berjauhan hanya telefon sahaja yang menghubungkan. Oleh itu, bawalah anak-anak pulang ke kampung dan melakukan aktiviti bersama datuk dan nenek seperti tolong membersihkan halaman rumah, memasak, berkebun, pergi dusun buah-buahan, bermain wau dan pelbagai lagi yang boleh dibuat bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

4. Melakukan kerja amal

Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Membawa anak-anak untuk menyertai persatuan kebajikan yang banyak melakukan aktiviti seperti memberi makanan kepada golongan gelandangan, membantu anak-anak yatim, menceriakan golongan OKU dan warga emas yang hidup di rumah orang tua. Golongan ini amat memerlukan semangat dan sokongan daripada masyarakat.

Oleh itu, ajaklah anak-anak melakukan kerja amal bagi mendedahkan kepada mereka bahawa kehidupan mereka lebih baik dan mereka perlu bersyukur dengan apa yang ada serta perlu ringan tulang dalam menghulurkan bantuan. Ini akan melahirkan anak-anak yang berjiwa masyarakat dan akan menabur bakti demi kesejahteraan ummah.

5. Melukis, membaca, membuat kraftangan

Bergantung kepada minat dan hobi anak-anak. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan hubungan bersama anak-anak di samping mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.

Contohnya, membuat kraftangan. Ibu bapa hanya perlu melayari internet dan melihat cara membuat barangan kraftangan dan cuba membuatnya bersama anak-anak. Selain itu, boleh menerapkan amalan membaca di rumah atau membawa anak-anak ke perpustakaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

6. Melancong

Jika berkemampuan, bawalah anak-anak melancong di dalam atau luar negara agar dapat membuka minda mereka melihat dunia luar yang berbeza seperti melawat tempat-tempat bersejarah, taman tema, pusat perlancongan dan pelbagai tempat menarik yang belum dilawati.

Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak berkelah di air terjun, pantai atau tasik yang boleh mendekatkan anak-anak dengan alam semulajadi. Sudah pasti perbelanjaan tidak besar kerana tidak perlu tiket yang mahal untuk dibayar ketika mengunjungi tempat tersebut serta boleh membawa bekalan makanan dari rumah.

7. Ulangkaji pelajaran

Aktiviti ini adalah yang paling membosankan bagi anak-anak apabila tiba musim cuti sekolah. Tetapi masa yang ada perlu dimanfaankan sebaiknya terutama bagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun hadapan. Ulangkaji secara ringkas perlu dilakukan agar anak-anak tidak lupa apa yang telah mereka belajar. Buatlah jadual waktu belajar untuk anak-anak agar mereka mampu berdisiplin menguruskan diri ketika waktu lapang.

8. Belajar menggunakan teknologi

Kepesatan penggunaan teknologi pada zaman sekarang memerlukan anak-anak untuk mempunyai kemahiran menggunakan komputer. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas suntingan video, pembinaan laman web, grafik, fotografi sesuai dengan minat mereka kerana ini merupakan nilai tambah yang membawa kebaikan ketika mereka sudah dewasa untuk mendapat pekerjaan. Penggunaan teknologi juga akan melahirkan anak-anak yang kreatif menggunakan daya imaginasi yang tinggi.

9. Belajar berniaga

Perniagaan dapat mendidik anak-anak untuk mempunyai sifat jujur, sabar, amanah, bertanggungjawab dan berani menghadapi sebarang risiko. Anak-anak juga berpeluang mencari duit poket sendiri. Perkara yang paling penting, anak-anak perlulah sentiasa dipantau oleh ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Mereka boleh melakukan perniagaan yang ringan seperti menjual kerepek, air minuman, roti dan buah-buahan.

10. Menyertai kem al-Quran, Ibadah atau Motivasi

Berita baik untuk anda!! Program Kem Safari Al Quran anjuran Akademi Sinergi Ikhlas akan diadakan pada cuti sekolah pada Mac 2018. Ia bertujuan mendekatkan golongan remaja supaya menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup.

Konsep utama yang menjadi ‘enjin’ kem ini adalah:

1) Big picture/Mapping Al Quran menurut susunan surah dan tema, supaya memudahkan peserta membuat rujukan berdasarkan tema yang sesuai dalam Al Quran.

2) Konsep tadabbur dan tazakkur Al Quran. Menanam mindset peserta, bahawa Al Quran yang kita miliki, bukan sekadar perlu dibaca, bahkan perlu diperhatikan dengan dalam mesejnya, dan diamalkan dalam kehidupan.

3) Konsep Solusi Kehidupan dalam Al Quran. Menjelaskan bahawa masalah yang kita hadapi dalam hidup, mampu diselesaikan dengan Al Quran.

Menariknya, 3 konsep yang cukup serius ini diolah dan cuba disampaikan dalam bentuk aktiviti-aktiviti dan permainan berbentuk :

-Jungle trekking
-Water Obstacle
-Explorace
-Running man
-Rally Robin
-Dan banyak lagi…..

Ayuh kita alami pengalaman meneroka alam dengan Al Quran, melalui pengisian yang cukup berimpak dan menarik sepanjang 3 hari 2 malam ini. Hanya dengan pelaburan bernilai Rm 390/pax atau mendapat diskaun Rm 350 jika berkumpulan (3 orang keatas).

Menarik bukan? Ayuh jangan sia-siakan peluang ini….

Bersama melangkah, membina generasi Al Quran.

Berminat? Apa yang perlu anda lakukan?

Hubungi sahaja Sufian: http://wasap.my/+60148447346/KemSafariQ

WhatsApp Image 2018-02-23 at 14.57.11

Artikel: UUM TV
Gambar: Panduanmalaysia.com

Leave a Reply