Kisah Perjuangan Nabi Musa Belum Berakhir dengan Matinya Firaun

Alhamdulillah setelah berakhir episod yang 30 berkaitan kejayaan Nabi Musa dan kaumnya diselematkan oleh Allah SWT daripada kekejaman Firaun yang ditayangkan di page Kun Anta, ramai followers yang menyangka bahawa dengan kemenangan itu tamatlah perjuangan Nabi Musa.

Sebenarnya tidak, kisah Nabi Musa antara kisah Nabi Allah yang panjang dikisahkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim, seolah-olah Allah SWT mahu kita mengambil pedoman dan penghayatan yang penting daripada kisah yang berlaku pada Nabi Musa AS.

Kisah-kisah selepas kemenangan dengan Firaun akan kita tonton bersama nanti pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Kisah Firaun hanyalah permulaan kepada kisah Nabi Musa sedangkan perjalanan beliau dalam membawa risalah cukup mencabar terutama dengan kaum baginda sendiri, sehingga baginda juga dikategorikan sebagai nabi  ulul ‘azmi (nabi yang menerima ujian berat)

Buat mereka yang punya anak-anak, mari ajar mereka menghayati kisah-kisah nabi. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, maka kisah Al-Quran ini penuh pedoman terutama dalam membina jati diri anak-anak sebagai seorang muslim.

Mencerap Pedoman Dari 30 Episod Pertama

Admin cuba senaraikan pedoman yang kita perolehi daripada kisah kelahiran Nabi Musa AS sehinggalah  kemenangan diselamatkan dari kekejaman Firaun dan bala tenteranya.

#1. Perancangan dan perencanaan Allah SWT mengatasi perencanaan manusia yang lemah.

Lihatlah mimpi Firaun yang menghantuinya sehingga ia merencanakan pembunuhan anak lelaki daripada Bani Israel, tetapi perencanaan Allah SWT mengatasi segala sesuatu sehingga Firaun sendiri yang menjaga anak tersebut yang akan menghancurkannya.

Begitu juga Musa AS terpisah setelah ibunya yang melayarkannya di sungai Nil tetapi pengakhirannya ibu baginda sendiri yang menyusukannya sedangkan semua ibu-ibu di Lembah Nil berusaha menyusukan Nabi Musa AS.

Malah semua sihir daripada penyihir-penyihir terlatih Firaun yang merupakan harapannya kalah dengan perencanaan Allah SWT, apabila tongkat Musa AS sendiri berubah menjadi ular besar yang merosakkan sihir-sihir tersebut. Daripada kemenangan kecil ini, tukang-tukang sihir memeluk agama yang dibawa oleh Musa AS.

#2. Kesabaran Musa AS dalam dakwahnya kepada Firaun

Setelah Nabi Musa AS mendapat wahyu yang pertama ketika perjalanan pulang dari Bumi Madyan menuju Mesir, baginda terus menyebarkan risalah tauhid dengan penuh kesabaran sambil dibantu oleh saudaranya Harun.

Dakwah dilakukan dengan penuh kesabaran, dakwah kepada Firaun dan Bani Israel, Bani Israel menerima dakwah tetapi meminta mereka bersabar atas apa yang diperlakukan oleh Firaun juga memerlukan kesabaran yang tinggi.

Puncak kesabaran Nabi Musa AS, dapat  dilihat pada bencana atau ujian yang diturunkan oleh Allah kepada Firaun dan sekutunya, mereka meminta kepada Musa AS agar diangkat ujian itu dan mereka berjanji dengan baginda untuk beriman serta melepaskan Bani Israel tetapi janji hanya tinggal janji, Nabi Musa AS tetap bersabar sehingga ujian demi ujian menimpa Firaun dan mereka terus berjanji ikrar sedangkan janji palsu sahaja. 

#3. Keimanan Isteri Firaun Asiah RA

Ini antara ibrah yang admin rasa paling menyentuh, wanita yang memilih keimanan melebihi segala-galanya. Wanita yang hidup mewah di istana pasti susah untuk memilih  beriman kerana dia akan kehilangan dunia yang memikat hati semua manusia, harta yang melimpah ruah akan mengaburi mata sesiapa sahaja tetapi Asiah membukti keimanannya melebihi segala-galanya. Wanita muslim kini perlu mencontohi beliau, tidak hilang maruah kerana memilih pelukan lelaki korea berwajah plastik, tak tergadai iman dengan murahnya dunia jikan dibandingkan nilai iman yang dibalas syurga.

Dan banyak lagi, mungkin para followers boleh berkongsi di ruang komen apa ibrah dan pedoman yang mereka perolehi daripada sepanyang 30 episod Nabi Musa AS untuk dikongsi bersama. 

Leave a Reply