Bolehkah Anda Hidup Tanpa Smart Phone?

smart-phone

Technology… is a queer thing. It bring you great gifts with one hand, and it stabs you in the back with the other – C.P. Snow

Cuba bayangkan anda hidup tanpa smart phone anda untuk sepanjang hari?

Atau lebih bagus lagi cuba bayangkan anda tiada smart phone untuk sepanjang minggu, atau sebulan

Boleh tak anda bertahan? Hmm.

Nomophobia – Istilah yang menggambarkan ketakutan hidup tanpa telefon, telah menjadi satu masalah yang besar sejak wujudnya benda alah ini.

Menurut kajian yang dijalankan di UK, 53 peratus orang akan berasa gelisah dan mengalami tekanan perasaan jika tidak dapat menggunakan smart phone.

Sumber berkaitan boleh dibaca disinisini dan sini.

Jom cabar diri untuk cuba hidup tanpa smart phone

Ia mungkin agak sukar untuk hidup tanpa smart phone, ipad, komputer, televisyen, dan gadget-gatget lain, tetapi ia bukannya perkara mustahil.

Cubalah cari sedikit ruang masa dalam sehari untuk menutup/off segala alat elektronik dan gadget kita. Jika kita hanya boleh bertahan sejam pun, itu dah OK. Cukup memadai.

Sebelum artikel ini ditulis, saya telah hidup tanpa smart phone dan laptop selama seminggu. (to be honest, ini adalah sebabnya)

Cepat atau lambat kita akan dapat menerima bahawa kesenyapan dan kesunyian hidup tanpa smart phone dan gadget itu tidaklah teruk sangat pun.

Rasa best pulak poket seluar ringan dan tiada vibrate dan bunyi yang sentiasa mengganggu tumpuan saya semasa membuat kerja.

Cuba dulu sejam untuk tengok samada anda smartphone addict atau tidak

Cuba elakkan untuk turn on smart phone & alat-alat elektronik kita sekurang-kurangnya untuk sejam. Jika kita rasa boleh tambah masa lagi, then feel free to do so.

Nikmati suasana ketika itu.

Buatlah perkara seperti duduk dan melihat ke luar jendela, baring sambil menatap siling, duduk dibawah porch atau merenung ke halaman rumah.

Dengarkan bunyi disekeliling. Rasakan fabrik pada pakaian kita. Rasakan sensasi pernafasan kita. Rasai dan hayati segala nikmat yang Allah kurniakan.

Tinggalkan sebentar hobi selfie dan post ke instagram.

Perhatikan orang ramai yang mengharungi suasana hingar-bingar kesibukan kota. Lihat gelagat manusia-manusia lain yang masih sibuk dengan smart phone mereka.

Luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan kawan-kawan kita. Mesti kita rasa satu kelainan sebab banyak pulak cerita diorang ni. (sebab kita sudah tak sibuk check smart phone dan menumpukan perhatian pada mereka)

Kita juga boleh menghabiskan masa dengan membaca buku kalau kita mahu, tapi lebih baik jika kita dapat meninggalkan segalanya buat seketika.

Bila kali terakhir anda rileks dan tak buat apa-apa, menyendiri dan melayani fikiran kita?

Kesunyian memang agak merisaukan pada mulanya, tetapi ia akan segera bertukar menjadi sesuatu yang tak ternilai pada akhirnya.

Ia adalah satu pengalaman yang mesti dicuba semua orang.

Barulah kita boleh kenal diri kita macam mana, kan?

Sumber infografik ini adalah dari: socialgadgetnews.com

Penulis artikel : Inche Naim

Leave a Reply