Kisah penderitaan yang sering dihadapi oleh orang yang cerdik pandai

Penulis : Aki (Bukan nama sebenar)

Aku adalah seorang pelajar yang genius..
Waktu sekolah dulu, aku disekolahkan di sekolah orang-orang pandai…

UPSR aku dapat 5A, PMR 9A, SPM 11A.

Sekarang aku sedang ambil degree.

Aku ingin kongsi sedikit kisah hidup aku sepanjang bergelar pelajar pandai daripada sekolah mengengah lagi…

Aku dilahirkan dalam keluarga yang terlalu mementingkan akademik lebih dari segala-galanya. Ayah dan ibu aku selalu paksa aku untuk belajar sampai dapat markah cemerlang. Semua subjek diorang nak aku dapat cemerlang. Kalau tidak, siaplah. Sampai suatu ketika, waktu aku sekolah dulu, aku ada exam percubaan sains, dan aku hanya dapat 88%. Bila aku maklumkan kepada ibu bapa aku, mereka memarahi aku kerana tidak bersungguh-sungguh. Aku terus meminta maaf kepada mereka dan akan cuba buat yang terbaik.

Di sebalik rekod aku yang cemerlang, aku ingin luahkan kepada para pembaca sekalian bahawa sebenarnya aku berasa hidup aku ini terlalu kosong dan tidak bermakna! Markah cemerlang yang aku terima seakan-akan tiada maknanya. Hidup aku tidak bahagia seperti kawan-kawan aku yang lain. Aku tidak mendapat kasih sayang ibu bapa.

Aku bukan nak salahkan ibu bapa aku dalam kisah ini, aku sayang mereka, merekalah punca aku berada di bumi ini. Aku cuma marah dengan sistem pemarkahan yang digunakan di seluruh dunia ini yang menjadikan orang-orang yang pandai adalah mereka yang mendapat markah yang cemerlang dalam exam sehingga kebanyakan ibu bapa memaksa anak-anak mereka belajar betul-betul sampai anak-anak mereka tertekan terhadap paksaan tersebut lantas membenci ibu bapa mereka yang terlalu memaksa dan mereka juga terlupa untuk membentuk akhlak anak-anak dan dalam masa yang sama, ibu bapa ‘syok sendiri’ bahawa anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran adalah kerana dorongan mereka sebagai ibu bapa. Pada hakikatnya anak itu sangat menderita terhadap paksaan itu. Buktinya adalah aku sendiri!!!

Aku sebenarnya tidak suka cara ibu bapa aku mendidik. Mereka berlebihan dalam mementingkan akademik, dalam masa yang sama mereka mengabaikan akhlak aku, jati diri aku, dan jiwa aku!!! Aku pernah minum arak, merokok, ‘couple’ dan berzina!!! Tidak lebih dari apa yang disebutkan. Hidup aku sangat hancur dengan gejala-gejala ini. Aku rasa kosong dan kosong!! Tapi aku tetap kekal genius.

Sehiggalah Allah melaksanakan kehendak-Nya untuk aku menjadi baik selepas bertemu dengan seorang hamba-Nya yang soleh dan dialah yang banyak mendidik aku mengenal akhirat serta tanggungjawab sebagai seorang muslim. Alhamdulillah…

Aku nak minta izin untuk nasihat kepada ibu bapa di luar sana, janganlah abaikan 2 aspek ini pada diri anak-anak anda, iaitu AKADEMIK dan AKHLAK. Memang hidayah itu milik Allah, tetapi adakah ia menjadi sebab untuk kita membiarkan anak kita ‘mengutip’ sendiri hidayah itu tanpa panduan ibu bapa langsung??

Didiklah anak anda sekadar yang mampu walaupun sedikit, yang pasti anda berusaha untuk mendidik hidupnya. Banyakkan berdoa dan usaha. Berdoa sahaja tidak cukup, anda mestilah ‘bangun’ juga membentuk anak anda..

Jika ada yang mengatakan aku sedikit ‘biadap’ terhadap ibu bapa aku kerana penulisan ini, aku terima sebab aku kenal kehidupan aku dan aku tidak mahu ianya terjadi pada keluarga orang lain…

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku…

Sumber gambar : Fotolia

One thought on “Kisah penderitaan yang sering dihadapi oleh orang yang cerdik pandai

  1. genius bukan terletak Pda IQ seseorang..dgn mendapat keputusan dgn cermelang bukan beerti awak seeorang yang genius ..itu hanya IQ awak tinggi…orang yg genius ialah orang yg pndai menilai,mempertimbangkan IQ,EQ dan SQ yang dia miliki…IQ inteligent Quantity, EQ emosinal Quantity dan SQ Spritual Quantity…contoh satu bulatan pecahkan kepada 1/3…jdi kamu mempunyai IQ,EQ dan SQ..konsep pecahan ini menandakan kamu mempunyai nilai IQ,EQ dan SQ yang sama bnyk…jika ini brlaku diatas kamu,maka kamu orang yg genius..orang yg genius akan mengambil keputusan yg bijak diatas sesuatu permasalahan atau perkara yg ingin diselesaikan dan pandai mempertimbangkan yang mana baik,atau buruk…itu kerana dia mempunyai nilai IQ,EQ dan SQ yang sama..IQ adalah ilmu pengatahuan yg kita perolehi dgn mmperlajari sesuatu perkara..jika rajin,kita akan memperolehi ilmu yang bnyak..EQ ialah emosinal sifat kemanusiaan,contoh.sabar.marah,benci,sayang,mengasihi..ini tidak boleh dipelajari secara am kerana ia memerlukan pengalaman untuk menguasainya..SQ ialah Spiritual quantity iaitu kekuatan dalaman yang kita perolehi daripda apa yang kita tahu…melalui konsep bertuhankan…hal ini membentuk akidah seseorang.. dan menjadi kuat….jika beramal…
    Kesimpulan,genius bukanlah satu tahkta untuk dimiliki seseorang insan kerana genius sebenarnya bukan untuk dimiliki,tp untuk kecapi..:)
    wslm….

Leave a Reply