Pakar Kewangan Islam Yang Tidak Dikenali Umum

Jika sebut pakar kewangan Islam, ekonomi Islam, muamalat, saya pasti nama-nama seperti Datuk Daud Bakar, Dr Zaharuddin, Dr Aznan Hassan akan terbit secara langsung daripada mulut anda. Di sebalik pakar yang dikenali ramai, saya nak ketengahkan pakar kewangan Islam yang kurang dikenali umum.

Mereka ini merupakan pendokong sistem kewangan Islam. Kebanyakan mereka adalah pensyarah yang berkhidmat di Universiti atau Pusat Penyelidikan dan merupakan penasihat syariah bagi institusi perbankan dan takaful.

Perlu tahu siapa pakar dalam sesuatu ilmu? Perlu. Al-Quran sendiri menyentuh kepentingan bertanya pada ahli jika tidak mengetahui perkara yang tidak kita ketahui. Umpama sakit, kita akan mencari doktor untuk mengetahui punca dan cara merawatnya. Kalau nak tahu hukum muamalat? Kena tanya pakar muamalat. sifir mudahnya begini. Cuma berbalik semula kepada kita mahu ikut atau tidak.

Jika ikut nasihat orang yang berkeahlian dalam sesuatu ilmu, kita akan selamat. Jika tidak, kita akan jatuh dalam lembah yang kotor.

1. Prof Madya Dr Sabri Haron

Penyelidik daripada UKM ini merupakan graduan PhD daripada Universiti Jordan. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi Islam dan tamadun Islam. Boleh rujuk tesis beliau berkaitan pasaran wang dalam bahasa arab.

2. Prof Dr Mohammad Akram Laldin

img141

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan ISRA ini sangat aktif dalam konsultasi perbankan atau institusi kewangan bagi menjadikan mereka berada dalam arus syariah. Keaktifan beliau juga membabitkan pembangunan kewangan Islam baik dalam negara atau luar negara.

3. Prof Madya Dr Zulkifli Hassan

shariah_dr_zulkifli_bin_hasan_7ebdf8abafaf95c542b90b65f8e77184Sebagai pendidik di Fakulti Syariah Undang-Undang USIM, insan muda ini terlibat sebagai penasihat syariah kepada Affin Islamic Bank dan Zurich Takaful. Beliau aktif dalam menghasilkan karya berkaitan kewangan Islam. Selain dunia akademik, beliau juga terlibat dalam penulisan dan perbincangan tentang pemikiran. Boleh cari buku beliau seperti revolusi intelektual.

4. En Azizi Che Seman

09Graduan master (ekonomi) UIAM ini merupakan pensyarah Jabatan Syariah dan Ekonomi, Universiti Malaya. Ketika ini beliau merupakan pengerusi jawatankuasa syariah bagi Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kepakaran beliau dalam bidang fiqh muamalat, pasaran modal Islam dan ekonomi Islam. Beliau melibatkan diri dalam pelbagai bidang kajian dan penulisan jurnal.

5. Prof Madya Dr Ugi Suharto

Lepasan ISTAC ini merupakan pakar kewangan Islam yang berkhidmat di Universiti Ahlia, Bahrain. Beliau menganggotai Bahrain Institute of Banking and Finance. Selain pakar dalam bidang ekonomi Islam, beliau meminati perbahasan seperti falsafah. Penyeliaan pelajar sarjana master dan Phd beliau meliputi bidang ekonomi Islam dan falsafah.

6. Prof Datuk Dr Syed Othman al-Habshi

Jika diteliti, latar belakang pakar kewangan Islam yang lain adalah bidang syariah. Tetapi tidak pada Dr Othman al-Habshi. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi, statistik dan ekonometrik. Dalam bidang pendidikan beliau melibatkan diri diri dalam 4 empat universiti seperti UM, UKM, UIAM dan UUM. Kini khidmat beliau diperlukan di INCIEF sebagai pensyarah bidang ekonomi dan ekonometrik.

7. Prof Dr Abdul Ghafar Ismail

Pensyarah berpangkat profesor di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM ini telah dipinjamkan sebagai penyelidik IRTI di Saudi. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan kewangan. Kini Universiti Islam Sharif Ali (Brunei) memanggil beliau untuk mencurahkan kepakaran dalam ekonomi Islam, analisis kewangan dan pembangunan ekonomi. Dalam penulisan akademik, beliau terlibat aktif bagi kategori dalam negara dan luar negara.
Pakar Dalam Kalangan Wanita

Jika anda perasan kebanyakan pakar yang saya nyatakan adalah lelaki. Namun tidak dapat dilupakan terdapat pakar kewangan islam yang terdiri daripada perempuan. Saya senaraikan beberapa nama dan maklumat mereka. Jangan main-main.

1) Prof Dr Engku Rabeah Engku Ali

drengku01

Prof Dr Engku Rabeah antara tenaga wanita yang berperanan dalam membincangkan isu syariah yang wujud dalam kewangan islam. Beliau merupakan graduan sarjana muda UIAM dan Phd di Universiti Aberdeen, United Kingdom. Bidang pengajaran beliau meliputi undang-undang syariah dan undang-undang sivil.

2) Dr Shamsiah Mohamad

23376087_1921518957865221_6694174305474306367_n

Penyelidik ISRA ini dahulunya berkhidmat dengan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.  ISRA merupakan pusat kajian syariah bawah seliaan BNM. Jika nak tahu perbincangan keuntungan berdasarkan kefahaman fuqaha, saya cadang baca tesis PhD beliau atau artikel jurnal beliau. Beliau merupakan rakan sekerja Dr Engku Rabeah di Bank Negara yang berperanan sebagai Ahli Majlis Penasihat Shariah BNM.

3) Dr Asmak Abdul Rahman

dr.asmak_

Sarjana dari Universiti Malaya ini merupakan ketua jabatan dan penyelidik aktif dalam bidang kewangan Islam. Antara bidang kepakaran beliau ialah takaful, ekonomi Islam, perbandingan ekonomi pembangunan. Kini merupakan penasihat syariah kepada Hong Leong MSIG Takaful dan Ambank Islamic.

Nanti saya ceritakan pendokong/pakar kewangan Islam yang berkhidmat secara langsung dalam industri Institusi kewangan. Tunggu.

 

Leave a Reply