Kisah Al-A’Mash, Seorang Tabien Ketika Ajal Beliau Hampir Tiba.

Ketika beliau hampir kepada kematian, semua anak cucu pakat-pakat menangis sebab atuk dia yang sangat hebat ni bakal meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Kita pun menangis kan bila atuk yang kita sangat sayang bakal tinggalkan kita.

Lalu, dengan kudrat yang berbaki, beliau kata kepada anak cucu beliau:

“Cukuplah kamu semua menangis! Kerana aku nak dedah satu benda ni, aku dah 60 tahun tak pernah terlepas takbiratul ihram bersama imam. Jadi jangan sedih-sedih”.

60 tahun bukan sekejap sahabat-sahabat. Nak tahu lama ke sekejap, cuba kita cukupkan seminggu dahulu solat jemaah tanpa tertinggal walaupun satu kali. 

The struggle is real. Memang cukup susah. Nak tahu senang ke susah. Isteri cuba buat jadual solat jemaah kepada suami, kalau suami anda pergi sekali, tick satu kali.

Kita tengok penuh ke tak penuh jadual tu. Test satu minggu je dahulu. Baru tahu payah dia macam mana. Tambah-tambah lagi waktu subuh.Huh..

Kesimpulan ringkas manfaat yang kita boleh ambil daripada kata-kata Al-A’mash ialah lima perkara:

  1. Tempat beliau solat sudah tentu di masjid.
  2. Beliau solat secara berjemaah.
  3. Beliau datang awal ke masjid sebab tu sempat takbir bersama imam.
  4. Beliau duduk saff pertama, bukan macam kita bertolak tak mahu duduk saff pertama. He…
  5. Beliau khusyuk dalam solat kerana menunggu waktu solat. 

Hebat orang dulu sahabat-sahabat. Ilmu depa bukan sekadar pengtahuan, tapi bersama dengan amalan. Kita mengaji bidang agama pun subuh tergajah. huh. Suatu kesilapan besar tu.

Ada satu hadis Riwayat Imam Ahmad menyebut berkenaan seseorang lelaki yang suka solat jemaah ni:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا له بالإيمان…) رواه الترمذي (2617) ، وأحمد في مسنده (27325)

Maksudnya: Daripada Abu Said al-Khudri “Jika kamu melihat seseorang lelaki rajin mendatangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang yang beriman…” (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad)

Jom semua!!! Kita penuhkan masjid dengan solat berjemaah. Mesti yahudi zionis takut dan gerun dengan kita. Depa lagi gerun kita jadi pejuang subuh berjemaah daripada pejuang keyboard ni. Ops. 

P/s: Ni pun boleh jadi tips untuk para gegadis nak pilih suami, kalau ampa selidik punya selidik solat jemaah dia di masjid penuh, tak perlu fikir banyak dah. Sama ada kita lamar dia atau dia lamar kita, on terus.

Sumber gambar : islamstory.info

 

Leave a Reply