Melarang Pesta Arak Adalah Negeri Taliban?

Sembang Pak Leman hari ini adalah berkaitan isu yang agak panas di mana, baru-baru ini ada negeri yang menganjurkan Pesta Arak, pesta tersebut mendapat sokongan beberapa wakil rakyat dan beberapa organisasi dan ini tidaklah menghairankan bagi mereka yang kaki botol, mereka boleh minum sepuasnya berapa teguk minuman keras ingin dilahap. 

Gambar sekadar hiasan
Dalam sisi lain mereka dengan angkuh menganggap Pesta Arak sebagai satu hak asasi mereka yang perlu dipertahankan, Pak Leman sendiri tidak jelas sejauh mana pesta ini menjadi suatu yang asasi dalam kehidupan mereka. Kalau difahami maksud hak asasi, sekiranya tidak ada pesta mereka tidak mampu hidup, hidup menjadi tidak keruan, kerosakan akan bermaharajelela. Ini yang Pak Leman hairankan.

Mereka berharap hak mereka diterima dalam masyarakat, sekiranya hak meminum arak, hak itu sudah dijamin lama dalam undang-undang kita, kini mereka mahukan hak untuk berpesta pula dan dijadikan negeri dan negara yang terkenal sebagai penganjur pesta Arak. Pak Leman pasti nama Malaysia sebagai negara Islam menjadi makin pudar.

Negeri Taliban Apabila Larang Pesta Arak

Sungguh menghairankan Pak Leman apabila seorang wakil rakyat menyatakan bahawa negeri yang menganjurkan pesta Arak adalah bukan negeri Taliban. Negeri yang tidak  bebas berpesta air seribu penyakit adalah negeri Taliban.

Perghh… terlalu kasar bahasanya. Walaupun mereka tahu bahaya arak sekiranya di’consume’ tetapi nafsu terlalu kuat melebihi kewarasan akal, Pak Leman tidak mampu berkata apa sekiranya Arak perlu diraikan dengan penuh gemilang melalui pesta sedangkan sudah banyak negara membuat peruntukkan khas berkaitan arak dalam undang-undang mereka. 

Amat hairan kenapa negeri yang menghalang pesta arak perlu dilabel sebagai negeri Taliban walaupu bukan taliban yang memerintah dan tidak punya hubungan dengan taliban baik secara langsung atau pun tidak. Hal ini kerana mereka ingin melemahkan semangat umat Islam dan membawa satu hagemoni dalam masyarakat bahawa negeri yang sentiasa melarang nafsu buas adalah negeri Taliban.

Adakah Glasglow juga dikira sebuah negeri Taliban di UK apabila mereka juga melarang pesta arak ini dianjurkan. Sungguh sekiranya neraca wakil rakyat ini digunakan kepada Glasglow, negeri tersebut adalah negeri cop Taliban dan kelihatan seperti  dikuasai oleh golongan Taliban.

Ini contoh negeri Taliban seperti dicanang
 
Siapakah Taliban Yang Sebenar?

Ini pandangan Pak Leman ya, Negeri yang melarang berpesta arak sedangkan arak dapat diminum di negeri tersebut bukanlah negeri Taliban malah bukanlah dipimpin oleh Taliban. 

Tetapi mereka yang memaksakan satu budaya yang tiada asal usul daripada masyarakat tersebut untuk diterima dan diraikan dengan penuh gilang gemilang adalah Taliban. Sekiranya budaya itu baik mungkin boleh diterima tetapi budaya yang tidak sihat yang menampakkan minda terjajah dan krisis identiti dipaksakan untuk masyarakt redha dan terima ia sebagai suatu acara yang perlu dimasukkan dalam kalender festival yang terdapat di Malaysia.

Ia memaksakan dengan memberi pelbagai hujah dangkal supaya masyarakat boleh normalisasikan dalam kehidupan bahawa suatu yang biasa kalau ada orang balik daripada pesta arak sedang mabuk, muntah di kedai atau kaki lima disebabkan pengaruh arak adalah suatu yang biasa yang perlu diterima.

Itulah Taliban yang sebenar pada pandangan Pak Leman, apabila masyarakat majoriti menolak budaya pesta arak secara terbuka, tetapi wakil rakyat dan organisasi tertentu memaksakan masyarakat yang majoriti menolak pesta berkenaan untuk menerima sebagai satu normalisasi.

Sekarang anda kenal siapa Taliban sebenar, kelak mereka juga akan ada perkara yang bertentangan dengan adat susila dan budaya untuk dibawa ke dalam masyarakat secara paksa melalui lidah-lidah pemecah masyarakat mereka. 

Pesan Pak Leman satu sahaja, hati-hatilah dengan Taliban ini.

p/s: Pandangan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak Kun Anta. Kun Anta hanya menyiarkan apa yang penulis emelkan kepada pihak Kun Anta. 

Leave a Reply