5 anugerah yang pemuda ini dapat kerana tidak mempunyai akaun FB, WeChat dan Instagram

Siapa di sini pernah biarkan hari-harinya berlalu tanpa berFacebook, berInstagram, berWeChat dan sebagainya?

Apa yang anda rasakan dan apa yang anda dapat lakukan?

Sejujurnya, manfaat utama yang akan diperolehi bagi mereka yang ber’hijrah’ dari media sosial tersebut pastilah mempunyai masa yang amat lapang. Setuju?

Bagi pemuda yang bergelar Zudin ini ia sudah tentu akan mempunyai masa yang lapang bagi mereka yang tidak terlibat dengan media sosial, tetapi persoalannnya bagaimana seseorang itu memanfaatkan masa lapangnya?

Mohamad Izzuddin Bin Hashim, merupakan pelajar tahun pertama diploma syariah, di salah sebuah institut pengajian yang terletak di utara Perlis iaitu Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis atau lebih dikenali sebagai IPTIP. IPTIP adalah salah sebuah institut yang sangat menekankan pelajarnya agar sentiasa mempunyai akhlak yang melambangkan seorang pelajar muslim. Walaupun ia adalah institusi yang kecil, tetapi penekanan kepada akhlak amat dititikberatkan ke atas pelajar-pelajar.

Klik link di bawah untuk mengetahui tentang tempat Zudin menuntut ilmu :

Link website : IPTIP

Link Facebook : IPTIP

Apa yang dikongsikan kepada kita semua tentang manfaat yang diperolehi beliau kerana tidak terlibat dengan media sosial amatlah memberi pengajaran kepada kita semua supaya berhati-hati dalam menggunakan medium sosial tersebut. Tidak dinafikan bahawa media sosial yang digunakan kita semua mempunyai banyak manfaat, tetapi adakah ianya dimanfaatkan sebaiknya?

Antara manfaat-manfaat yang beliau perolehi kerana tidak terlibat dengan media sosial adalah :

Pertama : Menepati waktu solat

Seseorang muslim yang menepati waktu solatnya merupakan seorang muslim yang wajar dicontohi orang ramai kerana solat itu  adalah tonggak agama islam yang mesti dipelihara dengan sebaiknya.

Kedua : Mengulangkaji pelajaran dengan berkesan

Mengulangkaji pelajaran adalah prkara yang dapat dilakukan kebanyakan pelajar, tetapi sejauh manakah keberkesanannya? Ramai yang mengulangkaji pelajaran, tetapi mereka mengulangkaji sambil bermain dengan gadget mereka. Jika ia digunakan untuk pemudah cara bagi pencarian maklumat tidak mengapa, tetapi, jika ia digunakan bagi tujuan menghilangkan boring ketika mengulangkaji, di sini akan datangnya masalah.

Ketiga : Dapat menjaga hafalan dengan baik

Oh ya. Zudin telah pun habis 30 juzuk al-quran. Jadi, beliau amat memerlukan banyak masa dalam seharian untuk mengulangkaji hafalan beliau. Oleh kerana beliau tidak terlibat dengan media sosial, ia tidaklah menjadi masalah untuk menjaga hafalan beliau dengan sebaiknya.

Keempat : Riadah

Bilakah kali terakhir anda beriadah?

Persoalan di atas lazimnya amat sukar dijawab oleh kebanyakan mereka yang selalu sibuk dengan media sosial. Kalau mahu dijawab juga, jawapannya amat tidak wajar kerana boleh jadi terdapat mereka yang kali terakhir beriadah adalah setahun yang lalu! Jadi, tidak menjawab adalah ‘jawapan’ yang lebih baik ataupun cukuplah sekadar menjawabnya di dalam hati. Huhu

Zudin pula, setiap pagi sebelum ke kuliah beliau akan peruntukkan masa beliau untuk kesihatan badan. Beliau akan berjoging dan bersenam.

‘’Beliau joging saje ke? Takkan tu je?”

Ye la, kalau boleh nak juga beliau bermain badminton ke, bola sepak ke.. Tapi, sorang pun takde! Semua orang tidur. Cmne nak buat semua tu?” Hehe.

Kelima : Disiplin makin meningkat

Melahirkan seorang yang berdisiplin tinggi pada zaman ini amat sukar. Apa yang Zudin dapat lakukan kerana bebas dari cengkaman media sosial adalah, menepati masa dalam sesuatu urusan, dapat menghormati azan dan sebagainya.

Kenapa Zudin enggan atau mohon jauh daripada media sosial?

Bagi beliau, media sosial adalah medium yang bermanfaat bagi mereka yang menggunakannya dengan sebaiknya. Tetapi, malangnya ia tidak seperti yang diperkatakan.

Terlalu sedikit mereka yang menggunakannya ke arah kebaikan. Media sosial merupakan medium terbaik untuk mereka yang tahu memanfaatkannya. Tetapi mereka yang tidak dapat menggunakannya dengan baik akan terdedah dengan banyak perkara-perkara yang tidak baik seperti menerima benda-benda yang tidak elok seperti gambar yang terdedah aurat, gambar wanita cantik, gambar seksi dan sebagainya. Perkara buruk di dalam media sosial jika dibandingkan, ia sebenarnya lebih banyak berbanding perkara yang baik.

Media sosial juga merupakan medan untuk memaki hamun, menghina, memfitnah mengumpat dan sebagainya.

Penipuan juga amat berleluasa di media sosial. Terdapat banyak berita-berita palsu yang disebarkan.

Bagi beliau, pengguna-pengguna media sosial ini selalu terkena penyakit ‘nak viral’. Maksudnya sikit-sikit nak viral, sikit-sikit nak viral. Betul atau tidak belum lagi dipastikan.

Setakat ini sajalah perkongsian beliau. Jadi, kita semua berharap agar lebih ramai lagi masyarakat kita melahirkan individu-individu seperti Zudin bahkan lebih baik lagi. Bukannya kita mahu lahirkan orang yang tidak bermedia sosial serta membencikan media sosial, tidak! Tetapi kita mahu melahirkan individu-individu yang mampu mengawal penggunaan media sosial agar lebih banyak lagi perkara-perkara yang bermanfaat dapat dilakukan. Wallahua’lam.

Jom kenali tempat belajar beliau.

Klik di sini

Leave a Reply