Jika anda mahu berjaya, pastikan anda sanggup lakukan 5 perkara ini dahulu. Kalau tidak, jangan syok sendiri dengan diri anda yang sekarang

Selagi kita hidup, bernafas dan bernyawa maka selagi itulah perjuangan mesti diteruskan. Kejayaan bukan musuh kepada kehidupan. Ia adalah hasil daripada penat lelah dan usaha gigih kita. Ia juga anugerah yang amat mahal nilai dan harganya. Untuk mencapai kejayaan, ia menuntut kita melakukan banyak pengorbanan. Tiada siapa yang boleh mengahalang kita untuk berjaya dan cemerlang. Terpulanglah kepada diri untuk membuat pilihan. Dari kecil hingga dewasa kita diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih saying. Dengan harapan kita akan berjaya dalam kehidupan ini. Berjaya di dunia dan akhirat. Justeru, seorang pelajar perlu mengamalkan beberapa perkara yang boleh membantu kita mencapai kejayaan, antaranya :

1) Keyakinan yang teguh terhadap pertolongan Allah

Merasakan bahawa segala usaha dan kesungguhan anda akan mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah S.W.T. Anda mesti yakin dan berkeyakinan tentang kuasa Allah S.W.T yang berkuasa menentu dan mengatasinya segala-galanya. Anda mesti menaruh harapan dan pengharapan yang sebenarnya kepada pertolomngan Allah dan anda mesti memohon pertolongan daripada-Nya semoga anda akan mendapat bantuan dan petunjuk dan petunjuk daripada-Nya. Anda mesti berusaha, berikhtiar, beribadat, berdoa, dan bertawakal kepada Allah. Anda tidak perlu ragu-ragu tentang kekuasaan Allah.

Pelajar yang yakin dengan petunjuk Allah akan mendapat kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburinya. Pelajar seperti ini, akan menjadi seorang pelajar yang dihormati oleh semua orang. Mereka akan kagum dengan pencapaian dan kebolehan luar biasa yang terdapat pada diri anda dan mereka akan menjadikan anda sebagai idola untuk mencapai kejayaan sepertimana kejayaan yang anda capai. Setiap perkara yang anda lakukan akan menjadi tauladan dan ikutan kepada orang lain. Keyakinan yang mantap kepada Allah menyebabkan anda tidak akan dipengaruhi oleh kesulitan dan kesempitan hidup. Anda bertindak dan membuat keputusan dengan hati yang tenang, berlapang dada dan fikiran yang waras kerana jiwa dan fikiran anda diberi ketenangan oleh Allah.

Allah akan memberi ketenangan jiwa dan fikiran, jika anda sentiasa mengingati-Nya. Allah suka kepada orang yang bergantung harap dan bertawakal kepada-Nya setelah melakukan usaha dan ikhtiar. Berserah kepada ketentuan dan ketetapan-Nya setelah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Pasti cita-cita anda akan tercapai. Anda tidak merasa tertekan kerana Allah memberi petunjuk kepada anda. Pertolongan Allah akan datang bilamana anda bergantung dan penuh harap kepada-Nya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

“Optimis sebenarnya ialah mengetahui masalah dan pandai menyelesaikannya, mengetahui tentang kepayahan dan percaya ia dapat diatasi, Nampak sesuatu yang negative tetapi ia berfikiran positif, menghadapi kepayahan tetapi menjangkau yang terbaik, mempunyai sebab untuk mengkritik tetapi memilih untuk tersenyum” (William Arthur Ward

2) Berfikiran positif

Merasakan diri anda amat bagus, pandai, pintar, boleh Berjaya, berdisiplin dan berilmu pengetahuan. Anda mestilah sentiasa berkata pada diri sendiri dengan kata-kata yang baik dan boleh merangsang kepada kejayaan anda seperti :

  • “Saya akan belajar bersungguh-sungguh sehingga tercapai segala cita-cita saya”
  • “Saya yakin pada kemampuan diri saya sendiri”
  • “Saya akan buktikan bahawa saya akan berjaya di dalam pelajaran”
  • “Pada diri saya terdapat kebolehan dan kemampuan untuk mencapai kejayaan”
  • “Saya akan berjaya jika saya berusaha”
  • “Saya akan berjaya seperti orang lain yang telah berjaya”
  • “Saya yakin bahawa saya juga akan berjaya”
  • “Kejayaan pasti milik saya”
  • “Saya akan berjaya dengan cemerlang jika saya berusaha bersungguh-sungguh”

Pandangan dan fikiran yang positif atau melihat kepada kebaikan daripada sesuatu yang kita pelaajri akan mendorong sikap perlakuan kita kea rah jalan yang benar dan lurus. Fikiran anda yang melihat kebaikan itu lebih banyak daripda keburukan akan menjadikan hidup anda lebih tenang, sabar dan tabah dalam menghadapi sebarang cubaan dan halangan. Pasti hidup ini dilalui dengan penuh keyakinan dan pasrah pada ketentuan Allah.

Masa depan anda akan bersinar dengan cahaya kejayaan dan kegemilangan jika anda dapat mengubah sikap dan tingkahlaku negatif yang terdapat pada diri anda kepada sikap dan persepsi positif. Insya’Allah anda akan menjadi seorang pelajar yang optimis dalam pelajaran. Kejayaan pasti dalam genggaman anda jika anda yakin dengan kemampuan sendiri. Anda jadi lebih cemerlang daripada pelajar yang cemerlang. Percayalah pada diri sendiri. Jauhi kawan-kawan yang malas, lemah dan nakal kerana mereka akan mempengaruhi anda. Dekati kawan-kawan yang pandai kerana mereka akan membantu anda untuk menjadi pandai. Idea anda lebih bernas dan berkualiti jika anda berani menyatakan sesuatu yang benar. Keterampilan dan kebolehan diri anda akan terserlah walau di mana anda berada. Anda akan dihormati oleh semua orang kerana keunggulan yang terpancar pada gerak geri anda sendiri.

Sesetengah individu yang sering menyuarakan kata-kata negatif pada dirinya pasti orang itu tidak memperolehi kejayaan dan tidak ada motivasi untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Jika ia berjaya sekalipun, kejayaan itu hanyalah boleh dikatakan nasib menyebelahinya. Pada hakikat orang yang tidak berfikiran positif adalah orang yang membunuh potensinya sendiri untuk berjaya. Kata-kata negatif yang mesti kita jauhi seperti :

  • “Malas untuk ke sekolah”
  • “Aku boringlah dengan mata pelajaran matematik”
  • “Soalan ini susah sangat”
  • “Aku tidak berminat dengan cikgu Rahman”
  • “Mata pelajaran sains ni terlalu payah, aku malas nak membacanya”
  • “Daripada aku ke sekolah lebih baik aku menonton wayang”
  • “Belajar tinggi-tinggi akhirnya jadi penganggur juga”

Justeru, semua ucapan-ucapan yang negatif mesti dibuang dalam diri anda. Jangan amalkan percakapan yang akan menyebabkan diri anda tidak bersemangat. Anda mesti sentiasa bercakap perkara-perkara yang posotif seperti “Saya boleh, saya akan cuba menyiapkan kerja ini dalam masa setengah jam dari sekarang”, “Jika saya belajar bersungguh-sungguh pasti saya akan berjaya”.

3) Bercita-cita tinggi

Meletakkan harapan dan cita-cita yang tertinggi dan berjanji pada diri anda sendiri bahawa anda akan mencapai kejayaan dalam pelajaran dengan mencapai kejayaan yang cemerlang. Anda berjanji pada diri anda sendiri bahawa anda akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga tercapai segala cita-cita dan impian anda. Anda mesti meletakkan atau menggantung cita-cita yang tinggi seperti ingin menjadi seorang doctor, pensyarah, arkitek, peguam, juruterbang, jurutera, ahli perniagaan, guru dan sebagainya.

Anda tidak seharusnya bercita-cita ingin menjadi seorang kerani di pejabat swasta, seorang tukang kasut, seorang pekerja kilang, seorang tukang kebun, seorang pengawal keselamatan, orang gaji di rumah orang kaya, petani, pemandu teksi dan sebagainya. Anda perlu sedar bahawa cita-cita anda akan mempengaruhi semangat dan ketekunan anda di dalam sebarang bentuk usaha yang anda lakukan. Semangat yang terbina dan dibina hendaklah berlandaskan kepada prinsip yang unggul.

Sekiranya anda berada pada posisi yang unggul maka anda akan sanggup menempuh segala bentuk cabaran dan dugaan. Anda akan berjuang demi menegak dan menjayakan cita-cita yang murni yang telah tersemat dalam diri anda. Kehebatan cabaran dan halangan yang anda tempuhi akan dapat menambahkan lagi semangat dan ketabahan diri anda. Tahap kematangan anda akan bertambah jika anda sanggup mengahadapi sebarang risiko dan masalah. Anda tidak seharusnya memanjakan diri anda dengan cita-cita yang tidak hebat. Seorang hebat akan bercita-cita tinggi melangit dan akan berusaha untuk mencapainya dengan penuh keazaman dan semangat yang tidak pudar atau luntur.

Umpama seorang anak petani yang bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera atau pegawai tinggi maka dia akan berusaha dan mencari jalan bagaimana cara untuk mencapainya. Dia akan berdikari dan berusaha untuk mencapainya. Dia akan berdikari dan berusaha untuk mencapai cita-citanya itu sehingga di berjaya mencapai matlamat dan impiannya. Dia tidak akan gentar untuk berdepan dengan kesulitan yang akan dihadapinya kerana cita-citanya yang tinggi akan memberi rangsangan yang kuat kepada jiwa raganga untuk terus berusaha dan berjaya. Cita-citanya akan mengatasi kesulitan dan kepayahan hidupnya.

Perkara yang paling penting sekali yang perlu anda fikirkan ialah tercapainya segala hasrat dan matlamat anda. Kaedah, teknik, dan strategi yang berkesan boleh anda pelajari dan praktikkan. Gunakanlah kaedah, teknik, taktik, dan strategi ke arah mencapai apa yang anda cita-citakan. Anda bebas mempraktikkan segala bentuk kemahiran bagaimana untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Anda mempunyai kebebasan dan kebebasan itu ada pada setiap orang. Kebebasan berfikir, kebebasan bergerak, kebebasan bertindak selagi tidak menyalahi undang-undang. Kebebasan untuk memilih, kebebasan mengemukakan idea dan pandangan, kebebasan untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling, kebebasan untuk mempelajari ilmu, kebebasan untuk bercita-cita, kebebasan untuk melakukan apa sahaja selagi tidak bercanggah dengan hukum Allah dan undang-undang dalam sesebuah negara. Kebebasan yang berasas dan relevan. Selagi kebebasan ini tidak disalahgunakan maka selagi itu ia tidak menjadi kesalahan dan berdosa.

Anda juga boleh bercita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Polis Negara, Pengurus Bank dan sebagainya. Cita-cita anda adalah hak anda dan orang lain tidak berhak untuk menghalang dan menahan cita-cita anda. Anda berhak untuk memilih apa sahaja yang ingin anda lakukan. Kuasa dan kemampuan ada pada diri anda. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk mencapai sesuatu yang diidam-idamkan. Apa yang penting ialah lakukan dahulu sesuatu. Buat sesuatu dan anda pasti akan menemui jawapan di sebalik apa yang telah anda lakukan.

Segala cita-cita yang tersemat pada diri anda, tidak mustahil untuk anda mencapainya dan tidak ada orang yang boleh menghalang anda daripada berusaha mendapatkannya. Cita-cita adalah hak mutlak seorang individu yang bergelar manusi dan mempunyai pemikiran yanv waras. Yakinlah pada diri anda bahawa anda mampu dan boleh untuk mencapainya.

Anda akan lebih hebat jika anda mempunyai wawasan yang jauh ke hadapan mengatasi wawasan yang ada pada orang lain. Wawasan yang merentasi batasan dan sempdan. Anda tidak perlu merasa rendah diri walaupun anda anak kepada seorang penoreh getah, petani, tukang kebun sekolah, peneroka, pengayuh beca, pemandu teksi, peladang, pelaut, tukang rumah atau tukang kayu kerana itu adalah pekerjaan ayah anda dan bukannya anda akan mewarisi pekerjaan itu. Anda tidak seharusnya menyimpan niat untuk mewarisi perkerjaan ayah anda. Anda adalah generasi baru yang berwawasan yang dilahirkan dan akan hidup pada zaman yang canggih dan bermaklumat. Zaman teknologi dan komputer. Cita-cita anda hendaklah bersesuaian dengan zaman anda.

4) Berlaku adil pada diri sendiri

Anda seharusnya menerima kenyataan bahawa anda adalah anda dan anda adalah seorang pelajar. Tugas anda adalah belajar sehingga berjaya. Anda mampu untuk maju ke hadapan sepertimana pelajar lain yang boleh berjaya dan dihormati oleh semua orang kerana kepandaian dan kepintaran yang mereka milikinya. Anda juga adalah manusia seperti kawan anda yang telah berjaya. Anda harus memperbaiki diri sendiri. Janganlah anda membiarkan diri anda kecundang atau keciciran dalam pelajaran dan kehidupan ini. Anda mesti berusaha dan berlaku adil pada diri anda. Jika anda Sayang kepada diri dan masa depan anda,  maka anda hendaklah menjadikan belajar itu sebagai satu hobi.

Anda mesti bertanggungjawab terhadap diri sendiri demi kebahagiaan dan kesenangan hidup di masa hadapan. Anda mesti membuat persediaan untuk menuju ke alaf baru dengan semangat dan jiwa yang gagah perkasa. Sekiranya anda gagal dalam mencorakkan masa depan anda sendiri, maka itu adalah kesalahan dan kelemahan anda sendiri dan anda telah melakukan satu kezaliman pada diri sendiri. Anda telah menghukum diri anda dengan kegagalan. Anda telah melakukan ketidakadilan dan mencabul kehebatan diri anda. Anda adalah manusia yang dayus dan pengecut kerana anda mengaku kalah sebelum anda berusaha lagi dan lagi. Anda adalah manusia yang tidak bermaruah kerana membiarkan kegagalan menjadi milik anda.

Keadilan pada diri bermaksud meletakkan kedudukan diri anda pada tempat yang sewajarnya dan selayaknya iaitu dengan mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang berteraskan kepada keunggulan insaniah sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran bahawa kejadian manusia ini adalah yang terbaik dan sebaik-baik kejadian. Apakah patut anda meletakkan diri anda pada tahap dan kedudukan seperti haiwan yang tidak mempunyai akal dan fikiran. Sedangkan darjat dan kedudukan manusia adalah yang tertinggi sekali di sisi Allah berbanding dengan makhluk lain. Sebab itulah manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jadi, bagaimana manusia dapat melaksanakan tugas dan amanah yang amat berat itu, jika sekiranya manusia itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Apabila anda memiliki ilmu dan kejayaan, maka ilmu dan kejayaan itu akan menjaga dan mengawal anda daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah. Ilmu akan mendidik anda menjadi insan yang kamil dan unggul. Menjadikan diri anda seorang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Maka anda akan dipandang mulia di sisi Allah dan masyarakat sekeliling jika berada pada landasan yang betul. Anda akan mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat. Apa yang anda perolehi adalah hasil daripada titik peluh anda sendiri. Anda akan berbangga dengan apa yang anda capai.

5) Bersiap sedia untuk menghadapi segala rintangan dan halangan

Apabila anda ingin memperolehi sesuatu yang berharga dan bernilai, anda harus bersiap sedia jiwa dan raga untuk menghadapi segala rintangan dan halangan kerana sesuatu yang baik itu bukan mudah untuk mencapainya. Anda tidak seharusnya menjadi seorang yang pengecut, dayus, penakut, berputus asa dan mudah mengaku kalah sebelum anda berusaha dan berjuang. Istilah kegagalan tidak perlu anda fikirkan kerana ia akan melemahkan semangat anda untuk berjuang. Kegagalan hanya milik orang yang lemah. Jadi, jika anda mengaku anda kuat maka anda mesti berjuang.

Sepatutnya anda mesti menjadi seorang pendekar yang bijak menyusun langkah dan strategi. Seorang pahlawan yang berjuang bermati-matian demi mempertahankan kebenaran dan keadilan. Seorang negarawan yang sanggup berkorban demi maruah agama, bangsa, dan negara. Alangkah hebatnya langkah anda jika semangat jihad tersemat di dalam diri. Anda tidak akan gentar dengan cabaran yang mendatang. Anda tempuhinya sebagai seorang pahlawan yang gagah berani. Langkah anda mesti teratur dan tidak songsang. Maka anda mesti mempelajari dan memahami segala kemahiran ilmu, taktik dan strategi untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang menunggu anda di hadapan. Anda harus berani menghadapi sebarang bentuk risiko. Anda harus tabah dan sabar. Anda harus memiliki semangat yang kental dan jiwa cekal. Anda mesti berjuang sehingga anda memperolehi apa yang anda impikan. Anda mesti jadi seorang pahlawan yang gagah perkasa dan bijak.

Kesanggupan dan keberanian anda untuk mempertahankan prinsip yang terdapat pada diri anda, akan memberi suntikan kehebatan dan keperkasaan yang luar biasa untuk anda menghadapi cabaran yang menunggu anda. Kata pepatah membujur lalu, melintang patah, biar putih tulang jangan putih mata. Anda mesti berani menegakkan kebenaran dan keadilan untuk kebaikan diri anda sendiri. Keberanian yang ada pada diri anda perlu dicurahkan pada paksi kebenaran dan keadilan. Berkatalah benar walaupun pahit. Berani kerana benar takut kerana salah. Mencurahkan segala keringat dan tenaga dalam mencari dan menuntut ilmu pengetahuan adalah sifat yang mulia dan terpuji. Allah akan memberi pahala yang berlipat ganda kepada orang-orang yang ikhlas dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.

Kredit gambar : almrsal.com

Artikel ini dipetik daripada buku : Rahsia kejayaan dan kecemerlangan oleh Rahman dan Aishah

 

Leave a Reply