10 Nasihat Nabi s.a.w kepada penduduk Madinah setelah Hijrah

hijra-3

 

1) يا أيها الناس أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام

Wahai sekalian manusia sampaikanlah salam, dan jamulah manusia makanan, sambungkanlah sillaturrahim dan solat pada waktu malam sedang manusia tidur, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera. [HR Tirmizi]

2) لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره بوائقه

Tidak akan masuk syurga bagi orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya. [HR Muslim]

3) المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

Muslim (sebenar) ialah seorang yang sejahtera ke atas muslim yang lain daripada lidahnya (ucapan) dan tangannya (perbuatan) [HR Bukhari]

4) لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Tidak (sempurna) beriman seorang itu sehingga dia menyukai saudaranya seperti dia menyukai dirinya sendiri [HR Bukhari]

5) المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat binaan yang menguatkan antara satu sama lain (berperanan saling bantu membantu) [Muttafaq ‘Alaih] 

6) لا تباغضوا، ولا تحاسدوا، ولا تدابروا، وكونوا عباد الله إخوانا ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام

Janganlah kalian saling membenci dan janganlah kalian saling berdengki, janganlah saling membelakangi jadilah hamba Allah yang bersaudara dan tidak halal seorang muslim mendiamkan (bergaduh tidak bertegur sapa) dengan saudaranya melebihi tiga hari. [HR Bukhari]

7) المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنه كربة من كربات يوم القيامة، ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة

Seorang muslim adalah saudara seorang muslim lainnya, dia tidak menzalimi dan tidak membiarkannya disakiti, sesiapa yang membantu melaksanakan hajat saudaranya maka Allah akan membantu mencukupkan hajatnya, sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah mengangkat kesusahannya di hari akhirat, sesiapa yang menutup (aib) seorang muslim yang lain, Allah akan menutupi aibnya di akhirat. [Muttafaq ‘Alaih]

8) اتقوا النار ولو بشق تمرة، فإن لم تجد فبكلمة طيبة

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun sekalipun hanya dengan sebiji kurma (bersedekah pada kadar kemampuan) jika itu pun tidak kamu perolehi maka (bersedekahlah) dengan kata-kata yang baik  [HR Bukhari]

9) ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء

Berbuat baik kepada manusia dan makhluk lain yang berada di bumi, kamu akan dirahmati oleh penduduk langit (malaikat dan roh para nabi). [HR Tirmizi]

10) سباب المؤمن فسوق، وقتاله كفر

Mencerca orang mukmin adalah fasiq (perbuatan dosa besar), dan memeranginya adalah kufur [HR Bukhari]

 

Leave a Reply