Inilah puncanya kenapa kaum Cina di Malaysia susah nak masuk islam. Pemuda Cina ini telah membongkarkan serba sedikit mengenainya

Eh Jun Guang atau Adam Kelvin adalah antara individu Cina Muslim yang menetap di Malaysia. Beliau menetap di Selangor dan sudah pun berkahwin dengan wanita melayu pilihan hati beliau yang bernama Nurul Shifa’ Binti Kamardin dan alhamdulillah, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Eh Soon Cong.



Kini, kalau tak salah admin, sekarang beliau dan isteri sedang bergiat aktif dalam menjayakan projek tuisyen khas beliau bernama My Creative Home Tuition. Beliau memberi khidmat kepada pelajar-pelajar secara khusus untuk mendalami subjek matematik dan matematik tambahan manakala isterinya pula mengajar bahasa melayu.


Baru-baru ini, beliau menulis di dalam akaun facebook beliau bernama Adam Kelvin dan menyatakan bahawa antara punca yang menyebabkan kaum Cina di Malaysia rasa susah atau takut nak masuk islam adalah kerana nama cina mereka akan hilang!

Walaupun telah tersebar di kalangan kaum cina di Malaysia bahawa apabila seseorang cina masuk islam maka nama mereka boleh kekal 100%, dan boleh menamakan bayi mereka dengan nama cina tanpa perlu ada perkataan ‘bin’, mereka tetap tidak mempercayainya juga!

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka juga amat takut dan menganggap bahawa budaya mereka juga terpaksa dikuburkan.

Berikut adalah penerangan Encik Adam Kelvin berkenaan dengan apa yang disebutkan di atas.

“Ya ke? Mustahil la! Aku Tak percaya benda ni! Lepas tu anak macam mana pula??”

Ayat tu yang dibalas oleh keluarga saya, saudara mara, dan juga kawan-kawan saya yang bukan islam, mereka tak percaya masuk islam boleh kekal nama 100%, tanpa pertukaran nama atau penambahan nama. Dan nama anak saya juga boleh ikut style cina tanpa ada “bin”. Lepas mereka tengok dua gambar ini terkejut beruk! baru mereka percaya! 

Bukan setakat nama boleh kekal, budaya cina pun boleh kekal selagi tak bercanggah dengan syariat islam, ada di kalangan kawan saya, selepas dengar penerangan saya tentang “nama” dan “budaya” selepas masuk islam, mereka hanya jawab “ooo, kalau macam ni, senang lah nak masuk islam!”

“Mudahkanlah setiap urusan & janganlah kalian mempersulitnya, buatlah mereka tenang & jangan membuat mereka lari”

[HR. Bukhari No.5660].

Di bawah ini adalah bukti bahawa nama beliau kekal, malah beliau boleh menamakan anak beliau dengan nama cina.


===============================

Kisah menarik beliau di kedai jam tangan


Semasa saya beli jam tangan…..

owner kedai, Mr. Lim. tanya saya……

(dialog dalam bahasa cina, tapi saya translate BM la) 

Lim: you kahwin melayu, so terpaksa masuk islam?

Saya: tak ada lah, saya dah masuk islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun. 🙂

Lim.: (muka terkejut), you kenapa masuk agama melayu? before ni, you agama apa? 

Saya: saya buat kajian. sebelum ni saya agama kristian.

Lim: kenapa kristian tak baik ke? bukan semua agama ajar baik ke? kenapa nak masuk agama melayu?

Saya: betul, semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. so pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada 1 Tuhan sahaja. 

Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita respect agama orang lain. 🙂 

Then, saya bukan masuk melayu, saya masih boleh kekal budaya cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan cina muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk malaysia. Di US pun ada muslim.

Lim: ooo, ya ke? saya tak tau pun di China banyak muslim. ya ke boleh kekal budaya? you khawin bukan terpaksa pakai baju melayu ke?

Saya: boleh buka google cari “bilangan china muslim”. 

Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) saya kahwin pakai baju shamfu mah. (shamfu untuk male, cheongsam untuk female) 

Lim:(terdiam sekejap), hmmm… tapi bukan you wajib tukar nama ke?

Saya: (tunjuk IC saya), tak ada lah, saya boleh kekal nama saya 100%, tak perlu tambah nama atau tukar nama pun, then nama saya kt lesen kereta, bank dan sebagainya pun tak perlu tukar sebab saya tak tukar nama IC saya. nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat 1 anak, nama dia dalam surat beranak, Eh Soon Cong.

Lim: (muka terkejut sekali lagi). oic…… kalau macam ni, senang nak masuk islam. tak ada la jadi isu besar. 

Saya: memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya 1 sahaja, then lepas tu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.” 🙂

Lim: tapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama melayu.

Saya: ooo… bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada 

huruf “Al” maksud “The” & 

huruf “elah” maksud tuhan.

so bila combine semua huruf akan jadi “Allah”. 

So “Allah” means that “The Only One (God) to be Worshipped”. Di negara Arab, orang Christian guna “Allah” dalam kitab Bible mereka.

Lim: oic… saya rasa you bukan sahaja boleh jadi Maths Tutor, tapi you boleh jadi Islam Tutor yang ajar Islam. Banyak ilmu you tentang Islam.

Saya: Tak ada lah, saya tak layak jadi ustaz, banyak ilmu Islam lagi saya perlu belajar. Saya punya specialise dalam Maths & Add Maths sahaja. 🙂

Lim: haha. so nanti you boleh ajar anak saya Add Maths lah, tahun ni dia SPM.

Saya: haha, ok, boleh 🙂

Lim: Saya bagi special discount untuk jam tangan ni sebab banyak info yang saya dapat hari ni dari you. 🙂

Gambar dan kisah-kisah ini diambil dari akaun facebook peribadi beliau bernama Adam Kelvin

Leave a Reply