Jarang kita mempunyai keluarga seperti ini

Ini merupakan kisah-kisah cinta di rumah al-Banna yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita dalam membentu keluarga yang sakinah.

 
Sebagai ibu bapa, memperoleh keluarga yang berjaya adalah satu impian. Berjaya bukan bermakna cemerlang kerjaya semata-mata tetapi akhlak yang dimiliki. Untuk memperolehi keluarga yang baik mesti bermula daripada ketua keluarga. Kerana mereka adalah contoh kepada anak-anak.

Penulisan kali ini akan memfokuskan seorang tokoh bernama Hassan al-Banna. Kisah ini diceritakan sendiri oleh anaknya bernama Wafa, Raja’ dan Saiful Islam. Al-Banna merupakan tokoh dakwah yang sibuk. Dicelah keaktifannya, pendidikan keluarga sangat diambilberat.

Untuk berjaya dalam mendidik keluarga, bukan sekadar mencuba sendiri. Perlu mendengar pengalaman golongan veteran, membaca dan sebagainya. Semoga kisah-kisah ini menginspirasikan kita.

Menemani Anak-anak Semasa Bermain

Menemani anak bermain akan menjauhi sikap kasar. Tumbesaran sikap akan menjadi baik kerana dibawah pemantauan. Perkara ini dilakukan oleh al-Banna. Beliau akan bermain dengan anak-anak semasa musim panans, berjalan ke rumah nenek, menikmati kebun hijau dan taman-taman yang indah.

Saiful Islam dan Komik

Saiful Islam meminati pembacaan seperti komik. Menariknya al-Banna tidak seperti ibubapa yang lain. Pasti dimarahi anaknya jika tidak membaca bahan yang dianggap tidak bermanfaat. Al-Banna mengguna mekanisme dialog bersama Saiful Islam.

Ayahnya memberikan buku yang dirasakan lebih baik daripada komik seperti buku Umar b Abd Aziz. Kajian sirah mendapati nabi Muhammad juga melakukan perkara yang sama apabila seorang lelaki ingin meminta izin untuk melakukan zina. Setelah berdialog, lelaki tersebut sangat anti kepada zina.

Sedarkan Peranan Anak Perempuan

Perempuan merupakan merupakan elemen penting dalam mempersiapkan pejuang yang membangkitkan umat. Al-Banna sangat memelihara pendidikan anak perempuan agar menjadikan kebangkitan untuk kaum perempuan. Anaknya merupakan graduan dalam bidang Pendidikan Kewanitaan.

Ayah, Temanku Belajar dan Berdiskusi

Al-Banna akan bertanya khabar tentang pelajaran sekolah anaknya. Sebagai seorang ayah, beliau akan membantu anaknya menjawab soalan yang didapat diselesaikan anaknya. Malah, al-Banna menjemput kawannya menerangkan sejumlah pelajaran yang kurang difahami.

Membawa Bekal ke Sekolah

Al-Banna sangat teliti dengan perkembangan anaknya. Dicelah kesibukan dakwah beliau akan berusaha menghantar sarapan pagi kepada anaknya ke sekolah.

Kisah diatas sangat bermanfaat untuk diperhalusi dan diamalkan. Jika seorang anak merasa bahawa dirinya adalah nombor satu dalam hati orang tuanya, itu adalah petanda kejayaan dalam mendidik anak-anak.


Makan Bersama Keluarga

Dicelah kesibukan berdakwah, al-Banna akan berusaha meluangkan masa makan bersama keluarga. Jika ada tetamu ingin datang, al-Banna akan meminta mereka(tetamu) datang ke rumah agar waktu sarapan pagi mesti bersama keluarga.

Ayah Menghantar Perisik

Orang yang mementingkan diri tidak sesuai dinamakan manusiakan. Pendidik yang berjaya mampu melahirkan anaknya menjadi seorang yang bermanfaat kepada manusia.  Al-Banna serius mendidik anaknya. Mereka dibiasakan dengan infaq.

Pernah satu ketika, al-Banna memberikan sepuluh ma’aadin untuk diinfaqkan pada hari Jumaat. Turut disertakan adalah seorang perisik (kawan ayahnya) untuk menyiasat penggunaan wang anaknya. Ternyata hati al-Banna lega dengan pemberian wangnya tersebut apabila tahu digunakan dengan baik.

Mempunyai Rekod Catatan Peribadi Anaknya
Al-Banna menyediakan fail peribadi anak-anaknya bagi mencatitkan prestasi mereka. Prestasi tersebut bukan sekadar akademik tetapi sejarah kelahiran, jadual pemberian ubat, surat keterangan doktor, tahap kesihatan dan sebagainya.

Anak-Anak Memiliki Rak Buku

Pendidikan merupakan faktor kejayaan individu. Al-Banna akan memberikan perpustakaan khusus untuk mereka dan memberikan wang bulanan untuk buku yang mereka cenderung membaca.

Selamat Beramal

Leave a Reply