Apa yang pemuda Amerika ini lakukan sehingga mampu menguasai 25 bahasa???

Siapa pernah dengar seorang pemuda bernama Timothy Doner?

Beliau adalah seorang pemuda Amerika yang mampu menguasai sehingga 20 bahasa!

Orang yang mampu berbahasa seperti beliau diistilahkan sebagai Plyglots yang bererti seseorang yang mampu bertutur berbagai bahasa.



Apakah bahasa-bahasa yang telah dikuasai beliau itu?

Berdasarkan video youtubenya yang tersebar, beliau memaklumkan bahawa beliau mampu menguasai banyak bahasa antaranya :

PERANCIS

Bahasa Perancis adalah salah satu bahasa paling penting dari kelompok bahasa Roman setelah bahasa Spanyol dan bahasa Portugis. Bahasa Perancis merupakan bahasa yang paling banyak dituturkan ke-11 di dunia. Hingga tahun 1999, bahasa ini dituturkan oleh lebih dari 77 juta penduduk di dunia sebagai bahasa ibu dan oleh 128 juta jiwa lainnya sebagai bahasa kedua.

SEPANYOL

Bahasa Sepanyol merupakan salah satu bahasa yang berasal daripada Bahasa Latin. Bahasa ini digunakan oleh ramai orang di dunia pada masa kini. Hal ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan penjelajahan dan penjajahan orang Sepanyol pada masa lampau. Mereka membina banyak negara baru dan juga memulakan kerajaan baru di negara-negara yang sudah lama wujud.

ITALIA

Bahasa Itali (Mengenai bunyi ini italiano (bantuan·maklumat) atau lingua italiana) adalah bahasa Romawi yang dituturkan oleh hampir 63 juta orang, terutamanya di negara Itali dan Switzerland yang mejadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi. Piawaian bahasa Itali dipengaruhi kuat oleh dialek Tuscan dan berada di antara bahasa Italo-Dalmatian dari Mezzogiorno (selatan Itali) dan bahasa Gallo-Itali dari bahagian utara Itali.

JERMAN

Bahasa Jerman adalah anggota bahasa Jermanik Barat yang dipakai sebagai bahasa pengantar terutama di kawasan Eropa Tengah. Bahasa ini adalah salah satu bahasa yang banyak dituturkan di Eropa dan pernah menjadi bahasa pengantar antarbangsa yang penting hingga awal abad ke-20. Meskipun sekarang menurun kepentingannya, bahasa ini masih luas dipelajari karena banyak literatur klasik dunia yang ditulis menggunakan bahasa ini.

ARAB

Ia adalah bahasa al-quran dan bahasa nabi kita Muhammad S.A.W

CINA

Bayangkan. Sudah bertahun-tahun kita hidup bersama masyarakat Cina tetapi, tak juga kita mampu menguasai bahasa mereka.

JEPUN

Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo (標準語?), pertuturan baku, dan Kyoutsugo (共通語?), pertuturan umum. Hyoujungo ialah bentuk yang diajar di sekolah dan digunakan di televisyen dan segala perhubungan rasmi.

LATIN

Bahasa Latin ialah bahasa kuno yang jarang sekali digunakan dalam zaman moden ini kecuali sebagai bahasa pegawai-pegawai rasmi di Kota Vatican, iaitu sebuah negara terkecil di dunia. Namun demikian, oleh sebab pengaruh kerajaan Rom yang kuat pada zaman dahulu, bahasa ini mempunyai kesan yang mendalam di Eropah dan unsur-unsurnya masih boleh didapati dalam bahasa moden seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.

isiXhosa

Bahasa Xhosa (isiXhosa) ialah salah satu bahasa rasmi di Afrika Selatan dan merupakan anggota rumpun bahasa Niger-Kongo. Ianya digunakan oleh sekitar 6,5 juta jiwa di provinsi Tanjung Timur, Negara Bebas Oranye, Ciskei dan Transkei di Afrika Selatan dan juga diucapkan di Botswana dan Lesotho. Bahasa Xhosa berhubungan dekat dengan bahasa Zulu, siSwati dan Ndebele dan kurang lebih mirip dengan bahasa-bahasa itu.

Konsonan klik Xhosa mungkin diambil dari bahasa-bahasa Khoisan sebagai akibat interaksi yang panjang dan lama antara suku Xhosa dan Khoisan.

Sistem penulisan bahasa Xhosa yang menggunakan abjad Latin digunakan oleh misionaris Kristen selama awal abad ke-19. Karya cetakan pertama dalam bahasa Xhosa ialah buku tata bahasa yang diterbitkan pada 1834.

WOLOF (Gambia, Swahili, Ojibwe)

Bahasa Wolof merupakan sebuah bahasa kedua setelah bahasa Inggris dan bahasa Perancis di Senegal, Gambia, dan Mauritania. Bahasa ini umumnya dibicarai oleh penduduk Wolof. Mayoritas penuturnya merupakan dialek Wolof. Jumlah penuturnya hampir mencapai 3,3 juta jiwa.

YUNANI KUNO

Bahasa Yunani Kuno adalah bahasa yang dituturkan oleh orang Yunani Kuno dari abad ke-9 hingga 4 SM. Bahasa Yunani Kuno dan Latin adalah bahasa kuno terpenting (bahasa yang tak lama dituturkan) bagi penutur bahasa Inggris sekarang. Hal ini terjadi karena banyak kata Inggris yang berasal dari bahasa Yunani dan Latin.

PASHTO

Bahasa Pashto tergolong dalam rumpun bahasa Iran Tenggara dalam rumpun Indo-Iran yang bercabang dengan rumpun bahasa Indo-Eropah. Bahasa-bahasa lain dalam rumpun bahasa Iran Timur termasuk Sarikoli, Wakhi, Munji, dan Shughni.

Bahasa-bahasa Iran yang berkaitan dengan ketara termasuk Parsi, Kurdi, Balochi, Gilaki, ditutur di Timur Tengah, dan Ossetic, yang ditutur di Caucasus.


Selain daripada bahasa-bahasa yang telah disebutkan di atas, beliau juga amat fasih berbahasa Rusia, Persia, Hausa (cabang dari keluarga bahasa Afroasiatik), Italia, Indonesia, India, Ojibwe, Turki, Kurdi, Yiddish, Belanda, Croatia, Sepanyol, dan lain-lain.

Bagaimana beliau mempelajari semua ini?

Apa yang mengkagumkan, beliau kebanyakan bahasa-bahasa yang dikuasai tersebut, beliau hanya menggunakan beberapa cara sahaja seperti buku, internet, menonton filem dan mendengar muzik!
Beliau tidak menggunakan khidmat tutor atau menyertai mana-mana kursus pun.

Sejarah tentang Timothy Doner

Beliau memang telah lama mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari bahasa. Minat beliau tersebut bermula semenjak tahun 2009 apabila beliau telah selesai mempelajari asas bahasa Ibrani (Hebrew). Setelah beberapa tempoh, belaiu mempelajari bahasa Ibrani Moden pula.


Setelah itu, Tim mempunyai minat untuk mempelajari bahasa arab pula. Apa yang menginspirasikan beliau, dalam masa 4 hari, beliau suah hafal huruf-huruf arab. Pada minggu berikutnya pula, beliau sudah lancar membaca tulisan arab.

Setelah itu, beliau tidak cukup dengan dua atau tiga bahasa sahaja. Atas inisiatif sendiri, beliau belajar sendiri puluhan bahasa yang lain melalui buku-buku tatabahasa dan aplikasi bahasa pada iphonenya.

Semangat beliau makin hari makin kuat terutamanya setelah menonton channel Youtube yang menampilkan Richard Simcott yang fasih sehingga 16 bahasa.

Doner kini


Kini, selain fasih berbahasa Inggeris, Perancis, Mandarin Latin dan bahasa-bahasa yang telah disebutkan di atas, beliau juga amat fasih berbahasa Rusia, Persia, Hausa (cabang dari keluarga bahasa Afroasiatik), Italia, Indonesia, India, Ojibwe, Turki, Kurdi, Yiddish, Belanda, Croatia, Sepanyol, dan lain-lain.

Bagaimana beliau mampu menguasai semua bahasa tersebut dengan cepat?

Kata Timothy Doner :

‘’Saya menjadikan setiap bahasa tersebut seperti belajar mata pelajaran di sekolah’’
Maksudnya, beliau menyediakan waktu khusus dan konsisten untuk mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Contohnya, untuk belajar bahasa Sepanyol, setiap hari beliau akan membaca buku-buku bahasa Sepanyol di perpustakaan university.

Sila tonton video tersebut untuk anda lihat sendiri bagaimana fasihnya beliau dalam berbagai bahasa!

Sumber gambar : Facebook Timothy Doner

Leave a Reply