Video : ”Wahai orang-orang islam! Bangunlah daripada tidur kalian!” Adik daripada Ukraine ni menegur umat islam yang sedang leka serta mengajak mereka membaca al-quran

Memiliki anak yang soleh dan solehah adalah hasrat semua ibubapa yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Namun, hasrat ini pasti akan tercapai jika ibu-ibu dan bapa-bapa berusaha dan bersungguh-sungguh untuk mendidik anak mereka semenjak dari dalam kandungan lagi.

Mungkin pengajaran di  dalam kandungan kita rasakan ianya kurang praktikal, tetapi percayalah ia juga mampu memberi kesan kepada kandungan tersebut. Ketika di dalam kandungan lagi, ibubapa disarankan untuk memperbanyakkan membaca al-quran agar anak di alam kandungan dapat mendengarnya.

Mungkin sebahagian daripada kita merasakan ianya tidak logik. Tidak mengapa! Jika ada di kalangan kita yang merasakan ianya tidak logik amalkanlah bacaan al-quran kerana inginkan keberkatan. Moga-moga dengan keberkatan yang digesakan dapat melahirkan juga anak yang mencintai al-quran apabila anak tersebut lahir nanti.

Apabila mereka lahir, maka bermulalah era pembelajaran yang lebih realiti. Apa yang anak-anak dengar dan lihat di usia kecilnya, maka ianya akan meresap ke dalam memori anak tersebut.

Bayangkan jika semenjak usia kecil lagi mereka mendengar ibubapa mereka membaca al-quran setiap hari, cuba bayangkan apabila mereka membesar nanti. Mereka akan membesar dengan alunan suci tersebut! Apa yang menyedihkan, anak-anak kecil pada zaman sekarang sering mendengar dan melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti nyanyian-nyanyian yang melalaikan dan video-video yang tidak sepatutnya yang telah ditayangkan di televisyen bagi usia kanak-kanak tersebut. Ia nyata memang akan merosakkan mereka! Tambahan pula mereka berhadapan dengan SYAITAN KONTEMPORARI pada hari ini iaitu Gadget! Ia sememangnya bala yang lebih besar lagi.

Disebutkan dalam kitab Fiqh Al-Awlawiyat yang dikarang oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi :

Suatu hari, Rasulullah S.A.W pernah bersabda di hadapan sahabat-sahabat baginda. Mafhum daripada hadis tersebut berbunyi :

”Akan datang pada zaman kalian, satu amalan pada zaman tersebut sama seperti 50 orang lelaki”

Lalu para sahabat bertanya baginda S.A.W :

”Adakah 50 lelaki yang engkau maksudkan itu adalah di kalangan mereka ya Rasulullah?”

Lalu baginda S.A.W membalas :

”Tidak! Bahkan 50 orang dari kalangan kamu”

Allahuakbar! Melipat-ganda ganjaran yang dijanjikan oleh nabi kita Rasulullah S.A.W! Ini kerana ia telah dinyatakan dalam hadis baginda S.A.W yang mafhumnya berbunyi :

”Beriabadah ketika ‘Haraj‘ umpama berhijrah kepada diriku”

Haraj‘ yang dimaksudkan adalah zaman fitnah.

Semoga Allah membantu usaha kita di dalam mendidik anak-anak dan semoga Allah memperkenankan doa kita supaya anak tersebut menjadi anak yang soleh dan mencintai al-quran.

Di bawah ini adalah anak contoh yang perlu diteladani oleh kita semua agar anak-anak kita mencintai al-quran dan bahasa arab.

Adik ini adalah kacukan Ukraine dan arab Morocco. Namanya adalah Hasana’ Leena. Dia tidak boleh bertutur bahasa arab, namun dia cuba untuk bertutur juga.

Cuba lihat bagaimana adik ini bertutur bahasa arab dan membaca al-quran. Cara dia bertutur sangat menggelikan hati kita semua dan pasti akan membuatkan kita tersenyum sendirian.

Pada mulanya, adik ini bercakap dalam bahasa arab :

Terjemahannya boleh tengok di bawah video tersebut :

”Assalamualaikum warahmatullah! Saya Leena. Umur saya 10 tahun, berasal daripada Ukraine”

Kemudian dia bercakap bahasa dia kot.

”Wahai orang-orang islam! Bangunlah daripada ‘tidur’ kalian!

Pastu dia cakap apa ntah..

Kemudian dia baca surah al-kafirun sampai habis..

Di bawah ini video dia yang lain pula. Yang kedua ni lagi comel dan menggelikan hati kita..

Video ini diambil dari facebook page SawtElGhad

Leave a Reply