Selesai Lafaz Sakinah Dilafaz, Ada yang Berusaha untuk Memutuskan Ikatan Perkahwinan

Setiap kali terbinanya rumahtangga yang sah maka Syaithan lah yang paling kecewa kerana sudah tertutupnya salah satu pintu zina.

Adakah kita rasa syaithan akan membiarkan rumahtangga berjalan mengikut kehendak Allah SWT?

Bahkan syaithan tidak akan pernah berputus asa. Dengan ‘pengalamannya’ ribuan tahun ia akan menggunakan pelbagai tipudaya yang sangat licik.

Disamping menampakkan kelemahan pasangan kita dan menonjolkan kecantikan orang lain selain pasangan kita…. syaithan juga akan menjadikan perasaan CINTA DAN KASIH kita sebagai umpan kebencian dan permusuhan.

Dengan perasaan CINTA & KASIH syaithan akan menyemarakkan rasa CURIGA, PRASANGKA, CEMBURU dan sebagainya yang kemudiannya menelurkan KEMARAHAN, KEBENCIAN bahkan DENDAM.

Apabila perasaan2 ini mula subur dan menguasai jiwa dan perasaan kita maka bermulalah episod yang mencemaskan dalam rumahtangga kita.

Bahasa mula kasar, komunikasinya terasa hambar bahkan hati akan dihiris2 dengan sindiran dan tuduhan sehingga hilangnya kebahagiaan yang kita citakan sebelum ini.

Tentu sukar meneliti dan memahami KEMARAHAN, KEBENCIAN & DENDAM yang lahir dari CINTA KASIH kerana kita tidak pernah menyangka adanya buah2 yang busuk dari pohon dengan bunga2an yang indah dan harum…. bagaikan sarang perompak disebelah balai polis. Mungkin tak pernah disangka begitu sehingga polis akan mencari keseluruh pelusuk negeri tetapi bukan jiran sebelahnya.

Jadi akan mencari, merenungi  punca keretakan rumahtangga kita dengan melihat faktor2 lain selain CINTA & KASIH kita…. sehingga buah2 busuk dan beracun itu sewenang2nya merosakkan hati kita tanpa gangguan.

Sebenarnya untuk membangunkan rumahtangga kita dan hidup bahagia bersama hingga ke syurga tidak cukup dengan hanya CINTA & KASIH tapi kita perlukan ilmu dan perkongsian pengalaman untuk kita mampu memahami permasalahan rumahtangga dari setiap sudut sehingga terhalanngnya kita dari tipudaya syaithan.

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari

Leave a Reply