Cara Membentuk Kualiti Masa Bersama Keluarga

Dalam beberapa ceramah atau seminar selalu ada yang bertanya… bagaimana dengan situasi kerja yang banyak hingga sedikit saja masa dengan keluarga?
Ini adalah satu realiti yang sedang kita hadapi. Dalam kegawatan ekonomi dan tekanan hidup menyebabkan banyak masa kita habis pada kerjaya atau usaha2 menambah wang saku.

Bagi saya berapa banyak masa untuk keluarga itu perkara yang kedua. Bahkan Allah yang menyempitkan dan melapangkan masa kita. Tidak ada yang dapat menghalang kekuasaan Allah SWT.

Jadi yang paling penting adalah kualiti masa.

Adakah kita meluangkan masa kerana Allah atau sekadar tuntutan fitrah sebagai suami, isteri, ibu atau ayah.

BAGAIMANA MEMBENTUK KUALITI MASA

Niat yang betul sudah membezakan kualiti masa kita. Bila kita berbuat sesuatu kerana Allah SWT di sana ada pertolongan Allah SWT.

Tak cukup dengan niat kita juga perlu hargai mereka. Jangan balik dalam keadaan keletihan. Baliklah dengan senyuman, bersedia mendengar, memberi perhatian yang baik dan sebagainya.

Jangan pula jadikan gadget sebagai penghalang. Kalau perlu off kan HP off kan saja.

Saya set kan whatsapp, telegram dll dengan bunyi yang tertentu. Kalau mesej individu bunyinya lain, kalau group bunyinya lain. Jadi kalau bunyi menggambarkan mesej individu  kita boleh ‘curi2’ baca mungkin ada yang urgent. Kalau bunyi mesej group biarkan dulu tentu kurang pentingnya.

Sebab itu saya ‘tak layan’ panggilan mesyuarat urgent tetapi melalui group whatsapp. Kalau penting tentu akan dihantar secara individu. Jadi kalau whatsapp group saya hanya buka bila2 free.

Jangan biarkan gadget mengikat dan mengawal urusan harian kita. Kita ada matlamat dan perancangan kita sendiri sebagai hamba Allah, anak, suami/ isteri, ayah/ibu dan sebagainya. Cukuplah gadget sebagai alat kita bukan sebaliknya

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari

Leave a Reply