Perkongsian Perasaan Bagaimana mempunyai Ibu ‘Bapa’ yang Lesbian

Di petang hari yang  redup kedamaian, setelah usai memasak saya cuba merehatkan otot-otot dengan men’scroll’ laman social facebook. Seperti biasa, scrolling tanpa tujuan, kemungkinan ada isu semasa yang menarik atau post sahabat2 yang menyentuh hati.

Dari satu status ke satu status, mata saya terhenti pada post seorang sahabat yang berkongsi artikel bertajuk ‘Now That Children of LGBT Parents are grown, they’re revealing sick reality’ di laman web dari US iaitu Conservative Tribune.

Setelah membaca tajuk, tanpa berlengah saya menyiapkan tugasan terakhir dalam kronologi memasak iaitu mengemas dan membasuh pinggan mangkuk. Kononlah ingin membaca dengan penuh penghayatan dan fokus.

Setelah membaca, saya termenung separa panjang. Namun kesimpulan yang ringkasnya, hati saya bersuara, “ Inilah fitrah manusia yang Allah jadikan ”.

Kerana ianya amat bermanfaat jadi tak semena-mena saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat para pembaca yang saya kasihi.  Artikel tersebut berkenaan luahan perasaan seorang anak yang dijaga oleh pasangan lesbian, bernama Fortana. Beliau meluahkan bagaimana persepsi dan perasaan seorang anak yang dijaga oleh parent yang terdiri dari 2 wanita.

Fortana membesar seperti anak-anak lain, penuh kasih sayang dan menjalani kehidupan rutin sebagaimana yang lain; pergi ke sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan. Namun hati suci seorang anak terdetik apabila melihat rakan-rakannya bermanja dan bergurau mesra dengan insan yang bernama bapa yang berjantina lelaki. Sedangkan dirinya hanya mempunyai ibu. Walaupun 2 ibu namun dia merasa ada sesuatu kehilangan di dalam hatinya apabila tidak dibesarkan oleh sepasang ibubapa.

Lalu dengan kejujuran tanpa prejudis, pertanyaan yang keluar dari hati dan mulut seorang anak, “ Ibu, bapa kat mana? “

…….

Fortana Bukan  Seorang Islamis

Fortana bukanlah seorang islamis yang ingin menyekat kebebasan kedua ibunya namun fitrah seorang anak yang memerlukan didikan dari seorang ibu dan bapa menjadikan dia bangkit bersuara di hadapan audient di Australia. Ini namanya fitrah. Sesuatu perasaan asasi yang Allah swt jadikan tertanam di dalam hati dan jiwa setiap insan.

berbicara soal fitrah, kita tidak memerlukan Bible mahupun Al-Quran untuk membuktikannya. Kerana setiap dari insan akan merasai fitrah ini, seperti perasaan setiap insan yang ingin disayangi dan dikasihi, begitu juga perasaan ingin makan ketika lapar; semua ini tidak perlu untuk kita mencari bukti dan dalil dari kitab-kitab atau pengolahan dari ayat Al-Quran kerana setiap dari kita maaruf akan perkara ini.

Begitu juga

Seperti Fortana, saya juga tanpa prejudis bukanlah ingin menunding jari mencari salah sesiapa. Cuma bila akhir-akhir ini kita dibanjiri bermacam kisah peribadi hinggalah kepada penubuhan gerakan yang  memperjuangkan transgender di bawah nama ‘hak asasi manusia’

Apa yang kita mahu sebenarnya dalam kehidupan ini?

Leave a Reply