6 Perkara Tentang Bumi Bosnia Dari Sudut Keagamaan yang Anda Kena Tahu

DSC02246Artikel ini dikongsi oleh seorang pemuda warganegara Malaysia yang sehingga kini menetap di Bumi Bosnia & Herzegovina.

Beliau berkongsi beberapa keistimewaan negara tersebut dari sudut keagaaman dan kemungkinan ini juga adalah sebab beliau masih menetap di sana. Sebelum peristiwa penghapusan etnik yang berlaku pada tahun 1992-1995, masyarakat amatlah jauh daripada landasan Islam, mereka lebih banyak terpengaruh dengan komunisme yang dipaksakan dalam masyarakat.

Tetapi hikmah daripada peristiwa yang terjadi ini, mereka mula sedar dan bangkit malah ada beberapa perkara dari sudut keagamaan yang kian membangun seperti:

  • Mengekalkan legasi lama Empayar Turki Uthmaniyah seperti bangunan-bangunan dan berek tentera yang melambangkan keagungan dan kekuatan Islam. Merupakan tempat-tempat yang wajib dilawati oleh pelancong.

21368748_1986586078220151_7664758314108114227_o

  • Memberi ruang yang luas kepada banyak negara-negara Islam untuk melakukan pembangunan atau pelaburan di dalam Bosnia seperti Malaysia, Arab Saudi dan lain-lain. Boleh dilihat begitu banyak Masjid-masjid yang dibangunkan oleh negara-negara Islam yang berbeza dengan seni bina yang unik.
  • Banyak kota-kota di Bosnia mempunyai sejarah hitam pembantaian oleh puak Serbia yang dijadikan sebagai tempat bersejarah supaya pelancong-pelancong dapat mengambil pengajaran. Seperti kota Srebrenica yang terdapat lebih 8000 kubur umat Islam yang disembelih oleh pengganas Serbia Bosnia pada tahun 1992.
  • Ramai rakyat Bosnia sekalipun miskin dan susah, mereka tetap cuba mengekalkan identiti Islam dan menjalankan perintah agama sebagai satu-satunya negara yang bermajoriti besar Islam di benua Eropah.

 

  • Ibadah korban dan hari raya aidil fitri disambut seperti negara-negara Islam yang lain. Para pelancong boleh turut merasai bagaimana berpuasa di Bosnia, solat tarawih dan bersama-sama meraikan hari raya. Di Bosnia, mereka merayakan hari raya korban dan aidil adha dengan memakai kot dan kemeja yang kemas.

 

  • Malah terdapat madrasah yang tertua di bumi Balkan, iaitu Madrasah Gazi Husrev-bey di Sarajevo, di sinilah lahirnya para ulamak dan imam yang mewarnai bumi ini, ribuan graduan sudah dihasilkan dan hasil usaha madrasah ini Islam mampu kekal dominan dan majoriti dalam negara tersebut. Madrasah ini dibina pada tahun 1573M.kursunlumedresesi

GAZI HUSREV-BEY’S  MADRASA di Sarajevo ~ gambar ehsan http://brighttravel.tours

Bosnia adalah lambang sebuah negara Islam ditengah kegelapan Benua Erpoah yang jauh daripada Islam.

Sekiranya anda ingin melancong ke sana, SkyDew merupakan sebuah ajensi pelancongan Malaysia yang berpusat di kota Sarajevo, Bosnia & Herzegovina adalah sebagai pilihan terbaik yang akan membantu anda. Sky Dew di bawah kelolaan seorang anak muda daripada Malaysia yang menguruskan travel secara freelance ke Bosnia dan Balkan dengan kerjasama syarikat tempatan di sana. 

Pakej perlancongan SkyDew turut termasuk untuk negara-negara Balkan lainnya seperti Montenegro, Croatia, Slovenia, Albania dan Makedonia. Orang ramai boleh berhubung melalui Facebook dan Instagram rasmi SkyDew.

Facebook: https://www.facebook.com/skydewbalkan/
Instagram: https://www.instagram.com/skydewbalkan/

 

Leave a Reply