Selagi Perkahwinan Anda belum Berusia 10 Tahun, Anda Belum Kenal Pasangan Anda secara Masak

Ketika masih bujang saya pernah hadiri satu bengkel berkaitan rumahtangga. Sebenarnya saya hadir sebagai pengiring penceramah tapi dah alang2 berada disitu saya ikuti sepenuhnya bengkel selama dua hari tu.

Kata penceramah tu …taaruf suami isteri mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun.

Saya secara peribadi tidak boleh terima penyataan itu. ” Takkan tinggal sebumbung, setiap hari berjumpa…10 tahun baru betul2 kenal.” Saya tidak menolak sepenuhnya tapi saya yakin saya boleh pendekkan tempoh itu tambahan saya memang suka mendalami dan membaca bahan2 berkaitan kejiwaan, body language, psikologi dll.

Namun setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan sekarang sudah 17 tahun… saya terpaksa mengakui statement tadi.

Jadi bagi pasangan yang belum 10 tahun, saya ucapkan “Selamat pengantin baru”😄.

Yang sudah melebihi 10 tahun tentu ada faham apa yang saya maksudkan. Memang sukar untuk kita mengenali pasangan kita terutama dari sudut emosi.

Yang penting dari proses taaruf itu sebenarnya bukan untuk kita “adjust” pasangan kita supaya sama seperti kita tapi untuk kita menerima perbezaan dan cuba menyelaraskan diri dan pasangan kita mengikut matlamat rumahtangga kita.

Untuk menyelaraskan pasangan sesuai dengan diri kita adalah perkara yang sia2 kerana Allah jadikan fitrah manusia itu berbeza2 antara lelaki dan perempuan.

Dalam surah Al Lail, Allah menceritakan hakikat kejadian malam dan siang kemudian menceritakan pulak kejadian lelaki dan perempuan.

Untuk menyamakan siang dan malam adalah satu bencana dalam kehidupan TETAPI dengan membiasakan diri kita dengan suasana malam dan siang adalah salah satu seni untuk menikmati kehidupan.

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari<<
p>< /p>

Leave a Reply