Isteri sudah dicerai tapi Pemiutang Masih Kejar Bayaran

kredit gambar: ronstadt.wordpress.com

 

Wedding Ceremony Vs Marriage 

Salah satu fenomena yang kurang sihat dalam pembinaan rumahtangga zaman sekarang ialah majlis perkahwinan (wedding  ceremony) yang terlalu mewah dengan pakej pelamin, fotografi dan sebagainya.

Alangkah baiknya jika belanja besar tu disimpan untuk urusan perkahwinan (marriage) yang akan berlangsung lama selepas majlis sehari itu.

Bagi yang berkemampuan mungkin kurang kesannya tetapi apabila ada yang kurang kemampuan tetapi masih teringinkan majlis yang “grand” sehingga terpaksa meminjam maka kesannya sangat menyedihkan.

Apabila rumahtangga dibangunkan di atas “liabiliti” maka kesannya akan terus berpanjangan. Hutang perlu dibayar sedangkan kos pengurusan hidup berkeluarga akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Apabila poket semakin mengecil tapi belanja semakin besar… komunikasi akan semakin panas. Gejala ungkit mengunkit mula subur.

Ditambah pula… ada saudara mara yang kesusahan, “takkan tak hulur sikit”

“Abang ni, takkan tak boleh tolong sikit abang long tu? Dia tu bukan orang lain dengan kita. Dah 3 bulan tak boleh kerja… anak isteri nak makan apa?”

“Bukan abang tak nak tolong, untuk keperluan keluarga kita pun tak cukup. Hutang tiap2 bulan nak kena bayar! Tu la dulu… awak la nak buat kenduri besar2 sangat”

Babak pertama drama kehidupan rumahtangga bermula.. semakin lama semakin panas. Dari pada ungkit mengunkit mula tuduh menuduh, saling salah menyalahkan. Perasaan mula dipendam, diperam sehingga masam. Kata kata mula tajam menikam, setiap hari terguris perasaan. Anak2 menjadi penonton.

Di sinilah bermulanya detik detik ketegangan rumahtangga yang jika tidak dibendungkan akan membawa kepada keruntuhan.

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari

Leave a Reply