Apabila Engkau Melihat Perbezaan Pasangan sebagai Kelemahan, Rumahtangga Engkau bakal menanti pecah

Antara fasa yang kritikal setelah berlalunya fasa “honey moon” ialah fasa menerima dan mengurus kelemahan dan perbezaan pasangan hidup.

Antara kesukaran pada fasa ini ialah “membezakan antara kelemahan dan perbezaan”. Kadang2 perbezaan dipandang dan dilayan seperti kelemahan sehingga hubungan menjadi tegang.

Mari kita perincikan….

Kelemahan ialah sesuatu yang ada pada semua orang. Dalam satu hadith qudsi antaranya Allah SWT berfirman:

يَا عِبَادِي, إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ, وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا, فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ

Wahai hamba-hamba Ku, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan malam dan siang, dan Akulah yang mengampunkan semua dosa, minta ampunlah kepada Ku, akan Ku ampunkan dosa kamu..

Jadi setiap kita memiliki kelemahan dan kesilapan. Ada yang kita nampak ada yang kita tidak nampak.

Jadi mengharapkan pasangan hidup yang tidak ada kelemahan adalah sesuatu yang akan mengecewakan dan mengganggu keharmonian rumahtangga kita.

Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita dengan merenungi kelemahan kita sendiri. Berikan masa pada kita dan pasangan kita untuk memperbaiki diri kita… kerana masa itu adalah sebahagian dari rawatan. (الوقت جزء من العلاج).

Menerima kelemahan pasangan dengan menyedari kelemahan diri kita sendiri menumbuhkan sikap lapang dada pada jiwa kita untuk kita bertindakbalas secara adil dan positif.

PERBEZAAN pula ada “pembawaan” dari 2 latarbelakang dan 2 jantina yang berbeza.

Saya sendiri dari Perak berkahwin orang Terengganu…selera makan pun berbeza.

Keluarga saya 9 beradik; 7 Lelaki dan 2 perempuan. Isteri saya pulak 9 beradik; 7 perempuan dan 2 lelaki.

Betapa banyak perbezaan dan mungkin kami akan menghabiskankan banyak masa untuk bertengkar mengenai perbezaan pendapat atau pandangan hidup. Dan keadaan akan lebih parah jika kami melihat perbezaan itu sebagai kelemahan.

Bayangkan ibu yang mendidik 7 anak lelaki dengan ibu yang mendidik 7 anak perempuan adakah kedua ibu itu memilik karekter dan cara yang sama. Tentunya terlalu berbeza. Tentunya persekitaran rumah, peraturannya, nada komunikasinya dan sebagainya terlalu berbeza.

Seharusnya kita belajar untu menerima perbezaan disamping membuat perubahan pada diri masing supaya hubungan kita sentiasa menuju kepada satu titik pertemuan bukan sebaliknya.Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari

Leave a Reply