“Suami saya tak sweet. Belanja makan pun kedai warung” Ini dia teguran untuk orang yang ada sikap macam ni. Sangat menginsafkan.

TERSENYUM DENGAN APA YANG ADA

Kadang kala kita merasa kita sepatutnya layak memperolehi  yang lebih baik dari yang sedia ada.

Dan memang kebiasaannya kita sentiasa meinginkan yang lebih baik, lebih banyak, lebih cantik dan bermacam lebih lagi dari apa yang kita ada sekarang.

” Kenapa lah abang tak cuba jadi macam suami jiran sebelah tu. Saya tengok dia selalu tolong isteri dia jemur kain, sapu sampah. Ni abang asyik duk goyang kaki je. ”

” Majikan kita memang macam tu. Masa nak minta buat kerja, bagitahu kena ikhlas lah. Kita ni bonus tak pernah dapat pun. ”

” Kamu ni dah berapa kali cikgu bagitahu, tak jugak berubah-ubah. Entah nak jadi apa ni bila besar nanti. ”

Namun ketahuilah saat itu, kita akan merasa dunia semakin sempit. Hati makin gelisah. Hubungan dengan manusia makin merenggang. Ada sahaja perkara yang tak kena.

MEMILIH UNTUK BERSYUKUR

Kerana itu kita perlu memilih untuk mensyukuri apa yang ada.

Bersyukur dengan siapa teman hidup kita, sikap ibubapa adik beradik kita. Bersyukur dengan apa yang ada dengan majikan dan rakan sekerja. Bersyukur dengan karenah anak didik kita. Bersyukur dengan rezki kita saat ini.

Bersyukur bukanlah bermaksud pasrah.

Namun ianya menggambarkan betapa kita merasa dah gembira dgn apa yg ada kerana kalaulah Allah berikan yg lebih teruk dan kurang, bukankah ia lebih memeritkan hati dan menyusahkan 😊

Rasailah teman, saat hati mula belajar bersyukur dan memberi makna pada setiap perkara;

Kita akan merasakan perlahan-lahan dunia ini makin meluas.

Perlahan-lahan sikap manusia terasa lebih menyenangkan.

Perlahan-lahan hati kembali tersenyum walaupun dalam duka dan luka yang sama.

Dan bahagia kembali menyapa walaupun dalam keadaan masih serba serbi kekurangan.

Dan biasanya tidak banyak yang berubah,

sikap manusia masih seperti dahulu dan rezki juga masih kurang.

Tapi bila hati ini berubah dalam menilai segenap perkara, yakinlah inshaAllah semua nya akan turut juga berubah.

KALIMAH SYUKUR DALAM NIKMAT DAN MUSIBAH

Kerana itu Rasululullah mengajari kita supaya sentiasa mengembalikan pujian kepada Pemiliknya..

Tika senang, datangnya nikmat yang pelbagai, ucaplah dari lisan dan bisikan hati yang paling dalam,

الحمدلله على كل نعمة الله تتم الصالحات

( Segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan amal-amal soleh )

Namun dalam musibah yang bertimpa-timpa, tiada alasan untuk kita tetap mengembalikan pujian pada Allah swt. Lalu kita kutip qudwah dari Rasulullah saw dengan mengucapkan,

الحمدلله على كل حال

( Segala puji bagi Allah di atas segenap perkara dan keadaan )

Kerana dalam setiap apa yang ada dan terjadi, pasti ada janji yang terbaik di sisi Allah swt.

SYUKUR INI UNTUK KITA
Bersyukur bukanlah untuk sesiapa. Hatta Allah tak pernah memerlukan pujian dari kita kerana Dia Dzat Yang Maha Suci dari kekurangan dan Pemilik segala pujian.

Mensyukuri dan tersenyum dengan apa yang ada hakikatnya adalah untuk diri kita sendiri dan hati kita.

Kerana lubuk kebahagiaan kita adalah di hati.

Dan hati yang kaya dan penuh bahagia adalah hati yang mensyukuri apa yg ada 😊🌷

Karya: Ainin Sofiyya Binti Nordin

Leave a Reply