Selalunya Ada Saja Yang Menghalang Kita Untuk Capai Kejayaan. Ini 5 Langkah Untuk Sentiasa Bermotivasi Tinggi Capai Kejayaan

Biasanya kalau kita nak buat sesuatu kan, ada sahaja benda yang halang kita. Tak kira lah yang halang tu orang atau benda-benda lain.

Contohnya macam kita katakan “Aku nak mula berniaga lah”. Mesti ada orang soksek kat sebelah, hang nak meniaga apa? Modai pun tak dak, nanti makan modal lagi sia-sia ja!

Hari ini saya mahu kongsikan lima langkah untuk sentiasa bermotivasi tinggi. Tapi sebelum mula langkah-langkah ini, ampa kena confirm boleh jawab atas kertas tiga soalan ini:

  1. Apa Visi kamu?
  2. Apa Misi kamu?
  3. Siapa kamu10 tahun akan datang?

Selepas dapat jawab soalan atas tu, baru ampa boleh teruskan dengan langkah-langkah ni. Kalau ampa amalkan, dengan izin Allah motivasi ampa jadi tinggi melangit macam Everest gitu untuk capai apa yang ampa target kat atas tu ha, ini langkahnya:

  1. Pertamanya bina hubungan baik dengan Allah.

Macam mana nak bina hubungan baik dengan Allah? Dengan berdoa la ya. Allah tunggu sokmo hamba-hamba dia meminta kepadanya. Kalaulah urusan kita membelakangi Allah, nescaya urusan kita jadi macam susah gitu. Kalau Berjaya pun mesti ada something yang kita rasa macam tak kena, cuma  tidak tahu dimana.

Jadi, rebutlah masa-masa yang mustajab doa, berdoa dengan penuh khusyuk menghadap Allah. Cubalah kalau tak percaya! Selepas berdoa betui-betui ampa sendiri akan nampak kesan-kesan berdoa kepada urusan  ampa. Jadi mudah, senang dan yang penting tenang.

  1. Yang kedua berkawanlah dengan orang yang mempunyai motivasi tinggi!

Perasan atau tidak, sesorang itu akan ikut perangai kawan dia, ataupun kawan dia yang ikut dia. Antara dua tu la ya. Nabi pun pernah sebut dalam hadis yang bermaksud “Seseorang itu bergantung kepada agama kawan karibnya, lihatnya dengan siapa dia bersahabat!”.

Maksudnya kat sini, kita akan terkesan dengan sahabat kita. Kalau tak banyak akan terkesan juga sedikit. Kalau kawan yang suka solat jemaah, lama-lama kita follow dia solat jemaah. Kalau suka shopping lama-lama kita pun terikut-ikut selalu pergi shopping. Bukan tak boleh shopping na, tapi saya cakap bab “kaki shopping” ni.

So ampa pilihlah kawan yang positive, selalu bawa ampa kejalan yang benar, selalu nasihat ampa. Dan kalau ampa dah berkawan dengan orang yang negative, jangan la tinggal kawan, itu tugas ampa lah nak bantu dia kearah positive dan baik, itu saja sifirnya, Cuma ampa kena kuat la ya.

  1. Yang ketiga ialah banyakkan baca biografi orang yang dah berjaya

Maksudnya ampa baca biografi orang yang memang terbukti sudah Berjaya. Setiap bidang memang pasti sudah ada orang yang terbukti Berjaya. So ampa follow saja step dan langkah kejayaan dia.

Bukannya salah kita follow dia. Kita follow bukan 100% tau. Pandai-pandai la kita sesuaikan mengikut kesesuaian dengan diri kita. Kalau kata step dia tu tidak menepati syarak cepat-cepat kita tinggalkan sebab berkat tu lagi penting.

 

  1. Yang keempat ialah jauhilah orang yang pemalas!

Sebab itu Nabi Muhammad ajarkan suatu doa kepada kita yang bermaksud: “Ya Allah jauhilah aku daripada rasa gundah gulana dan sedih, dan jauhilah aku daripada rasa lemah dan dan rasa malas”

Kalau ampa kawan dengan orang pemalas, lama-lama ampa pun jadi pemalas juga, percayalah. Kalau kita nak buat something tu kan kompen ada suara negative daripada dia.

Contohnya macam kita kata “Aku nak hafal Quran dalam masa 1 tahun. Mesti ada yang kata “Eleh, orang hafal Quran 6 tahun pun tak habis-habis, hang nak hafal 1 tahun? Hang biaq betui” Jauhilah orang negative macam ni ya.

Jaga lupa selalu amalkan doa diatas ya!

  1. Akhir sekali ialahmulakan langkah pertama!

Ramai orang tak dapat buat yang ni, dia dah google macam-macam tips orang Berjaya. Tapi dia sendiri tak mula langsung langkah pertama. Berdoa pun tidak, berkawan pun dengan orang takdak motivasi, membaca pun tidak dan duk kawan aja dengan orang pemalas.

Akhir sekali sampai bila-bila pun motivasi dia untuk berjaya tiada, semua kheja tergendala. Badan jadi lesu dan pemalas.

Ingattau ! Kalau kita nak jogging 1000meter ia tetap mula dengan langkah pertama. Ampa nak pergi Kl 400Km dari Kedah ke Kl bermula dengan start enjin kheta dulu juga. Paling penting kena mulakan langkah!

Jom mulakan langkah pertama sekarang!

Jom mulakan langkah pertama sekarang!

Jom mulakan langkah pertama sekarang!

Leave a Reply