3 Rahsia Kekuatan Hafalan Dalil Al-Quran Dr. Zakir Naik

Siapa tak kenal Dr Zakir Naik kan. Beliau memang famous dengan kekuatan hafalan dalil-dalil Al-Quran. Dalil-dalil tu dia petik macam tu sahaja siap dengan surah apa dan ayat berapa. Bukan setakat ayat Al-Quran bahkan kitab Veda dan Bible pun siap sekali dengan nombor ayat. Memang padu betul.

Tahukah anda dulu Dr Zakir Naik seorang yang gagap bahkan hendak memperkenalkan namanya di hadapan 25 orang penonton pun beliau tergagap? Jadi apa yang dilakukannya sehingga dia menjadi sangat petah berbicara seperti hari ini?

Ada seorang wanita bernama Wandena tanya rahsia hafalan beliau. Kita pun pelik kan? Boleh jadi Dr Zakir Naik ni pakai cip komputer kah dalam kepala dia sebab hafalan dia ajaib betul? Jadi apa sebenarnya rahsia dia?

Saya ringkaskan jawapan Dr Zakir Naik dalam bentuk point:

Kata Dr Zakir Naik “Kekuatan hafalan saya adalah satu anugerah Allah kepada saya”. Nampak tak pergantungan diri Dr Zakir Naik kepada Allah yang tinggi? Kita pun kena macam tu ye.

Dr Zakir sambung lagi: “Jawapan kekuatan hafalan saya ada di dalam al-Quran sebenarnya” sambil Dr Zakir mengangkat al-Quran. Apa jawapan yang ada dalam al-Quran tu ya? Teruskan membaca…

Dalam latihan dakwah yang diberikan kepada anak muridnya, Dr Zakir memberikan tiga rahsia yang perlu diikuti untuk mendapatkan kekuatan hafalan sepertinya, bahkan lebih lagi. Apa rahsia yang dia bagi tu? ini tiga rahsianya:

 

  1. Rahsia pertama ialah Dr Zakir Naik memberikan makna ayat dari Surah Ali Imran ayat 160. Ayat ini bermaksud:

“ Sekiranya Allah menolong kamu(memenangkan kamu), maka tidak ada orang yang akan mengalahkan kamu. Dan sekiranya Allah tidak mengendahkan kamu(tidak memberi pertolongan) siapakah yang dapat menolong kamu sesudah itu? Dan hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal”.

Jadi pertama-tamanya orang mukmin kena percaya dan letak tawakkal hanya kepada Allah semata-mata bukan bergantung kepada manusia.

 

  1. Rahsia kedua ialah Dr Zakir memberikan makna ayat dari surah Al-‘Ankabut ayat 69 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berjihad(berjuang) untuk Kami(menegakkan agama Kami) sesungguhnya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami(Kami berikan pertolongan dan hidayah untuk menjayakan perjuangan mereka). Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan”

Maksudnya disini ialah kena kerja keras.

 

  1. Rahsia ketiga ialah Dr Zakir Naik memberikan makna ayat lagi dari surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud:

“Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui”

Yang ketiga disini, maksudnya teknik. Kena gunakan pelbagai teknik dan latihan menghafal yang khusus dipandu oleh guru yang berpengalaman.

Berjuta-juta teknik yang diajar kepada pelajarnya, tapi kembali kepada perkara paling utama iaitu tawakkal kepada Allah dan menolong untuk menegakkan agama Allah.

Maksudnya kalau kita hafal semata-mata nak dapat gelaran Al-Hafeez atau sebab-sebab lain selain untuk tujuan menegakkan agama Allah, maka mungkin hafalan kita tidak sekuat hafalan Dr Zakir Naik.

Hafal lah Ayat-ayat itu dengan tujuan ingin digunakan untuk berjuang menegakkan agama Allah nescaya Allah bagi keajaiban hafalan kepada kita, tak mustahil hafalan kita lagi kuat daripada Dr Zakir Naik.

Sumber gambar : TheStarOnline

Leave a Reply