Jika berlaku 3 perkara ini, maka tunggulah kerosakan dunia wahai umat islam sekalian!!!

Terdapat banyak tanda-tanda kerosakan yang sedang berlaku di dunia ini.
Berikut merupakan antara 3 tanda yang menerangkan gambaran bahawa dunia ini sedang menuju ke arah kehancuran dan kerosakan. Antaranya :

Apabila pedang dipegang oleh golongan-golongan pengecut


Ia bermaksud, apabila musuh-musuh islam sedang kuat perkasa dan pemerintah-pemerintah islam yang lemah dan tidak memahami islam sedang menguasai negara islam, lalu mereka boleh menggadaikan negara mereka begitu sahaja kepada musuh-musuh islam.

Sepatutnya, ia perlu diperintah oleh pemimpin yang berani dan berpengetahuan luas serta mempunyai perancangan yang tersendiri, bukannya tunduk patuh kepada musuh begitu sahaja!!!

Apabila harta dikuasai oleh golongan-golongan penyamun


Ia lebih sinonim jika dikaitkan dengan pemerintahan negara. Apabila golongan penyamun yang memerintah negara, maka tunggulah kehancuran ekonomi negara tersebut!

Apabila pena berada di tangan golongan-golongan pendusta


Apabila hak-hak bersuara diperuntukkan oleh golongan-golongan yang tidak beriman dan lebih gemar berdusta daripada menceritakan hal-hal sebenar, maka dunia ini tidak akan selamat lagi.

Mereka akan menyebarkan penipuan-penipuan demi menutup kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan ditambah pula rasuah-rasuah yang disuap oleh mereka kepada pendokong-pendokong mereka yang berkebuluran dengan simpati mereka yang hanya bersifat sementara.

Jadi, sama-samalah kita meneliti kembali sabda baginda Rasulullah ﷺ :

“Apabila pemerintahan dikuasai oleh orang yang tidak layak memerintah, maka tunggulah hari kiamat”

Kredit Gambar : Freepik.com

Leave a Reply