Uniknya Perlis!! Siapa sangka negeri terkecil Malaysia ini mempunyai Dolphin

Tidak ramai sebenarnya yang mengetahui berita ini walaupun ia telah lama berlaku sehingga ada di kalangan orang Perlis sendiri pun ramai yang baru tahu mengenainya.
Jika anda ke Kuala Perlis, anda akan mendapati ramai pengunjung-pengunjung dari Perlis dan Kedah selalu ‘melepak’ di tepi pantai demi menunggu lompatan ikan lumba-lumba ini.

Sebenarnya ia adalah satu keunikan yang dimiliki oleh negeri yang bernama Perlis ini. Walaupun ia negeri yang kecil, tetapi ia mempunyai sesuatu yang sangat berharga.

Dalam sumber Facebook Page Perlis Nature & Wildlife, mereka berkata :

“Ikan Lumba-lumba merupakan antara spesies mamalia di lautan. Ia menjadi mamalia kedua terbijak selepas manusia.

Perlis Nature & Wildlife berkesempatan untuk merakamkan gambar Indo-Pacific Humpbacked Dolphin (Sousa Chinensis) adalah spesies lumba-lumba yang di Asia Tenggara. Ia mempunyai dua sub-species iaitu Chinensis dan Plumbea. Bertompok pink (mottle pink) apabila matang, spesies yang terdapat di sini lebih rapat kepada Sousa Chinensis.

Ikan lumba-lumba yang ditemui kami dianggarkan sebanyak 30-40 ekor bergerak secara berdua atau bertiga kerana induk akan menjaga anak-anaknya sehingga tempoh lebih kurang 6 tahun sebelum ia kembali mengawan.

Di kawasan Pulau Batu Layang ini kami melihat pergerakannya menuju ke arah selatan sebelum kembali ke laut lepas apabila air mulai surut.

Kami diberitahu oleh penduduk Sungai Padang Perlis bahawa ketika air pasang besar ikan lumba-lumba pernah ditemui mati di dalam hutan paya bakau semasa air surut. Ini menunjukkan bukti bahawa Indo Pacific Humpback ini banyak menghuni persisir pantai”

Berikut merupakan gambar-gambar yang berjaya diambil oleh pihak PNW (Perlis Nature & Wildlife)









Sumber Gambar : Perlis Nature & Wildlife

Leave a Reply