Semua Penuntut Ilmu Kena Ada Sifat Ini. Kalau Tiada Sila Buat Permohonan Berhenti Belajar.

Anda penuntut ilmu? Anda pelajar universiti?

Sekiranya ya, ada satu sifat yang perlu ada dalam diri anda apabila menuntut ilmu, tidak kisah sama ada ilmu keduniaan atau ilmu akhirat, mesti perlu ada sikap ini.

Sekiranya tiada sikap ini, latih dan tanam dalam jiwa anda untuk memiliki sifat ini serta sikap ini. Sekiranya tidak, sama anda tidak mahu dan tidak akan mempunyai sifat ini, anda disarankan untuk berhenti belajar.

Berilah peluang kuota pengambilan pelajar kepada orang yang ada sikap ini, ataupu  anda bakal menyusahkan ibu ayah anda sekiranya mereka sebagai pemberi biaya. Sekiranya anda penerima biasiswa kerajaan atau mana-mana institusi, anda akan menghampakan orang yang memberi biasiswa dan alangkah baiknya diberikan kepada mereka yang tidak mampu tetapi mahu dan ada sikap ini.

Belajar Dari Kisah Nabi Khidr AS dan Nabi Musa AS

Secara ringkas penuntut ilmu perlu belajar dari kisah mereka berdua, satu hal yang penting yang disebutkan tentang mereka berdua, apabila Nabi Musa AS menyatakan hasrat untuk berguru dengan Nabi Allah Khidr AS yang disemat dalam Surah Al-Kahfi

“Nabi Musa berkata kepadanya (Nabi Khidr): Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagikku?”

Setelah menyatakan hasrat tersebut, guru baginda Nabi Khidr AS menyatakan suatu sifat yang penting yang perlu ada pada Nabi Musa AS dan menyatakan dalam sebuah pernyataan dan ia menunjukkan sifat itu perlu ada dalam menuntut ilmu.

“Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku”

Itulah sabar. Malah Nabi Khidr AS berulang-ulang kali menyatakan hal sedemikian sehingga baginda meletakkan jurang antara Nabi Musa dan baginda dengan menyatakan:

“Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”¬†

Apabila Nabi Musa AS tidak sabar dalam menuntut ilmu maka Nabi Khidr AS meletakkan garis pemisah antara mereka berdua.

Sabar Dalam Menuntut Ilmu

Sekiranya anda penuntut ilmu tidak ada sabar walaupun sedikit maka anda tidak boleh menjadi penuntut ilmu, serahkan kepada yang lebih berhajat dan mempunyai sabar.

Anda perlu sabar dengan ilmu itu sendiri, banyak masa yang perlu diluangkan untuknya, banyak buku yang perlu anda habiskan bagi memahami satu sisi daripada sesuatu ilmu itu. Bagaimana sekiranya dia tidak sabar, mengharapkan dengan membaca satu muka sudah boleh faham keseluruhan ilmu itu maka jadilah dia bodoh yang bertingkat-tingkat.

Perlu sabar dengan kondisi kewangan, banyak gadjet dan item game yang anda ingin belikan tetapi anda perlu sabar kerana wang tersebut perlu digunakan untuk perolehan ilmu, membeli buku dan bahan bacaan, merantau dan bermusafir demi ilmu semuanya perlukan kewangan dan anda perlu sabar dengan nafsu wang anda.

Guru anda juga salah satu perkara yang perlu ada bersabar, guru atau pensyarah anda dia mengetahui apa yang sedang dia syarahkan tetapi kadang-kadang penjelasannya mengambil satu langkah demi langkah untuk menerangkan suatu perkara maka sekiranya anda tidak sabar dan anda membuat keputusan untuk mengherdiknya dan berhenti belajar.

Mengherdikanya bukan cara yang baik tetapi berhenti belajar di situ adalah perkara yang terbaik buat anda yang tidak sabar dalam menuntut ilmu, kerana ilmu tersebut bukan milik anda dan tidak akan jadi milik anda.

Sabar meninggalkan keluarga dan tempat tercinta demi sebuah ilmu. Ini juga perlu kesabaran jauh dari orang yang tercinta.

Wahai penuntut ilmu bersabarlah kalian!


Leave a Reply