Kebanyakkan Senior di Universiti Kurang Sedar Peranan Sebenar Mereka Kepada Junior. Ini peranan yang sepatutnya mereka tahu!!

Minggu ini adalah minggu pendaftaran pelajar baru di setiap universiti awam di Malaysia. Tahniah kepada para mahasiswa baru atas peluang belajar yang dikurniakan Allah.

Ketahuilah bahawa peluang ini tidak ramai yang dapat seperti kalian dapat. Artikel kali sebagai sebuah pesanan kepada senior-senior, abang kakak di universiti. Apa peranan sebenar korang?

Peranan yang abang kakak tak perlu buat tapi ramai buat ialah ambik adik angkat! Sila berhenti.

Ini antara peranan senior dan junior yang dikongsikan oleh seorang user facebook Muhammad Amin Adnan, mahasiswa UIAM.

Senior tidak boleh limitkan peranan mereka hanya menunjukkan arah tempat di universiti sahaja tetapi peranan mereka penting dalam membantu hal yang berkaitan dunia akademik.

Membantu dalam hal-hal akademik pula bukan seperti:

  1. Memilih lecturer yang mudah bagi A sahaja atau;
  2. Memberi komentar baik dan buruk terhadap lecturer

Tetapi seharusnya senior berkongsi tip-tip cemerlang subjek dan bahan bacaan tambahan yang sesuai.

Pesanan kepada Junior, adik-adik

  1. Tanyakan senior bilik lecturer supaya mudah untuk melawat mereka
  2. Kelas adalah tempat untuk junior bersifat aktif
  3. Timbulkan persoalan-persoalan yang terbuku dalam minda setelah membuat pembacaan awal sebelum kelas.
  4. Keluarkan idea anda dan perdebatkan dalam kelas
  5. Jangan tidur dalam kelas disebabkan penglibatan aktiviti luar kelas, walaupun aktiviti tersebut ada manfaat dan penting.

Kredit: Muhammad Amin Adnan

Leave a Reply