9 Fakta Pelajar Universiti Perlu Tahu

Tahukah anda bahawa:

  1. Seorang pelajar boleh habis hampir satu juz al-Quran sementara menunggu bas atau semasa perjalanan dalam bas ke kuliah daripada termenung sambil tertekan menunggu bas datang?
  2. Seorang pelajar boleh cari kelapangan rezekinya dengan menunaikan solat 2 rakaat sementara menunggu pensyarah masuk daripada melayan permainan candy crush?
  3. Seorang pelajar boleh habiskan mathurat pagi sementara menunggu waktu rehat habis daripada menghabiskan waktu dengan mendengar lagu melalaikan?
  4. Seorang pelajar perempuan boleh menjimatkan masa solat disurau kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna tanpa menggunakan telekung?
  5. Seorang pelajar dapat elakkan pembaziran wang setiap hari dengan minum air kosong dalam botol air yang dibawa.
  6. Seorang pelajar dapat habiskan 33x zikir dalam perjalanan menuju dewan kuliah
  7. Pelajar dapat lepaskan tekanan dengan turun solat berjemaah di surau?
  8. Seorang pelajar dapat siapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan daripada menghabiskan masa berduet dengan pakwe/makwe je?
  9. Seorang pelajar dapat fasih berbahasa inggeris bila selalu praktikkan dalam kehidupan seharian tanpa menghiraukan pandangan orang?

Rasullullah s.a. w bersabda  “Dua nikmat yang disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa lapang (HR bukhari)

Peringatan Rasulullah ada benarnya. Keperluan kita dalam mengurus masa dengan bijak amatlah penting. Ujar al-Banna kewajiban dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.

Kredit kepada facebook, Nurul Husna

Leave a Reply