Kisah Nabi Musa : Episod 4

Setelah perjanjian damai dilangsungkan antara Mesir dan Hititte, maka diharapnya akan bergembiralah seluruh rakyat yang tinggal di Mesir. Tetapi apa yang menyedihkan, kedamaian itu tidak dimiliki langsung oleh Bani Israel.

Mereka tetap hidup sebagai hamba dalam keadaan hina, diseksa, dicemuh dan sebagainya.

Paling menyedihkan adalah apabila berlakunya perbualan antara individu daripada Bani Israel dan pengawal Firaun.

Bani Israel : ”Tahniah ke atas kita semua di atas kedamaian ini”

Pengawal Firaun : ”Tahniah ke atas kami sahaja! Kamu tu tetap sebagai hamba!”

Dalam video ini juga terdapat dua peristiwa.

Pertama :

Ketidaksanggupan Bani Israel untuk mengangung penderitaan yang mereka hadapi.

Salah seorang daripada mereka berteriak :

”Sampai bila kita akan menjadi hamba yang hina sebegini?”

”Sehinggalah datangnya perintah Allah untuk menghilangkan penderitaan ini”

Kata salah seorang daripada mereka untuk menenangkan keadaan.

Kedua :

Peristiwa kelahiran Firaun yang zalim.

Sambungan

Leave a Reply