5 Tahun Mencarum Takaful, Rugilah Tak Dapat Apa

Polemik ini selalu dihadapi apabila pelanggan memaklumkan rugi ambil takaful. Bayar 5 tahun satu habuk pon tak guna. Termenung lama juga nak bercerita.

Fahami Asas Takaful
Takaful asasnya tabung-menabung. Hang bagi RM 100, aku bagi RM 200, yang lain-lain bagi RM 400 berdasarkan kemampuan. Nanti bila ada musibah akan diberikan kepada yang berkenaan dengan jumlah yang dipersetujui. Niat sertai adalah untuk tolong-menolong.

Tak rugi kalau niat tolong-menolong. Pahala pon dapat. Waktu orang lain ditimpa musibah, duit kita disumbangkan sikit untuk orang tersebut. Nanti bila tiba giliran kita, mereka pula bantu.

Macam kita derma pada tabung masjid, kenapa tidak rasa rugi?
Musibah Datang Terkejut
“Kenapa ambil takaful?” Tanya Samad pada Mokhtar. “Masa ambil dulu, nak elak musibah. Sekarang tak jadi apa pon, sihat” jawab Mokhtar. Kata Samad “hang jamin boleh sihat lagi 5 tahun?

Diam Mokhtar ketika itu.

Bukan nak takut-takutkan. Banyak kes terjadi pada peserta yang sudah batalkan polisi. Polisi sudah batal . Kemudian minta untuk buat semula bila dapat musibah. Memang syarikat susah untuk luluskan.
Sihat Satu Nikmat
Bos cerita pada kami, sihat ini satu nikmat. Bagi orang yang bayar memang akan rasa RUGI jika tidak tuntut. Rugi daripada sudut DUIT yang dibayar dan manfaat yang ditawarkan tidak digunakan. Tetapi ada satu yang dilupakan. Dalam rugi ada nikmat kesihatan yang baik.

Pandang Rugi Pada Masa Depan
Ya, kerugian itu sebab anda nampak pada waktu sekarang. Latih diri melihat kerugian pada masa depan. Apa kerugian masa depan? Saya senaraikan beberapa perkara: Jika anda sakit nak mencarum semula memang tidak boleh. Sudah kemalangan hingga hilang upaya, memang tidak boleh buat apa. Jika berlaku kematian, tiada sejumlah perlindungan boleh diberikan kepada ahli keluarga.

Pelaburan.
Saya jarang nak cerita tentang terma ini. Selalunya pilihan terakhir penceritaan. Sebabnya tujuan takaful bukan PELABURAN. Perlu JELAS perkara ini.

Produk takaful hayat sekarang berjenama PELABURAN. Ini bukan produk kad perubatan “stand alone”. Daripada pelaburan wujudnya NILAI TUNAI. Nilainya berdasarkan prestasi dana dan tidak dijamin. Untung syarikat diagihkan berdasarkan syarat. Ada untung dapatlah lihat dalam akaun pelanggan. Banyak ke? Tidak banyak sebenarnya.

Kita merancang atas apa yang dilakukan. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Leave a Reply