Video : Allahuakbar! Doa dan Zikir Al-Quran ini membuatkan air turun bertalu-talu dari bukit.

Di suatu kampung, admin tidak pasti di manakah ia terletak tetapi melihatkan wajah-wajah mereka admin rasa mereka dari negara Turkistan. Lereng bukit ini pernah dilalui air tetapi selepas beberapa tempoh ia terhenti dan tidak lagi mengalir seperti biasa.

Penduduk kampung telah memanggil seorang ustaz untuk membaca Al-Quran serta memohon doa kepada Allah, daripada video ini dapat dilihat setelah Pak Ustaz membaca beberapa ayat suci Al-Quran serta berdoa lalu dengan izin Allah, air dari perut bumi mengalir deras melalui lereng tersebut.

Subhanallah, bagaimana ayat suci Al-Quran dan doa mampu membuatkan air tunduk kepada perintah Allah, lalu mengalir deras. Justeru, seandainya kita juga ada hajat ke atas sesuatu maka ketahuilah semua yang dihajatkan itu adalah makhluk dan terikat pada kuasa Allah, maka apabila kita memohon kepada Allah SAW, Dia mampu mengarahkan makhluk tersebut tunduk pada arahan-Nya.

Jangan putus asa dengan Rahmat Allah SWT.

Leave a Reply