Cara Nak Tahu Dan Elak Skim Cepat ‘Sontot’

Orang kita cepat terpengaruh dengan skim ponzi. Apa itu skim Ponzi atau Ponzi scheme? Ponzi scheme senang cerita adalah skim cepat kaya.

Kenapa berlaku begitu? Ada beberapa faktornya. Selain nak cepat kaya dan tamak, ayat-ayat agama yang ditunggang oleh sebahagian scammers menyebabkan kebanyakan orang rasa, betullah kut skim ni kan.

Tetapi, scammers takkan pernah kenal erti salah. Kalau agama dia boleh tunggang sedemikian, maka duit orang lebih-lebih lagilah !

Sebab itu, artikel kali ini ingin membantu anda mengenali ciri-ciri scammers yang melakukan kerja-kerja Ponzi scheme ni atas duit orang ramai.

 

Ciri-ciri Scam

Tidak susah untuk mengenali ciri-ciri scam ini. Memang apa yang mereka lakukan adalah sama saja. Cuma olahan ayat mereka dan cara eksploitasi itu mungkin mengikut kreativiti masing-masing. Ikuti beberapa ciri-ciri di bawah :

 

1) Ada Money Game

Money game ini macam mana?

Dia akan janji kepada anda sebagai contoh kalau anda letak RM1000, anda akan CONFIRM dapat RM10,000 dalam masa sebulan/setahun. Kalau anda letak RM10,000, anda CONFIRM boleh untung sampai RM100,000 dalam masa beberapa bulan atau tahun.

Hebat betul, boleh confirmkan keuntungan sekali dengan capital. Kalah Bursa Saham. Patutnya Tabung Haji, KWAP, KWSP dan institusi-institusi besar boleh invest pada orang (scammers) ini je. Sebab melabur takkan rugi dan confirm untung.

Tapi itulah yang salahnya pada apa yang scammer-scammer ni buat. Pelaburan itu sendiri naturenya adalah risiko. Bila ada risiko, maksudnya ada kemungkinan untuk rugi. Capital mungkin boleh susut dan untung mungkin tak dapat. Tetapi bila sang scammer boleh janjikan keuntungan CONFIRM, itu bukti yang dia dah menyalahi konsep pelaburan.

Bahkan, itulah konsep pelaburan dalam Islam iaitu Al-Ghurm Bil Ghunm. No pain no gain. No reward without taking risk.

Dan risk yang kita ambil dalam pelaburan itu pula, dia bukan macam risk dalam money game yang gang-gang scammers ni buat. Risiko bagi yang masuk money game macam ni adalah risiko kebodohan, bukannya risiko pelaburan disebabkan oleh faktor ekonomi ke, faktor politik ke, faktor industry atau lain-lain faktor yang signifikan.

Risiko kebodohan sebab boleh percaya pada gang scammers ini dengan janji-janji untung sekian, dapat sekian-sekian.

Money gamers ini selalu janjikan keuntungan lebih 20%. Anda mungkin boleh dapat setinggi ini bahkan lebih tinggi melalui platform saham, tetapi untuk anda dapat konsistensi keuntungan macam ni, anda perlu ada ilmu yang betul-betul dapat membantu pelaburan saham anda. Tetapi peliknya pada money game ini, tak ada ilmu apapun, dump duit lepas tu dijanjikan CONFIRM dapat untung besar macam tu.

Pelaburan unit trust yang betul-betul boleh bagi 10%-15% pun tak banyak. Tiba-tiba ada pula ‘pelaburan’ yang boleh janjikan keuntungan lebih 20%. Nampak sangat menipunya.

 

2) People Recruitment Based, Not Product-Based

Anda jangan samakan benda ni dengan agen takaful atau agen Unit Trust. Takaful dan unit trust adalah instrument kewangan yang sah dan diperakui oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Takaful dan unit trust itu sendiri adalah produk. Jadi produknya ada.

Tetapi yang gang scammers ni buat adalah dia tarik duit downline untuk kayakan upline. So, sistemnya adalah people recruitment based. Lagi ramai orang join, lagi bagus.

pyr

Produknya apa? Tak ada.

Kalau yang ada pun, macam tulah. Ditunggang produk itu konon nak bagitahu mereka jual produk tersebut tetapi hakikatnya, produk itu hanya ada untuk mereka berlepas diri saja kalau ada orang bising-bising.

Semakin ke atas, duit semakin banyak. Semakin ke bawah, semakin hilang duit. Produk itu tak bergerak dalam pasaran pun.

Agen-agen scammers ni akan tunjuk benda-benda mewah pada anda, tetapi bila anda dah masuk ke dalam scam itu, duit anda hilang dengan dia-dia sekali menghilang dan mengelak.

 

3) Tunjuk Kereta Mewah, Benda-benda Mewah

Yang ini biasalah pada kebanyakan orang. Selalu inilah modal mereka untuk nak pengaruhi orang ramai.

‘Tengok, aku dah kaya.’

‘Kau tu duk kerja makan gaji lagi. Mari join aku ni.’

Hati-hati. Jangan buta mata hati dengan dunia. Kalau nak merasa kereta mewah sekejap, pergilah sewa daripada bagi duit kepada scammers ini dan nanti anda yang menyesal.

Tidaklah semua orang yang datang bawa kereta mewah itu bawa benda yang salah. Kalau yang datang kepada anda itu agen takaful, anda layankan je lah. Tetapi anda nak ambil tak ambil produk takaful, itu kemudian cerita.

Tetapi gang scammers ini kalau datang bawa kereta mewah, approach anda, anda boleh angkat kaki. Dengar boleh, tetapi lepas itu, bagi teguran dan ajar sikit mamat scammers ni.

 

4) Blacklisted by Bank Negara Malaysia

Anda boleh juga pergi ke web Bank Negara Malaysia, iaitu bank pusat kita, dan buka pada Consumer Alert and Updates. Bank Negara Malaysia telah menyediakan list beberapa syarikat scam dan diblacklist.

Anda boleh tekan link berikut : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert

Mungkin belum semua syarikat scammmers ada dalam list tersebut sebab scammers di Malaysia ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan, tambah-tambah di musim ekonomi bermasalah ini.

Cuma, anda perlu alert dengan pesanan Bank Negara tentang siapa yang boleh berikan servis kewangan di Malaysia ini dan apa kesannya kalau berlaku apa-apa pada anda bila anda terlibat dengan syarikat yang tidak sah dan buat kerja-kerja Ponzi scheme ni.

 

Nak Elak Scam?

1) Kekayaan Datang Dari Usaha

Anda kalau invest dalam saham, anda mungkin boleh dapat sebanyak apa yang dijanjikan oleh scammers itu. Tetapi itu anda tetap kena ada belajar ilmu tentang melabur dalam saham sebab ia berisiko dan anda mungkin boleh kehilangan capital anda.

Bukan main campak duit macam tu saja, kemudian berharap keuntungan lebih 100% dalam setahun. Berusaha sama ada belajar berbisnes, masuk melabur melalui platform yang sah, belajar ilmu pelaburan, jangan tamak.

 

2) Belajar Merancang Kewangan Anda

Ada yang bawa keluar EPFnya letak habis dalam Ponzi scheme, akhirnya EPF burn dan duit retirement dah tak ada. Kenalah bekerja semula walaupun dah makin berumur.

Yang muda pun sama.

Janganlah kalau dah tergadai semua wang itu, baru nak menangis. Masa itu menyesal pun tak guna lagi.

Sebab itu, belajar merancang kewangan anda. Dalam konsep perancangan kewangan, letak semua lebihan duit anda dalam satu jenis pelaburan adalah kerja gila. Tambah bila ‘pelaburan’ itu adalah scam, memang tersangatlah teruk.

Belajar uruskan kewangan, tahu apa itu emergency fund, apa itu diversification, tahu pelaburan-pelaburan lain.

 

3) Masuklah Ke Dalam Instrumen Kewangan Yang Sah

Kalau anda nak melabur, anda boleh cari banyak pelaburan lain lagi yang diluluskan oleh Suruhan Sekuriti seperti Stock, Unit Trust. Anda juga boleh melabur dalam hartanah, ASB, AHB, emas dan lain-lain yang sah dan tidak ada ciri money game.

Ini marah bila agen Unit Trust atau takaful approach, tetapi bila scammers approach, pucuk dicita ulam mendatang, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Akhirnya duit hilang baru menyesal tak berkesudahan.

p/s: Pastikan anda dapat membezakan fungsi takaful dan unit trust

Leave a Reply