5 Pegangan Orang Berjaya

Apa rahsia orang berjaya dalam kehidupan, mungkin anda tiada lima ni membuatkan hidup anda tidak berjaya.

1.Bertanggungjawab 100%  Tentang Hidup Anda

Individu yang bertanggungjawab terhadap kualiti kehidupan anda adalah ANDA sendiri. Jika anda mahu berjaya, bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Perkara ini merangkumi pencapaian anda, keputusan yang diraih, tahap kesihatan, hutang, pendapatan, kejiwaan dan semuanya! Jangan salahkan orang sekeliling dahulu.

2.Jelas Matlamat Anda

Setiap orang dilahirkan dengan tujuan asal. Tujuan hidup seorang muslim akan menjadi hamba pada tuhan-Nya, Allah. Memahami tujuan hidup mengambil masa yang lama. Jika difahami akan dipegang utuh dan dipraktik dengan semangat. Sudah faham anda tiada masa lagi untuk bazirkan masa kehidupan.

3.Terus Skor Untuk Berjaya

Cuba renung seketika. Pada waktu kecil, ibubapa kita akan mengukur ketinggian pada waktu kecil. Tanpa rasa bosan mereka melakukan. Setiap kali mereka ukur, mereka akan beritahu anda tentang skor kemajuan tersebut. Mereka akan menggalakkan anda untuk terus minum susu dan makan makanan berkhasiat.

Jadi, usaha untuk berjaya perlu letakkan skor. Skor tersebut akan akan beri ransangan positif untuk capai matlamat. Amalkan.

4.Penolakan Adalah Mitos

Seiring menuju kejayaan adalah tahu bagaimana berinteraksi dengan penolakan. Penolakan sebahagian daripada proses kehidupan. Contoh kebiasaan tentang penolakan, ditolak permohonan kerja, proposal master, kerja dan sebagainya. Bagaimana mengendalikan penolakan? Anggap ia MITOS. Jika anda ditolak permohonan kerja, jangan gelapkan kehidupan. Ada ribuan kerja lagi yang boleh dicuba. Jangan berhenti mencari.

5.Maklumbalas Adalah Sarapan Untuk Juara

Sejurus anda bertindak melakukan sesuatu, maklumbalas akan diberikan. Bentuknya pelbagai. Persoalan, pertolongan, nasihat, cadangan, kritikan hatta cacian. Apabila menerima maklumbalas, anda ada pilihan untuk bertindak.

Bertindak positif dan negatif. Bertindak negatif kita akan peroleh kesakitan dan sendirian. Pilih positif anda bahagia. Matlamat mudah tercapai. Terima sahaja semua maklumbalas menjadi berita gembira. Kata Anis Matta “tukar semua musibah menjadi rahmat”.

Leave a Reply