3 Kegunaan kain pelikat yang ramai orang lelaki tidak tahu. Nombor 2 tu tiada siapa pun pernah terfikir..

Kain pelikat merupakan pakaian tradisi masyarakat melayu sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Jika kita lihat, masih ramai generasi tua dan juga muda mengenakan kain pelikat mengikut keadaan-keadaan tertentu seperti di rumah, ketika berada di asrama, di pasar dan yang paling kerap apabila hendak solat di masjid.

Kebanyakan kita hanya tahu kegunaan kain pelikat mengikut keadaan-keadaan yang terbatas seperti di atas sahaja dan jika ada di kalangan kita yang mengetahui selainnya, mungkin bilangan mereka tidak terlalu ramai.

Antara kegunaan kain pelikat yang jarang diketahui kita adalah :

Pengganti kotak

Kita telah maklum apakah kegunaan kotak. Jika kita katakan kotak boleh diletakkan buku ke dalamnya maka kain pelikat juga boleh. Jika kita katakan kotak boleh diletakkan pek-pek makanan maka kain pelikat pun apa kurangnya…

Memudahkan untuk shopping seluar

Mungkin point ini agak sedikit kelakar. Tetapi percayalah jika anda menggunakan kain pelikat ia amat memudahkan anda untuk mencuba lebih banyak lagi jenama seluar yang anda inginkan.

Kenapa ia memudahkan? Biasanya kita akan shopping dengan memakai seluar serta tali pinggang kan? Bayangkan jika anda mahu mencuba lebih banyak seluar. Anda perlu berulang kali membuka tali pinggang dan zip serta mengeluarkan seluar tersebut daripada dua kaki anda.. Issshhhh!!! Banyak kerja lah! Kalau kain pelikat? Nah! Sekali sahaja dan ia amat memudahkan anda. Tak percaya cubalah.

Pengganti tuala

Point ini mungkin lebih tepat jika anda pergi berkelah. Setelah anda selesai bermandi-manda, tentulah anda perlukan kain tuala untuk proses mengganti pakaian betul tak? Setengah orang, mereka terlalu malas untuk membawa tuala kerana kebanyakan tuala sifatnya terlalu tebal dan terlalu membebankan kita apabila mahu berkelah. Banyak lagi keperluan-keperluan lain yang ingin dibawa bersama. Bagi anda yang memiliki kereta, mungkin ianya tidak menyusahkan, tetapi bagi mereka yang menunggang motosikal, mungkin akan mengalami kesukarannya.

Jadi, jika anda membawa kain pelikat bersama, tentulah ianya amat memudahkan anda kerana kain pelikat sifatnya nipis dan mudah untuk dibawa.

Itulah serba sedikit perkongsian tips yang mampu diberikan. Mungkin anda sendiri mempunyai lebih banyak lagi pengalaman anda bersama kain pelikat bukan? Jadi, sudi-sudilah berkongsi ya…

Leave a Reply