FB, WhatsApp, Instagram, WeChat : Seronoknya kalau aku adalah seorang yang buta media sosial

Zaman sekarang, kalau seseorang tidak mempunyai akaun facebook, WhatsApp, Instagram atau WeChat, maka ia akan dianggap terlalu mundur. Manakan tidak, budak kecil pun dah ada, takkan la dah capai zaman remaja pun masih tidak ada lagi semua ni.
Walaubagaimanapun, setelah melihat disebalik mereka yang terlalu sibuk dengan media sosial ini, banyak perkara negatif dan buruk telah berlaku. Penggunaannya pula tidak mampu dikawal sehingga merosakkan remaja-remaja yang telah tenggelam dengan penggunaanya.

Akan tetapi, bagi mereka yang tidak terlibat langsung dengan media sosial, sudah pastilah kebarangkalian untuk berlaku seperti perkara-perkara di atas dapat diselamatkan.

Bagi mereka yang tidak terlibat dengannya juga, terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi antaranya :

Dapat menyusun masa dengan baik

Ia tidak asing lagi bagi mereka yang tenggelam dengan penggunaan media sosial ini akan menyebabkan kehilangan masa yang banyak tanpa mereka sedari. Tambahan pula, setiap developer daripada media-media sosial tersebut akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti supaya ia tidak membosankan penggunanya lantas pengguna-pengguna tersebut akan terus tenggelam dan tenggelam sehingga menghabiskan masa yang terlalu banyak!!!

Dapat menjaga adab pertuturan

Apa kena mengena dengan adab pula ni?

Ya, memang benar. Anda perasan tak apabila mereka yang sibuk dengan media sosial setiap masa amat susah untuk bertutur dengan orang di sekeliling mereka? Apabila mereka dipanggil oleh seseorang yang mengenali mereka, seakan-akan orang itu seperti kayu yang tidak bergerak. Puas dipanggilnya, namun tidak juga didengari.

Bukankah adab pertuturan perlu saling memandang antara satu sama lain?

Tepuk dada tanya facebook.

Dapat meluangkan masa membaca al-quran

Pernah tak terfikir kenapa sekolah berasrama seperti Maahad Tahfiz dapat melahirkan ramai para hufaz al-quran?

Tidak lain dan tidak bukan, kerana masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan al-quran.

Tanyalah Maahad Tahfiz mana yang membenarkan anak muridnya membawa telefon bimbit? Jika ada pun, ia adalah untuk kegunaan mengulang hafalan al-quran MP3 atau untuk menelefon ibubapa.

Inilah kelebihan bagi mereka yang tidak terlibat dengan media sosial. Masa mereka dapat diluangkan sebaiknya dengan al-quran. Tidak seperti mereka yang terlibat dengannya. Terlalu sedikit masa mereka bersama al-quran!!!

Inilah sedikit sebanyak kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh mereka yang tidak terlibat dengan media sosial bahkan terdapat 1001 kelebihan yang lain lagi! Cukuplah tiga perkara besar ini sahaja yang membuktikannya.

Wallahua’lam..

Leave a Reply