Pelancaran Kun Faseehan

WhatsApp Image 2017-07-31 at 10.10.10Kun Anta mengorak langkah ke hadapan dan terus maju menyumbang ilmu kepada masyarakat Nusantara dengan melancarkan satu projek pendidikan yang bernama KUN FASEEHAN. 

APA ITU KUN FASEEHAN?

Kun Faseehan adalah dua perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab iaitu Kun dan Faseehan. Apa itu Kun? Kun boleh dimaksudkan sebagai menjadi tetapi disebabkan perkataan ini berbentuk suruhan maka ia membawa maksud Jadilah.

Adapun Faseehan  membawa maksud kefasihan malah perkataan fasih sendiri diambil daripada perkataan Arab yang juga membawa maksud kelancaran dalam pertuturan.

KENAPA PERLU PROJEK KUN FASEEHAN?

Kun Anta telah melawat beberapa sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah, subjek yang paling tidak diminati malah tidak mendapat tempat dalam kalangan pelajar ialah Bahasa Arab.

Bahasa Arab sering dimomokkan dengan tiada kegunaan, terlalu susah dan ada yang pernah admin dengar kalau belajar Bahasa Arab maka kita mundur ke belakang dan kena naik unta atau keldai.  Tetapi benarkah hakikatnya seperti itu atau jauh api dari panggang?

Walhasil, kami telah mengorak langkah dengan memwujudkan projek ini bagi menafikan sangkaan-sangkaan jahat terhadap Bahasa Arab dan memudahkah proses pembelajaran Bahasa Arab. Malah ia juga bukan membantu anak-anak untuk mempelajari Bahasa Arab malah membuka ruang untuk orang dewasa juga belajar secara santai dan mudah difahami.

Admin jangan nak jadi Arab? Cuba jadi Melayu sejati jangan nak acah-acah Arab. Ada apa dengan Bahasa Arab sehingga Kun Anta mewujudkan projek pendidikan ini ialah Bahasa Arab mempunyai ikatan yang kuat dengan ISLAM. Kalau bukan kerana Islam, Kun Anta mungkin tak berminat untuk membawa misi pendidikan ini.

 APA MENARIKNYA PROJEK KUN FASEEHAN INI?

Kun  Faseehan mempunyai daya tarikannya sendiri. Ia berbentuk santai dan attractive. Mesra kanak-kanak malah ia juga bermanfaat untuk ibu bapa. Nantikan video-video serta poster-poster daripada Kun Faseehan.

Ini antara video contoh, ia masih dalam pembikinan dan belum dimasukkan audio. Bestkan!!

JOM menyumbang untuk menjayakan projek Kun Faseehan ini. Untuk menyumbang sila klik di sini.

Leave a Reply