Jangan pandang remeh dengan haiwan yang bernama lebah

20121313_666092770264923_2153265868157470625_o

Kenapa perlu belajar dari LEBAH.
Ada hadis Rasulullah SAW mengumpakan orang beriman umpama lebah, maka apa istimewa lebah sehingga ia diumpamakan oleh Rasulullah SAW.

Ada apa dengan LEBAH?
1.  Pergi dan Ambil yang Bersih

Ia hanya hinggap di tempat yang bersih dan mengambil yang bersih. Seorang muslim juga harus pergi ke suatu tempat yang bermanfaat bagi dirinya lalu mengambil ia manfaat daripada tempat itu.

2. Mengeluarkan yang Baik

Ia mengeluarkan yang baik iaitu madu. Seorang muslim haruslah memberi suatu kesan yang baik pada kehidupan hariannya, seperti lebah yang mengeluarkan madu dan madu itu mempunyai khasiat yang baik untuk manusia.

3. Tidak Merosakkan

Ia sendiri tidak pernah merosakkan tempat yang ia hinggapi. Apabila seseorang muslim itu pergi ke mana sekali pon ia tidak akan membuat kerosakan baik secara zahir atau tidak, malah ia menebarkan kebaikan di sekelilingnya.

IMG_0617

Gambar: www.olivehouse.my

 

Leave a Reply