Apabila Hidup Bermasyarakat, Jangan lupa 2 Perkara!!

kredit gambar: expatgo.com

Semua orang perlu bersosial atau bermasyarakat, jarang jumpa orang yang boleh hidup tanpa masyarakat, semua orang saling memerlukan. Kalau ada mungkin 1 dalam 100 000 orang. Janggal.

Apabila kita hidup bermasyarakat ada peraturan dan etika dalam bermasyarakat. Artikel ini bukanlah hendak menerangkan kenapa perlu bermasyarakat atau bagaimana membentuk masyarakat, tetapi lebih kepada mengemukakan idea bagaimana hubungan kita dengan masyarakat agar ia bertambah harmoni.

2 Perkara yang kena sentiasa ingat apabila hidup bermasyarakat:

1. Kebaikan orang lain terhadap kita.

Ingatlah kebaikan orang terhadap kita, sehingga kita merasai bahawa orang itu telah menyumbang dalam hidup kita baik dalam hal yang besar mahupun kecil. Perkara ini amat bagus dalam bermasyarakat apabila kita mengingati malah akan membuatkan hidup saling menghormati.

Kesannya, kita tidak mengata atau mencaci seseorang secara melulu apabila kita tahu bahawa orang itu banyak membuat kebaikan kepada kita. Tetapi kita akan bertabayyun (menyemak) perkara yang sebenar dahulu.

2. Keburukan kita terhadap orang lain

Adapun yang kedua ini, ia perkara yang perlu kita ingat dan teliti sentiasa dalam benak fikiran kita. Kejahatan dan kejelekan kita terhadap orang lain jangan kita lupa atau buat-buat lupa keburukan kita terhadap orang lain.

Semua orang tahu, tiada manusia yang sempurna dan dapat lari daripada melakukan kesalahan.  Maka apabila dia sudah melakukan kesalahan terutama kepada orang lain dia harus ingat agar ia tidak menggulangi serta berasa kesal atas apa yang dia telah lakukan. Impaknya, kita saling bermaafan atas khilaf yang sudah terlanjur.

Sekiranya kedua-dua ini kita sentiasa ingat maka keharmonian masyarakat dapat dijaga.

Leave a Reply