Tips: Lepas ni tiada alasan dah kenapa hafalan al-quran boleh lupa..

Penulis : Hilman Razak

Kali ni saya nak kongsikan nasihat berkaitan dengan Hafazan dari Ustaz Tahfiz saya, Ustaz Abdul Wahab Abdul Hamid dari Ghana…Khas untuk siapa yang pernah Hafal tak kira lah pernah hafal semua atau surah-surah pilihan tapi dah banyak yang lupa…

Saya perkenalkan dulu ya, Ustaz saya ni Calon PHD bidang Economic, dan dia hafal Quran masa kat Ghana lagi, hafalannya Masyaallah cayaq macam Al-Fatihah. Bahasa Melayunya sangat fasih, kalau ambil SPM mau A+++…kecek klate pun boleh sikit2. He…

Seusai Solat Subuh di Masjid UIAM, saya hampiri Ustaz untuk minta sedikit nasihat sebagai bekalan, Seingat saya Ustaz pernah sebut, sepanjang 8 tahun lebih dia belajar di UIA dia tak pernah solat kat bilik, tempat solatnya samaada Masjid atau Musolla…

Ok then yang pasti, kita akui ramai sahabat-sahabat kita tak kira lah lepasan Ma’had Tahfiz atau Darul Quran yang pernah hafal tetapi dah banyak lupa atas beberapa faktor, saya tak ceritakan faktornya. Terlalu banyak plus alasan yang berkepuk. Macam Gunung gitu…kan.

Ni nasihat Ust plus Nasi tambah saya sikit :

1. Beri komitment masa yang khusus untuk murajaah sahaja, at least 30 minit sehari, contohnya: Ambil waktu magrib hingga Isya, kan dah dapat satu juzu’ dah kan?

Tiap2 hari consistent, masa tu memang khas untuk Quran sahaja, tiada temujanji dengan Cewek, tiada temu janji dengan Cowok, tiada dengan sesiapa pun. Khas untuk Quran.

2. Teknik dan masa murajaah kena betul, guna teknik yang paling sesuai dan masa yang paling produktif bagi kita untuk murajaah, lain orang lain cara dan masanya.

3. Tidur awal, kemudian bangun awal, kalau takdak gheja, maka lepas Isya tidur terus, then bila bangun tu otak fresh untuk MURAJ’AH atau STUDY apa2 sahaja.

Yang sedihnya kalau tidur awal dan plan nya nak bangun awal tapi terlajak laris sampai 6.15 kesian lah…memang sadis ah…ayam pun bangun belum Subuh…Segan sikit kat Ayam tu…huhu.

4. Last sekali tiada short cut untuk ingat quran…REVISE REVISE REVISE….

Pernah dengar kan kata-kata Samuel Rodenhizer “Repetition is the mother of retention.”

Sambil-sambil tu Hafal kata2 ni skali deh : 

( الإستقامة خير من ألف كرامة ) 

” Konsisten tu lebih baik dari 1000 keramat “

Leave a Reply