3 perkara yang takkan kembali

Setiap perkara yang berlaku, pasti akan meninggalkan kesan. Tetapi tidak semua yang berlaku akan berulang semula buat kali yang kedua.
Jika kita kehilangan wang, kita akan temui juga di akhirnya tetapi, jika kita kehilangan ibu, maka ia tidak akan kembali buat selama-lamanya..

Banyak sebenarnya perkara-perkara yang tidak akan kembali jika ianya berlaku. Tetapi artikel ini membawakan 3 perkara yang jarang dibicarakan oleh kebanyakan manusia.

Berikut adalah 3 perkara yang tidak akan kembali walaupun anda bertungkus lumus mendapatkannya.

Kata-kata yang keluar dari mulut

Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita lalu didengari orang ramai, maka itulah yang akan disimpan ke dalam memori mereka. Anda tidak mempunyai kuasa untuk menariknya semula keluar melainkan jika anda membuktikan bahawa ianya bukanlah yang dimaksudkan.

Masa lalu

Pepatah arab mengatakan :

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

Masa itu ibarat pedang, jika engkau tidak memotongnya maka ia sendiri akan memotongmu

Hilang kepercayaan

Ianya terlalu berat untuk diterima terutama bagi mereka yang dianiaya. Jika hilangnya kepercayaan, maka ia pasti tidak akan kembali lagi. Umpama seseorang diberi amanah, lalu dikhianatinya, maka siapakah yang akan mempercayai si pengkhianat?

Leave a Reply