6 Tips Menghidupkan Sepuluh Hari Dzulhijjah

Untuk mereka yang tiada idea bagaimana menghidupkan 10 Hari dalam Dzulhijjah. Ini antara 6 tips bagaimana menghidupkan hari-hari yang paling besar nilainya di sisi Allah.

1. Zikrullah

Zikrullah bermaksud menggingati Allah, amalan menggingati Allah ini seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertakbir, bertahmid dan bertahlil. Kesemua ini mempunyai dalil sama ada dalil umum mahupun dalil khusus berkaitan hal ini.

Allah berfirman: “Dan supaya mereka menyebut dengan nama Allah pada hari-hari tertentu atas rezeki binatang ternak yang diberikan kepada mereka” Al-Hajj:28.

Para ulamak menjelaskan perkataan hari-hari terentu dalam ayat di atas ialah 10 hari Dzulhijjah.

“Imam Ahmad RA, meriwayatkan dari Ibn Umar RA, bahwa Nabi SAW bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid”. (Riwayat Tabrani dalam Mu’jam Kabir)

2. Infaq

Amalan infaq atau bersedekah antara amalan yang cukup besar di sisi Allah. Bersedekah tidaklah disyaratkan dengan nilai atau jumlah tertentu ia diberi pada kadar kemampuan kita. Alangkah besarnya kalau amalan yang besar nilainya dilaksanakan pula pada hari-hari yang punya nilai besar di sisi Allah.

Malah bagaimana Al-Quran menceritakan sekiranya orang yang telah mati diberi peluang untuk hidup semula pasti mereka akan banyyakkan sedekah kerena mereka tahu nilai sedekah di sisi Allah.

“Dan nafkahlah sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum datang kematian pada salah seorang kamu, lalu dia berkata: “Ya tuhanku! Mengapa tidak Engkau tangguhkan kematianku supaya aku dapat bersedekah dan aku termasuk dalam orang-orang yang soleh”. Al-Munafiqun:10.

3. Puasa

Adapun puasa, puasa itu sendiri ada maqasid yang tersendiri malah ada kelebihan yang hanya orang puasa sahaja akan merasainya sebab kelaziman dalma berpuasa terutama ia membantu peningkatan rohani kita. Adapun puasa khas dalamnya ada puasa Arafah.

Dari Abu Qatadah RA bahwa Nabi SAW bersabda : “Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya” (Riwayat Muslim).

4. Selawat ke atas Nabi

Sebagai umat yang mengharapkan syafaat daripada baginda SAW, amalan selawat antara perkara yang boleh dilaksanakan bagi menghidup hari-hari dalam Dzulhijjah. Selawat ke atas junjugan besar Rasulullah SAW akan membuatkan kita sentiasa rindu akan sosok Rasulullah SAW.

5. Haji dan Umrah

Ini adalah amal yang paling utama dalam hari-hari Dzulhijjah bagi mereka yang mampu melaksanakannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga”

6. Berkorban (Menyembelih binatang Bahimah)

Bagi mereka yang berkemampuan laksanakanlah korban kerana ia adalah sunnah daripada Rasulullah malah ia suatu yang dituntut. Korban adalah sebagai sebuah manifestasi ketaatan kita kepada Allah.

Dari Anas RA, “Rasulullah SAW juga telah menyembelih dua ekor kibasy putih yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibasy tersebut.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekiranya kita meninggalkan amalan tersebut sedang kita berkemampuan ada amaran daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah).

Jom hidupkan 10 hari Dzulhijjah.

Leave a Reply