4 Cara Menilai Prestasi Unit Trust Anda

pic
credit to blog.agencyaccess

Mungkin ramai mengeluh bila masuk invest dalam unit trust, unit trustnya tak berapa perform atau dia sendiri tak tahu apa terjadi pada unit trustnya. Untung ke? Rugi ke? NAV naik ke?

Sebenarnya memang ada unit trust yang betul-betul dapat memberikan keuntungan kepada anda. Anda mungkin rasa rugi masuk unit trust sebab tersalah pilih fund atau ada misleading dalam penerangan oleh agen.

Jadi, artikel kali ini akan mendedahkan kepada anda bagaimana anda dapat menilai sendiri prestasi unit trust yang telah anda masuk. Dan apakah unit trust yang terbaik buat masa sekarang jika anda ingin melabur.

Pertama sekali, pastikan anda tahu apa nama dana yang telah anda masuk sebelum ini. Jika anda tak tahu atau tak pasti, sila berhubung dengan agen anda semula dan tanya pada dia. Anda berhak untuk tahu sebab pelaburan unit trust ini bukan scam. Maklumat asas dan penting mesti diberitahu kepada pelanggan.

Kedua, untuk membuat penilaian sama ada unit trust anda sedang OK ataupun tidak, anda boleh gunakan platform-platform ini :

1) Novagni (EPF)

2) Bloomberg

3) Fundfact sheet

4) Lipper Table

Anda jangan risau. Saya akan detailkan satu persatu tentang platform-platform ini.

 

(1) Novagni

Apa itu Novagni? Anda ada EPF? Ramai orang yang ada EPF (KWSP), tetapi tidak tahu ada kelebihan ini pada EPF iaitulah, kita sendiri boleh akses maklumat tentang Unit Trust, prestasi unit trust semasa melalui website EPF itu sendiri.

Mudah saja. Saya tunjukkan dalam gambar di bawah. Bila anda login ke web EPF, anda akan dapat interface begini :

KWSP

Apa yang anda perlu buat seterusnya adalah klik di bahagian ‘Membuat Keputusan Yang Bijak’. Bila anda klik di situ, ia akan membawa anda ke bahagian seterusnya iaitu ‘Penafian’, kemudian ‘Disclaimer’ untuk Novagni Analytics. Anda hanya perlu ‘Terima’ dan teruskan. Dan ia akan bawa anda ke interface begini :

Novagni

Jadi, inilah dia Novagni tu yang anda boleh akses direct melalui EPF anda sendiri !

Anda hanya perlu tekan pada box ‘Please Select A Fund’ tu, kemudian pilih je mana-mana fund yang anda nak tahu. Anda akan dapat maklumat langsung setelah anda klik di situ tentang fund tersebut dan apakah kedudukannya sekarang.

Tetapi perlu diingat, tidaklah semua fund di dalam market anda boleh akses melalui EPF, tetapi anda masih boleh akses kebanyakan fund yang ada. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana membaca maklumat yang diberikan melalui Novagni ini, itu tak dapat saya sentuh dalam post ini kerana agak panjang. Anda boleh hubungi saya langsung melalui talian berikut untuk memahami cara membaca maklumat dalam Novagni tersebut setelah anda klik mana-mana fund

 

(2) Bloomberg

Apa itu Bloomberg? Anda boleh google je ataupun kalau anda boleh download je ‘Apps’ Bloomberg ini di phone anda, lagi bagus dan lagi senang. Anda tak perlu register, tak perlu sign up apa-apa. Anda hanya masuk website atau apps Bloomberg ini, kemudian anda masukkan je nama Fund yang anda nak tahu di bahagian ‘Search’. Contoh begini :

a) Pergi di Bahagian ‘Search’ di kanan gambar

Bloomberg 1

 

b) Buat carian begini, misalnya saya tulis ‘PMB Shariah Aggressive’. Akan keluar pilihan, kemudian anda klik pada nama fund tersebut.

Bloomberg 2

 

c) Hasilnya akan keluar begini :

Bloomberg 3

Melalui Bloomberg ini, anda boleh melihat prestasi fund tersebut atau apa-apa juga fund sama ada untuk tempoh 1 bulan, 1 tahun atau 5 tahun sehinggalah ke hari ini. Anda juga boleh menggunakan ruang ‘Add Comparison’ itu untuk membuat perbandingan antara fund itu dengan fund yang lain.

Di bawah graf itu pula, ada maklumat-maklumat tentang fund tersebut. Jadi, kalau anda rasa ada yang tak kena dengan fund anda, anda boleh check prestasi itu di Bloomberg. Untuk bacaan detail tentang maklumat yang diberikan oleh Bloomberg ini.

(3) FundFact Sheet

Anda yang pernah melabur dalam Unit Trust sepatutnya tahu apa itu FundFact Sheet. FundFact Sheet atau ‘Helaian Maklumat Dana’ sepatutnya diberikan kepada pelanggan supaya mereka tahu maklumat-maklumat tentang dana yang mereka masuki. Kalau anda belum pernah tahu, anda boleh minta dari agen anda FundFact Sheet dana yang telah anda masuki.

FundFact Sheet ini penting kerana ia memberikan maklumat-maklumat penting yang perlu diketahui oleh pelanggan sebelum masuk melabur.

Ini contoh Fund Fact Sheet daripada salah satu dana dalam pasaran iaitu Eastspring Dana Al-Ilham.

Anda boleh download di link ini :

http://www.eastspringinvestments.com.my/downloads/20170814135756_2017_07_OnShore_EIB_EastspringInvestmentsDanaal-Ilham.pdf

Antara maklumat yang anda boleh dapatkan melalui FundFact Sheet ini adalah :

1) Nama Dana dan tahun penubuhan – Dana yang lebih lama boleh memberi impak kepada penilaian prestasinya

2) Sales Charges – Caj-caj yang dikenakan ke atas pelanggan

3) Volatility – Risiko di dalam pelaburan ini

4) Asset Allocation – Industri mana menjadi tempat pelaburan fund ini. Ada banyak industry seperti industry kesihatan, teknologi, oil and gas dan lain-lain.

5) Top Holdings – Fund ini diinvest dalam syarikat mana? Ini faktor penting juga menentukan halatuju prestasi fund tersebut

6)  Fund Performance – Graf turun naik fund tersebut dan benchmark yang digunapakai

7) Performance table – Return yang diberikan dalam masa 1 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.

Dan banyak lagi maklumat penting anda boleh dapatkan melalui fund fact sheet. Fundfact sheet ini perlu sentiasa diupdate oleh syarikat setiap bulan. Kalau anda tak percaya, anda boleh tengok pada bahagian atas FundFact Sheet ini tertulis ‘All Data As At 31 July 2017…’. So sebab bulan 8 belum habis lagi, sudah tentu belum keluar Fund Fact Sheet yang baru. Jadi, maklumatnya sentiasa fresh cuma anda mungkin tak akan dapat harian punya updatelah melalui Fund Fact Sheet.

(4) Lipper Table atau Lipper Website

Lipper table ini anda boleh dapatkan dalam suratkhabar The Edge. Suratkhabar The Edge ini hanya terbit pada hari Sabtu setiap minggu. Jadi, kalau anda nak cari yang baru keluar, carilah hari Sabtu. Alternatif lain, anda boleh gunakan website LipperLeaders ni.

Lipper

Inilah serba sedikit tentang cara menganalisis fund anda. Kalau agen anda tak beritahu, anda boleh tanya dia. Mungkin dia terlupa.

Kalau anda nak tahu lebih detail tentang cara menilai prestasi fund anda, nak invest, atau nak tahu tentang Islamic unit trust terbaik buat masa sekarang, anda boleh hubungi saya di :

Whatsapp |http://www.wasap.my/60135213263

Telegram | https://t.me/AfdholulRahman

Page FB | https://www.facebook.com/AfdholulRahmanCA/

Saya bersedia bantu anda. Dan anda berhak menentukan prioriti dan keselesaan anda sendiri.

Leave a Reply