Untung Ke Labur Dalam Unit Trust?

pexels-photo-159888

Mungkin ramai yang ingin mengetahui apa itu unit trust? Saham ke? Apa sebenarnya unit trust tu? Jadi, dalam post saya kali ini, saya akan berikan sedikit pengenalan tentang pelaburan melalui platform unit trust.

Ada banyak instrumen pelaburan yang sah dan halal di mana anda boleh libatkan diri dalamnya. Namun, semuanya berbeza risiko. Post kali ini hanya akan menyentuh tentang unit trust.

 

Apa itu unit trust?

Dalam Bahasa yang mudah, unit trust atau unit amanah itu adalah macam kita invest dalam saham. Tetapi, di antara kita dengan saham itu, ada orang bernama Pengurus Dana (Fund Manager) yang akan uruskan wang yang kita laburkan dalam saham tersebut.

Senang cakap, ada orang yang tolong uruskan pelaburan tu untuk kitalah.

Untuk lebih detail, ia adalah sekumpulan dana yang dikumpulkan daripada ramai orang. Dana ini kemudian akan diuruskan oleh Fund Manager di dalam portfolio pelaburan sama ada dalam saham, bond, sukuk, money market, fixed deposit dan lan-lain lagi instrument.

Sebab apa ada fund manager yang tolong uruskan? Maka, soalan ini sepatutnya berbalik kepada diri kita. Apakah kita ada masa yang cukup untuk monitor sekiranya kita invest dalam saham? Apakah kita mempunyai kapasiti ilmu untuk menyelamatkan kita dari buat kesilapan yang menyebabkan kita rugi besar sekiranya kita melabur dalam saham?

Itulah antara sebabnya kenapa ada fund manager. Detail perbezaan, pro-kontra antara unit trust dan saham atau pelaburan lain saya akan lanjutkan di post lain.

 

Ada berapa unit trust dan syarikat unit trust?

Ada beberapa istilah anda perlu fahami dahulu, iaitu:

  • Fund adalah pilihan fund/dana yang ingin kita laburkan duit di dalamnya.
  • Unit Trust Management Company (UTMC) adalah syarikat yang offer fund tersebut.

Jangan risau kalau anda belum faham. Nanti saya berikan contohnya.

Untuk pendahuluan, kita perlu mengetahui bahawa di Malaysia, ada 2 badan berautoriti yang menjadi regulator atau penguatkuasa kepada urusan kewangan iaitulah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Secara spesifik, BNM mengawalselia urusan berkaitan perbankan komersil dan insuran/takaful operator. Manakala SC pula mengawalselia hal-hal berkaitan pelaburan seperti saham, sukuk, REIT dan lain-lain.

Justeru, kalau anda mahu pastikan adakah pelaburan unit trust ini diiktiraf dan dikawalselia oleh regulator, maka anda hanya perlu pergi ke website Securities Commission seperti tertera dalam rajah 1 di bawah. Kemudian, klik di bahagian ‘Data & Statistics’, dan anda akan jumpa bar yang tertulis ‘Unit Trust Funds In Malaysia-Summary of Statistics’. Anda klik di situ.

Anda juga boleh klik link di bawah. Lebih mudah.

https://www.sc.com.my/data-statistics/unit-trust-funds-in-malaysia-summary-of-statistics/

Jika anda dapat lihat seperti rajah di bawah, setakat 30 Jun 2017, telah ada

  • 210 Islamic fund diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti
  • 36 buah syarikat (UTMC) yang menawarkan fund-fund ini sama ada konvensional atau Islamic.

Website SC

Rajah 1 : Website Securities Commission

 

Berkenalan Dengan Syarikat-syarikat Ini

Jadi, bila anda telah tahu yang pelaburan ini diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, mungkin anda teringin nak tahu. Apakah syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan unit trust ini?

Ada banyak. Sebagaimana kita sebut di awal tadi, ada 36 syarikat.

Ini antaranya :

1) Aberdeen

2) Affin Hwang Capital

3) Amanah Mutual Berhad (AMB)

4) AmInvest

5) Amundi Asset Management

6) ARECA Capital

7) Eastspring Investment

8) BIMB Investment

9) Kenanga

10) Maybank Asset Management

11) RHB Asset Management

12) Manulife Asset Management

13) LibraInvest

14) PMB Investment

15) MIDF Amanah

16) UOB Asset Management

17) Public Mutual

18) CIMB Wealth Advisors

dan ada banyak lagi syarikat-syarikat lain. Untuk memudahkan anda mengetahui nama-nama syarikat ini dan apa antara fund yang ada, saya cadangkan anda ke link ini :

https://www.eunittrust.com.my/

List of UT

Rajah 2 : Website e-unit trust

Anda boleh tekan di bahagian ‘Please Select A Fund’ di bahagian ‘Fund Finder’ di kiri website ini. Di situ, anda boleh lihat nama-nama fund akan keluar beserta dengan nama-nama syarikat (UTMC) yang menawarkannya.

Tidak semua syarikat berada dalam list tersebut. Jadi, kalau tidak ada dalam list tersebut, anda boleh google terus nama syarikat tersebut.

Inilah serba sedikit pengenalan awal tentang unit trust. Saya akan sambung lagi penulisan tentang unit trust ini di post lain. Nantikan kerana ada banyak perkara penting dan menarik untuk anda !

Hubungi saya untuk maklumat lanjut/invest/pertanyaan di :

Whatsapp |http://www.wasap.my/60135213263

Telegram | https://t.me/AfdholulRahman

Page FB | https://www.facebook.com/AfdholulRahmanCA/

Leave a Reply